background

09 December 2017

IM PREGNANT!

Assalamualaikum

Alhamdulillah..tiada kata dapat diungkap lagi..Bersyukur YA Allah engkau telah mendengar dan memakbulkan doa aku.Sepanjang 6 tahun menunggu untuk anugerah terindah ini.

Pada 26 Nov 2017 @ 5.30pm balik dari shopping barang rumag, tetiba tergerak hati nak test UPT  memandangkan ada lagi 1 kat rumah.Simpanan stok bulan lepas punya sebenarnya.

Tak jangka pun akan naik dua line (sangat terang) sebab aku tengah makan ubat domperidone (untuk cetus susu), mengikut cakap DR ubat tu maybe akan mengganggu period,jadi tak aspek langsung.Masa tu period dah lewat 5 hari.

So keesokan harinya aku buat urine test sendiri dan hantar makmal.Hasilnya positif jugak.Masih was-was takut jadi macam bulan lepas.Aku masih belum xcited tapi lebih kepada risau.Sebab belum cek dengan DR lagi.

3 DEC (Ahad)

Aku pergi cek kat klinik mediviron memandangkan kat situ ada scan.Nak jugak tengak betul ke aku pregnant ni..Bila cek dan bagi history aku semua kat DR dan scan memang DR cakap ada kantung dan regular.Waktu ni pun tak excited sangat sebab baru lagi..

6 DEC (Rabu)

Masa pergi kerja naik motor, dah sampai tempat kerja terus pg toilet dan tgk secalit spotting di panties.Rasa nak nangis..Takkan tak jadi kot..huhu..Petang tu terus pg klinik Pakar wanita taman sri manja.Jumpa DR jaswant singh yang sangat lembut percakapannya.Dia scan perut aku dan tengak kantung cantik dan dah ada heart beat..Ukuran pun sama dengan tarikh sepatutnya..Dan DR tersebut telah memberi injection untuk kuatkan rahim..Bayaran kat klinik tersebut agak mahal disebabkan injection tersebut.Lebih kurang RM300..

Malam tu dah kena gerak ke sg petani untuk urusan baby angkat.

8 DEC (Jumaat)

Dah buat buku pink di klinik KKM.

PROSES PENGAMBILAN ANAK ANGKAT

Assalamualaikum

Beberapa bulan ni agak sibuk dengan proseur yang perlu di lalui untuk proses pengambilan anak angkat.Kat bawah ni aku senaraikan prosedur apa yang aku lalui sepanjang proses:

8 AUGUST 2017
PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN .Bayaran pendaftaran RM50

Hanya hantar melalui email sahaja
25 AUGUST 2017
TEMUDUGA BERSAMA ORPHANCARE

Penemuduga dua orang sahaja dan bertanya kan mengenai hal peribadi
4 OCT 2017
LAWATAN ORPHAN CARE KE RUMAH
28 OCT 2017
PARENTS TRAINING 

Dilakukan di area subang jaya (bergantung pada pihak penganjur) dan bayaran RM150 termasuk breakfast dan lunch yang sangat sedap.
Training 10 jam dari 9am-6pm
Semua trainer dari pusat orphancare
Ilmu yang bermanfaat
17 NOV
INTERVIEW JKM DENGAN PUAN NURLINA

Pada masa interview ni ,Puan Nurlina ada beritahu yang dia ada handle 1 kes mengenai seorang ibu yang tak mahu anaknya(belum berkahwin) dan masih belum scan.Jika ada apa-apa berita akan diberitahu kelak.Tak nak aku berharap.Kadang-kadang ibu tersebut selepas kelahiran dia tak nak bagi anak dia.

Interview ni cuma tanya berkenaan peribadi jugak.Mengenali Ibu Bapa angkat sebelum berlaku pengangkatan.
 28 NOV
Dapat panggilan dari orphan care mengenai seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada awal nov dan tidak cukup bulan.Diwadkan di sg petani dan pada tarikh ini,bayi tersebut sihat dan boleh discharge dari wad.Aku menolak sebab husband aku outstation.Pihak court sg petani menyuruh kami ibu bapa angkat untuk datang pada hari khamis (iaitu 2 hari selepas tarikh ini) dan husband tidak dapat hadir disebabkan outstation.Jadi terpaksa bagi pada pasangan lain terlebih dahulu.


