background

23 October 2014

Pemasangan NJOI

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya pasang jugak NJOI kat rumah aku ni..jimat duit weh!! lagipun aku ngan hubby memang tengah mencari ape-ape yang boleh dipotong untuk jimat duit..lepas ni elektrik pulak..sebab bill aku rm100 lepas guna air cond ni..zaman sekarang ni sume kena jimat..lagi2 nk GST ni kn..hmm

Nak tw cara-cara nya..meh aku beritahu step by step..

1-Email atau call astro NJOI..Aku prefer kepada email jimat duit dari call..lagipun pihak astro ni balas cepat email tu..haritu jugak balas..email: wecare@astro.com.my , phone number :  0395438100.
2-By email-masa email tu korang bgtw Nama , no acc astro, no kp, pastu of kos tujuan korang bg email..nanti diorg tak tahu pulak.
3-kat bawah ni balasan email dari pihak astro NJOI untuk aku

Terlebih dahulu, terima kasih kerana meluangkan masa untuk memberikan maklum balas kepada kami. Kami mengucapkan terima kasih diatas minat cik untuk melanggan produk kami Astro NJOI. NJOI adalah perkhidmatan TV satelit langganan percuma pertama Malaysia. Cik boleh menikmati hiburan sepanjang hayat, pembelajaran dan maklumat tanpa sebarang bayaran tambahan. Jika cik ingin memindahkan perkhidmatran Astro yang sedia ada kepada NJOI, ianya adalah percuma dan baki tertunggak (sekiranya ada) perlu diselesaikan sebelum pemindahan dibuat. Proses pemindahan akan dilakukan dalam tempoh 48 jam dari sehari sebelum tarikh kitaran bil yang akan datang. Mengikut semakan pada akaun cik, tarikh kitaran bil adalah setiap 18 hari bulan, ini bermakna proses penukaran kepada Njoi akan berlaku pada 17 hari bulan. Selain itu, cik juga boleh memilih untuk melanggan kepada akaun NJOI yang baru dari hanya RM228 dan RM100 caj pemasangan dikenakan. Sila berikan butiran nombor siri kad pintar dan nombor siri dekoder Astro sedia ada bagi tujuan pendaftaran ke Astro Njoi. Cik perlu pastikan set dalam keadaan baik dan masih lagi berfungsi.


4-Jadi astro aku bertukar la dengan rasmi nya pada 17/10/2014!!orang astro tu tak datang pun rumah aku..cuma die tukar dekat system je kott..
Dan yang paling penting FREE masa nk tukar kepada njoi

Cara-cara nak Topup
  • Wasup/SMS ke no ejen NJOI - 010-7813992.
  • Dia akan minta no smartcard astro 12 digit
  • pastu kita  transfer duit ke dalam akaun bank dia dan automatic ada duit dalam tu..

Cara-cara nak beli siaran
SMS 222<jarak>no smart card astro<jarak>channel code dan hantar ke 33310.

Cara-cara semak baki
SMS 000<jarak>no smart card astro dan hantar ke 33310

BAWAH NI ADA CHANNEL CODE NYA