background

09 December 2017

IM PREGNANT!

Assalamualaikum

Alhamdulillah..tiada kata dapat diungkap lagi..Bersyukur YA Allah engkau telah mendengar dan memakbulkan doa aku.Sepanjang 6 tahun menunggu untuk anugerah terindah ini.

Pada 26 Nov 2017 @ 5.30pm balik dari shopping barang rumag, tetiba tergerak hati nak test UPT  memandangkan ada lagi 1 kat rumah.Simpanan stok bulan lepas punya sebenarnya.

Tak jangka pun akan naik dua line (sangat terang) sebab aku tengah makan ubat domperidone (untuk cetus susu), mengikut cakap DR ubat tu maybe akan mengganggu period,jadi tak aspek langsung.Masa tu period dah lewat 5 hari.

So keesokan harinya aku buat urine test sendiri dan hantar makmal.Hasilnya positif jugak.Masih was-was takut jadi macam bulan lepas.Aku masih belum xcited tapi lebih kepada risau.Sebab belum cek dengan DR lagi.

3 DEC (Ahad)

Aku pergi cek kat klinik mediviron memandangkan kat situ ada scan.Nak jugak tengak betul ke aku pregnant ni..Bila cek dan bagi history aku semua kat DR dan scan memang DR cakap ada kantung dan regular.Waktu ni pun tak excited sangat sebab baru lagi..

6 DEC (Rabu)

Masa pergi kerja naik motor, dah sampai tempat kerja terus pg toilet dan tgk secalit spotting di panties.Rasa nak nangis..Takkan tak jadi kot..huhu..Petang tu terus pg klinik Pakar wanita taman sri manja.Jumpa DR jaswant singh yang sangat lembut percakapannya.Dia scan perut aku dan tengak kantung cantik dan dah ada heart beat..Ukuran pun sama dengan tarikh sepatutnya..Dan DR tersebut telah memberi injection untuk kuatkan rahim..Bayaran kat klinik tersebut agak mahal disebabkan injection tersebut.Lebih kurang RM300..

Malam tu dah kena gerak ke sg petani untuk urusan baby angkat.

8 DEC (Jumaat)

Dah buat buku pink di klinik KKM.

PROSES PENGAMBILAN ANAK ANGKAT

Assalamualaikum

Beberapa bulan ni agak sibuk dengan proseur yang perlu di lalui untuk proses pengambilan anak angkat.Kat bawah ni aku senaraikan prosedur apa yang aku lalui sepanjang proses:

8 AUGUST 2017
PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN .Bayaran pendaftaran RM50

Hanya hantar melalui email sahaja
25 AUGUST 2017
TEMUDUGA BERSAMA ORPHANCARE

Penemuduga dua orang sahaja dan bertanya kan mengenai hal peribadi
4 OCT 2017
LAWATAN ORPHAN CARE KE RUMAH
28 OCT 2017
PARENTS TRAINING 

Dilakukan di area subang jaya (bergantung pada pihak penganjur) dan bayaran RM150 termasuk breakfast dan lunch yang sangat sedap.
Training 10 jam dari 9am-6pm
Semua trainer dari pusat orphancare
Ilmu yang bermanfaat
17 NOV
INTERVIEW JKM DENGAN PUAN NURLINA

Pada masa interview ni ,Puan Nurlina ada beritahu yang dia ada handle 1 kes mengenai seorang ibu yang tak mahu anaknya(belum berkahwin) dan masih belum scan.Jika ada apa-apa berita akan diberitahu kelak.Tak nak aku berharap.Kadang-kadang ibu tersebut selepas kelahiran dia tak nak bagi anak dia.

Interview ni cuma tanya berkenaan peribadi jugak.Mengenali Ibu Bapa angkat sebelum berlaku pengangkatan.
 28 NOV
Dapat panggilan dari orphan care mengenai seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada awal nov dan tidak cukup bulan.Diwadkan di sg petani dan pada tarikh ini,bayi tersebut sihat dan boleh discharge dari wad.Aku menolak sebab husband aku outstation.Pihak court sg petani menyuruh kami ibu bapa angkat untuk datang pada hari khamis (iaitu 2 hari selepas tarikh ini) dan husband tidak dapat hadir disebabkan outstation.Jadi terpaksa bagi pada pasangan lain terlebih dahulu.


30 NOV  (khamis)     .

Pihak Orphan care telefon semula menyatakan ibu bapa angkat yang  sebelum ni pun terpaksa menolak disebabkan suaminya yang sakit yang pada mulanya setuju dan pasangan tersebut dah beli barang baby pada hari rabu,tapi dah bukan rezeki mereka.Jadi aku berbincang dengan husband.Dan husband setuju untuk mengambil bayi tersebut di sg petani.So kena naik mahkamah pada khamis minggu depannya .

7 DEC (2pm)

Dah sampai di perkarangan mahkamah,tiba-tiba dapat 1 panggilan dari Peg Orphan Care menyatakan baby tersebut tidak di discajkan oleh peg JKM kerana baby tersebut ada jangkitan paru-paru dan perlu di isolate.Waa...kecewa jugak time tu sebab datang dari jauh.Aku pun tanya la tak de cara lain ke untuk buat prosiding dulu ke,bawa baby ke KL dan buat rawatan kat sana ker..Dan dia cakap tak boleh..baby kena pantau..Dah tak ada rezeki...Kami terus balik ke KL dan sedit kecewa...Saya cuma bagitau pada pihak orphan care sekiranya baby tersebut sihat,minta diorang cari ibubapa angkat baru disebabkan jauh nak travel semula ke sg petani takut jadi lagi benda yang sama..Tapi semua nya ada hikmah..