30 NOV  (khamis)     .

Pihak Orphan care telefon semula menyatakan ibu bapa angkat yang  sebelum ni pun terpaksa menolak disebabkan suaminya yang sakit yang pada mulanya setuju dan pasangan tersebut dah beli barang baby pada hari rabu,tapi dah bukan rezeki mereka.Jadi aku berbincang dengan husband.Dan husband setuju untuk mengambil bayi tersebut di sg petani.So kena naik mahkamah pada khamis minggu depannya .

7 DEC (2pm)

Dah sampai di perkarangan mahkamah,tiba-tiba dapat 1 panggilan dari Peg Orphan Care menyatakan baby tersebut tidak di discajkan oleh peg JKM kerana baby tersebut ada jangkitan paru-paru dan perlu di isolate.Waa...kecewa jugak time tu sebab datang dari jauh.Aku pun tanya la tak de cara lain ke untuk buat prosiding dulu ke,bawa baby ke KL dan buat rawatan kat sana ker..Dan dia cakap tak boleh..baby kena pantau..Dah tak ada rezeki...Kami terus balik ke KL dan sedit kecewa...Saya cuma bagitau pada pihak orphan care sekiranya baby tersebut sihat,minta diorang cari ibubapa angkat baru disebabkan jauh nak travel semula ke sg petani takut jadi lagi benda yang sama..Tapi semua nya ada hikmah..


25 October 2017

GUGUR??

Assalamualaikum..

20 Oct adalah tarikh period aku sepatutnya dan tetiba datang awal pulak period aku iaitu pada 17 Oct.Itu pun masa buang air kecil baru perasan ada sikit darah tapi bukan kat panties.Then aku memang ingat period laa,siap cakap ngan kawan lagi "ala period awal pulak".Sebabnya kitorang selalu period sekali.Memang rasa sakit perut macam biasa(period pain). 18 Oct pun mmg ada secalit je kat pad..Kalo period memang dah biasa macam ni,akan datang sikit je dulu bagi hint.

20 Oct tarikh sepatutnya period tapi tak pun dan pad putih bersih lagi.Bangun tidur, mandi nak pergi kerja try UPT tapi line ke 2 memang betul2 faint.So buat tak tau laa lagi dan masih berharap.Breast memang terasa sakit.

23 Oct suruh kawan amekkan darah untuk cek HCG (nasib kerja hospital kan)..hihii dan hasilnya adalah 11 IU/L.Google punya google dapat la range nya.Sekiranya  <5 IU/L "not pregnant" dan sekiranya >25 IU/L "Pregnant".Sekiranya 6-24 IU/L "early pregnancy".Masih berharap mengandung dan tidak terlalu seronok sebab belum scan lagi tengak jantung dan kantung.Macam2 dalam fikiran ni bermain-main, kadang-kadang sampai tak boleh tidur.

24 Oct -tetiba sakit area rahim rasa macam kena cucuk,breast pun rasa macam tak sakit berbanding sebelum ni.Rasa macam tanda-tanda tak menjadi je ni..Memang sah la ni,sebab masa buang air kecil keluar darah macam selaput,dah keluar tu baru tak sakit perut...

25 Oct-Period macam biasa.Tapi period kali ni memang tak sakit perut langsung.Alhamdulillah.Redha dengan semuanya,mugkin ada hikmah disebalik kejadian Allah.Berfikiran positif.

15 October 2017

PERSEDIAAN UNTUK ANAK ANGKAT

Assalamualaikum semua..

Ok harini ada masa aku nak ceritakan mengenai persediaan yang aku telah lakukan untuk mengambil anak angkat.

Pada 4 Oct 2017 yang lepas, staff dari pusat pengambilan anak angkat telah datang ke rumah untuk lawatan.Yela nak tengak keadaan rumah.Aku ingatkan pergi "parents training " dulu baru melawat ke rumah.Tapi diorang buat mana yang sempat dulu.

Diorang cakap ada yang tak sempat lawat ke rumah dan parent training tapi dah dapat anak..Alhamdulillah rezeki diorang.

Semasa sesi melawat tu semua OK.Aku pun tanya la ramai ke listing yang menunggu?Dan dia jawab awak couple yang 7 melayu.Memang terkejut laaa..sebab ingatkan beratus2 dan masa menunggu mungkin bertahun.Tapi 7 couple je,yang ramai nya adalah cina.Sebab kebanyakkan yang bagi anak tak tahu status agama kecuali ada tanda dan surat menyatakan bayi tersebut bukan islam.Jadi jika tiada apa-apa maklumat ,diorang akan bagi bayi tu pada orang islam.

Since dia dah bagitau macam tu dan dia bagitau jugak sekarang dah boleh ready barang-barang baby.Aku pun memang excited laa nak beli barang baby dan terus je hari yang sama senaraikan barang yang perlu.

Di bawah ni adalah senarai yang aku sediakan untuk baby baru:


  • Barut
  • Napkin
  • Bedung
  • Set Mandian & Ubatan(Tropica)
  • Tilam dan bantal
  • Lapik getah
  • Tab mandi
  • Tisu wipes
  • Towel
  • Sapu tangan
  • Krim nappy
  • Set penjagaan bayi
  • Botol susu
  • Box storage baby


Dan yang bawah ni belum beli lagi sebab bersaiz dan tarikh luput


  • Baju,Sarung tangan dan stokin
  • Pampers
  • Susu


Barang yang aku beli mengikut keperluan saja.Atleast bila baby dah ada, tak ada la kelam kabut nak pg bli barang lagi.Cuma tinggal baju,pampers dengan susu jer.


Dan untuk pengetahuan jugak, bila dapat baby ni memang aku nak menyusukan dia sendiri,sebab tu aku pilih baby new born-6month.Untuk menyusukan baby ni aku dah start dah meng"google" cara cetus susu untuk ibu angkat bagi ibu yang tak pernah mengandung.Ingatkan tak dela kan.Ada jugak yang senasib dan berfikiran untuk susu kan anak sendiri.Alhamdulillah.

Dan ada jugak bertanya pada pusat laktasi.Tapi kena ikut program yang diorang jalankan dan ofcoz baby tersebut dah di daftarkan sebagai anak angkat kita.Dan kena buat checkup kesihatan jugak..Takut ubat yang diorang bagi ada side effect.Itu pun diorng bagitau tak janji susu akan keluar ke tak,takut tak mampu je..Tapi aku tak tanya la lebih-lebih .

Search punya seach kat google jumpa blog ibu angkat ni menceritakan tetang cara dia cetus susu.Aku pun ready la semua yang dia bagitau tu.

Jadi aku beli la breast pump di pump on the go.Breast pump yang aku dah beli adalah jenis Auntumnz serene .Mempunyai 3 mode,bunyi sangat senyap,rupa yang kecil dan ringan, rechargeable dan removeable batery.Harga tengah promo tu yang beli jugak..Ingat nak hold dulu sebab belum dapat baby nya.Harga RM450 ,free postage,vcool bag,ice brick dan 6 storage bottle.Memang ciri-ciri nya sesuai di tempat kerja dan travel.Sebab tu aku pilih breast pump ni.




Yang keduanya aku dah jadi ahli shaklee yang sah.Sebabnya nak beli produk ni dah alang-alang nak beli banyak terusla masuk ahli.Aku beli set milk booster, iaitu Alfafa,ESP,Ostemetrik dan vita LEA.




Tapi masih belum dapat lagi shaklee nya..Nanti dah dapat terus nak consume dan nak pump jugak.DR cakap kalau nak cetus susu kena makan pil perancang atau ada suntikan.Tapi tak semestinya berjaya..Bila dah melalui banyak prosedur membuatkan badan letih dan stress langsung tak dapat keluar susu.

Jadi tunggu la perkembangan dari aku ye..Aku pun masih mencuba..Harap2 menjadi la..InsyaAllah..

25 August 2017

PROSEDUR PENGAMBILAN ANAK ANGKAT

Assalamualaikum

Hari ini nak cerita tentang pengambilan anak angkat selepas aku dan hubby decide nak ambil anak angkat, kita pun tak tahu bila di kurniakan zuriat kan..jadi kami memang plan awal untuk jaga dan tekad nak ambil anak angkat..

Sebenarnya niat dah ada sejak tahun 2015 lagi tapi masa tu baru lagi perkahwinan kitorang takut permohonan akan ditolak..lagipun hubby tak setuju waktu tu..Maybe dia nak enjoy dulu..hahah..

Pada july 2017, aku ada email satu pusat baby hatch ni untuk mendaftar sebagai ibubapa angkat dan aku follow je prosedur yang ditetapkan oleh pihak pusat ni.Segala dokumen yang mereka perlukan memang kitorang lengkapkan.Kami hanya berhubung melalui email sahaja, borang permohonan pun aku hantar by email jugak.Senang kan zaman sekarang ni..hihiii

Then, pada 15Aug2017 , aku terima satu panggilan untuk interview dan sediakan segala dokumen yang di minta oleh pihak pusat tersebut.Betapa seronoknya aku walaupun hanya interview je baru..

Segala dokumen memang dah ada,kecuali medical report sahaja,sebab aku baru je apply..dan dalam tempoh sebulan baru dapat, tak sangka pulak di panggil interview secepat ni..Ingat kena tunggu 6 bulan sebab listing panjang...huhu..Alhamdulillah..So dokumen yang masih belum lengkap diorang minta emailkan kemudian je..senang sikit..

Pada 25Aug 2017, hari interview. Aku memang dah prepare dah segala soalan yang akan di tanya, sebab tertanya jugak interview macam kerja ke..tapi tak pun, diorang interview santai2 je,cuma nak mengenali ibu bapa angkat ni lebih sebelum menyerahkan baby..yela kan sekarang banyak kes..

Habis sesi interview, kitorang perlu pergi "parents training" ..sepatutnya pada 9 sept di johor , tapi hubby tak boleh..ada hal lain waktu tu..Lepas parents training baru la kitorang layak di letakkan di bawah listing menunggu.

Aku tak nak cerita detail tentang interview yang dijalankan, sebab hanya perbualan biasa tentang ibu bapa angkat..macam bersembang..hihii..so jangan risau naa kepada sesiapa yang nak apply tu.Tentang pusat tu pun aku tak nak inform lagi, segala maklumat aku akan inform jika pengangkatan berjaya..

05 August 2017

NEXT PLAN TTC

Assalamualaikum semua..

Wah..lamanya tak menaip kat sini,tak tau dah nak cerita ape..Sekarang dah bulan 8,maksudnya dah 8 bulan selepas laparoscopy, kalau ikutkan plan pada tahun 2015 aku akan proceed IVF sekali lagi sekiranya masih belum dikurniakan zuriat ,tapi bukan tahun ni laa..aku akan proceed IVF insyaAllah next year..IVF seperti biasa sebab tak ada frozen embrio masa IVF yang 1st dulu pada jan 2016..

Dalam masa yang sama aku nak uruskan tentang pengambilan anak angkat.Masih mencari2 lagi maklumat-maklumat tentang pengangkatan ni.Dan nak minta tolong kat semua jugak jika ada sebarang maklumat atau ilmu tentang pengambilan anak angkat boleh share kat sini.Lagi lambat daftar lagi lambat la proses pengangkatan tu..Walaupun dah daftar dengan kebajikan masyarakat tapi still tak ada apa2 maklum balas. Dari 2014 dah daftar..Dah 3 tahun dah..

So ape yang aku buat sekarang hanya lah conceive seperti biasa, makan acid folic,habatus sauda capsul dan herba cina yang baru je 1 bulan pengambilan.

Masih menggunakan OPK untuk waktu subur,dan ternyata waktu subur tidak mengecewakan..Senang nak detect..Masih tiada rezeki.Allah maha perancang..Ada hikamh disebalik semua ni..Kita enjoy dulu naaa...Bercuti cuti dulu,jangan stress..pesanan kepada semua jugak..InsyaAllah semua baik baik belaka..Doakan yang baik2 yee..

Nanti InsyaAllah jan 2018 akan update tentang IVF sekali lagi..Assalamualaikum

11 April 2017

CLOMID 1ST CYCLE

Assalamualaikum semua..


Harini aku nak bercerita tentang clomid untuk 1st cycle..Aku period  pada 13/3/2017 dan start clomid D2-D6 2 biji sehari setiap pukul 8malam.Pada masa yang sama ada test OPK sebab tak pasti bila waktu subur bila on clomid ni..Kalau tak on memang biasanya dapat rasa waktu subur dalam D13-D17

Yang menghairankan aku start  OPK pada D8-D20 dan hasilnya adalah -VE...Jadi aku pun berputus asa la sehingga tunggu period..kebiasaannya period adalah D28.setiap bulan..Bila on clomid,aku tak dapat rasa waktu subur sebab miss V kering.Bersama pun sakit dan macam di paksa gitu..huhuuu..tapi nak dapat anak punya pasal kan..kena la usaha..ada tak siapa2 yang mengalami benda yang sama macam aku??

D28-Duk tunggu period tak mai2 lagi..tapi kalau ikutkan tahun 2014 aku pernah makan clomid tanpa arahan doktor dan makan ikut masa yang sama aku makan ni..memang period aku lewat 6 hari..Tak mengandung pun..Ada tak siapa2 yang jadi benda cm ni jugak??bila on clomid bulan tu period jadi lambat?

Dan lagi satu kalau tak stop ubat utrogestan pun sama ,period akan lambat..dah stop terus je keluar period..

Agaknya badan ni tak boleh terima ubat hormon kot..kalau tidak mesti delay period..

Apa2 nanti aku akan update bila dah period..adakah kes sama dengan tahun 2014..Yang mana nak baca balik history aku 2014 boleh la cari balik..hihiii

Siapa2 ada pengalaman sama macam aku minta tolong kongsi kan kat komen yeee..TQ sangat..sayang korang...

18 March 2017

TRIP KE KOTA KINABALU SABAH 4h3m

Assalamualaikum..

Sihat ye semua??Duk cerita pasal fercility je,kali ni lain sikit.Tentang travel ye..


Harini nak cite tentang trip dan pengalaman ke kota kinabalu sabah.Aku buat style beg packer.Lagipun pergi berdua je dengan hubby.


Aku di sabah selama 4hari 3malam pada 3 march-6 march 2017.Sebenar nya ramai yang cakap kalau  pergi 4hari 3malam tak puas sebab perjalanan jauh..Jadi korang baca la puas ke tak..


Kat bawah ni adalah perancangan aku sebelum aku bertolak ke sabah.segala maklumat aku google jer..senang nak plan dan ni la hasilnya..



TICK
3 MARCH 2017 (JUMAAT)
DISTANCE

07.30PM
ARRIVE @ KOTA KINABALU


08.00PM
BELI MAKANAN DAN DIBAWA KE EMINENT HOTEL BY VAN
2KM

08.30PM
CHECK IN EMINENT HOTEL


09.00PM
CAR RENTAL BY AZAM

4 MARCH 2017(SABTU) KUNDASANG

06.30AM
CHECKOUT & BERTOLAK KE KUNDASANG(TUARAN-TAMPARULI)
93.5KM(2 HOUR)
35 MINIT KE

07.15AM
RUMAH TERBALIK/3D ART MUSEUM & JAMBATAN TAMPARULI
32.5KM
1 JAM KE

09.00AM
KINABALU PARK
52.1KM
30 MINIT KE

10.00AM
DESA CATTLE DAIRY FARM (singgah tangkap gambar)
*lembu dalam ladang 8.00AM-10.00AM
1 JAM KE

12.00PM
SG MOROLI (RANAU)
50 MINIT KE

02.00PM
CHECK-IN “KINABALU PINE RESORT”
5 MINIT KE

03.00PM
KUNDASANG WAR MEMORIAL
15 MINIT KE

03.30PM
DESA CATTLE DAIRY FARM
*lembu masuk kilang untuk perahan susu @ 3.00PM – 5.00PM


07.30PM
DINNER @ HOTEL & REST

5 MARCH 2017(AHAD) PULAU MANUKAN

07.00AM
BREAKFAST & CHECK OUT “KINABALU PINE RESORT”
2 JAM KE

09.30AM
JESSELTON POINT (BAWA MAKANAN SIAP2)
*PARASAILING PULAU MANUKAN

15 MINIT KE

02.00PM
CHECK IN “TH HOTEL KINABALU”
BOOKED 1/9/16
30 MINIT KE

04.30PM
PANTAI TANJUNG ARU “SUNSET” @ 5.45PM-6.30PM
PERDANA PARK @ 7PM-7.10PM AIR PANCUT BERIRAMA
4KM(15MIN)


PASAR FILIPINA/PASAR KRAFTANGAN & PASAR IKAN MASIN


07.00PM
DINNER @ IKAN BAKAR BERDEKATAN PASAR FILIPINO
ATAU
RESTORAN KG NELAYAN
5.2KM(30MIN)

08.00PM
PASAR MALAM KG AIR @ 5.30PM-11PM
*JUAL CENDERAHATI SAHAJA (MURAH)


09.30PM
BALIK HOTEL & REST

6 MARCH 2017(ISNIN) KOTA KINABALU

07.00AM
BREAKFAST & CHECKOUT “TH HOTEL”
30 MINIT KE

09.00AM
MARI MARI CULTURE VILLAGE
3-4 JAM

01.00PM
LUNCH “RESTORAN SRI KENINGAU”


02.00PM
MASJID TERAPUNG LIKAS”MASJID BANDARAYA KK”
*SOLAT JAMAK ZOHOR/ASAR


02.30PM
MUZIUM SABAH (BERDEKATAN TH HOTEL)


03.00PM
SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM
MENARA JAM ATKINSON



PASAR FILIPINA/PASAR KRAFTANGAN & PASAR IKAN MASIN
WATER FRONT


05.00PM
MENUJU KE AIRPORT KK & HANTAR KERETA


07.35PM
NAIK FLIGHT


10.05PM
ARRIVE LCCT

























-


























REVIEW SELEPAS PERGI KE SABAH

ha..ni baru review aku selepas aku sampai di sabah.Nak tahu plan dan bajet aku
sama tak dengan plan sebelum ke sabah yang kat atas ni boleh laa teruskan membaca..

3 march 2017

Pada pukul 12pm kami dah keluar rumah memandangkan flight kami pada pukul 4.30pm.Kami di hantar oleh sepupu hubby dan kena check in bag before pukul 3.25.lepas hubby solat jumaat di masjid putrajaya ,terus kami ke KLIA 2,sampai sana dah pukul 3.15.Masa tu relax lagi,hubby pun jalan slow jer..aku pulak jenis kena cepat..bila tgk dalam tiket kitorang masa check in bag before pukul 3.25 terus laju je cari untuk check in bag ke KK.Dua2 dah 2nd time naik flight tapi dah lama sangat tak naik dan before ni kitoang ada orang bawakan..so banyak kena bertanya.Kami still beratur untuk checkin bag..last2 tinggal lagi 2 minit je 3.25pm..rasa cam tak sempat ni.terus tanya staff situ dan staff situ suruh kami pg terus ke kaunter s16..yang beratur hanya 3 orang..nasib baik sempatttt...kalo tak,tak boleh la check in bag..huhuu


 MENUJU KE KK
PERMANDANGAN DALAM PUKUL 6PETANG..NAK KE SABAH MAGHRIBNYA CEPAT SIKIT..

Arrive kat airport pada 7.30pm dan pickup dari airport oleh eminent hotel's car.Free pickup untuk sesiapa sahaja yang book hotel situ.Aku pilih bajet hotel sebab nak stay sekejap je untuk 1 malam.Pastu dekat ngn airport dan free pickup pulak tu.Jimat...masa nak book hotel tu,korang kena tulis remarks nak free aiport pickup.Nanti diorang akan bagi email untuk confirmkan tentang tu.Sampai2 je terus staff hotel call untuk pickup..cepat kan..tak yah tunggu lama2..diorg pickup naik kereta waja tak silap aku..
kat eminent hotel tu dekat dengan shop dan kfc..jadi senang la nak makan..makan kedai biasa aku kurang yakin..jadi kitorang makan kfc jela..

@ 11.00pm

En Azam hantar kereta myvi siap2 sebab kitorang nak bertolak awal ke kundasang.Nanti lambat pulak sampai.Yang ni berdasarkan budi bicara.Nasib baik En Azam tak tambah charge.Alhamdulillah.3bulan before travel,aku book kereta sewa dengan keretasewakotakinabalu.Dia tidak mengenakan apa2 deposit pun.Masa dia hantar kereta terus je bagi duit.Tapi kereta kureng..sbb ada bekas excident kat depan..

4 march 2017

@ 6.00am

Checkout dan bergerak ke kundasang.gambar bawah ni adalah perjalanan sepanjang ke kundasang





VIEW GUNUNG KINABALU.KITORANG BERHENTI KAT TEPI JALAN NI..


Kitorang terus ke kinabalu park.Bayaran masuk RM3 kalau bawa kereta,kitorang tgk macam susah nak parking,keluar je park kat luar..Tapi bila masuk balik,korang kena tunjuk tiket yang tadi..kang bayar 2x pulak..kitorang sampai dalam pukul 9 pagi.Tempatnya memang sejuk..nampak gunung kinabalu dan orang2 yang nak mendaki gunung.ambil masa kat situ lebih kurang 15-30 minit je sebab nak feel je..kihkihh..


 SELAMAT DATANG KE KINABALU PARK
 VIEW GUNUNG KINABALU
PARA PENDAKI

@9.30am

Bergerak ke desa dairy farm..memang tempat yang aku tunggu2 ok..memang nk kejar ni je pg sabah tu..sbb tu kt itinerary ada 2x ke tempat ni..tapi kitorang pg sekali je..Kalau nak datang tu better pagi2 sebab blh nampak view gunung kinabalu..Kalau lambat memang berkabus la..

Sekali masuk..Besatnyaaa pemandangan cantikkkk sangat uallsss...Tapi view gunung dah tak berapa nak nampak sebab berkabus...Kat situ je kitoang ambil masa 2 jam.



 SELAMAT DATANG KE DESA DAIRY FARM

GUNUNG KINABALU NAK KABUS DAH TU..MASA NI PUKUL 9AM

Kalo singgah situ jangan lupa beli aiskrim dan susu..memang terbaikkk..fresh dari ladang..Jalan je semua tempat dalam dairy farm..boleh bagi anak lembu/kambing minum susu dan makan rumput..Harga susu tak silap rm1.50.



 BERATUR BELI SUSU
 NI UNTUK REHAT SANTAI-SANTAI MENIKMATI PERMANDANGAN
 BERATUR UNTUK BELI AISKRIM


12.00pm

Sg Moroli
Walaupun dalam plan ada sg moroli tapi kitorang nak batalkan je,sebab macam jauh jer..tapi memikirkan masih ada masa sebelum check in terus je menuju ke sg moroli.Ikan SPA..Korang kena beli tiket ..tak silap RM5.lepastu terus ke bahagian ikan SPA tu,kena daftar lagi dan boleh beli makanan ikan..Untuk masuk ke situ diorang akan panggil nombor dan ada limit masa okay..so tangkap la gambar dan video sepuasnya..
02.00pm
Menuju ke WAR memorial berdekatan dengan roundbout ke desa dairy farm..Masuk hanya RM2..kat situ banyak tangkap gambar jer..Tapi permandangan cantik..

03.00pm
Check in kinabalu pine resort..Rehat..Malam tu ada dinner tau..Dah include sekali masa booking..Diorang buat makan hidang bukan buffet..Boleh tahan laa sedap..makanan sabah ni memang tak pedas eh??huhu..Pada siapa nak book kinabalu pine resort ni better book awal sebab sentiasa penuh..Dan setiap kali book memang akan dapat dinner dan breakfast.Masa makan dinner tu diorang akan tanya menu untuk breakfast.Bukan beffet jugak..


 KINABALU PINE RESORT
 MENU DINNER
 DINNER
 VIEW GUNUNG KINABALU WAKTU PAGI




5 march 2017

07.00am
Breakfast nasi lemak pilihan kitorang masa dinner semalam..Kiotang nak cepat2 checkout sebab nak kejar ke pulau,nak naik parasailing di pulau manukan..




08.30am
Singgah sebentar di rumah terbalik sabah..Tangkap gambar luar jer..dalam tak boleh tangkap gambar..Harga masuk rm10.60..kiotrang tak masuk 3d pun sebab kat semenanjung pun ada.

10.00am
Sampai di jeti jesselton..Terus menuju ke kaunter tiket.Tanya harga tiket untuk parasailing RM150 untuk 2 orang dan RM30 sorang untuk ke pulau manukan tak termasuk tax.Masa kitorang sampai tu dah panas terik..biasa laa kat sabah kan cuaca nya awal sejam dari semenanjung walaupun jam nya sama..Kitorang pun batalkan untuk ke pulau..sedihnyaaa...So kitorang terus ke pasar filipino/pasar kraftangan./pasar ikan masin..dan selesai beli belah..terus ke imago mall,tgk wayang..sejuk sikit..tapi tak syokla tak dapat rasa naik parasailing..hmm...nanti nak kena pg lagi ni..


 JESSELTON POINT
KAUNTER TIKET

2.00pm
Check in TH hotel..Yang best nya TH hotel ni besar gila..kitorang book kat agoda RM174..executive suite..sebab yang standart tu dah habis..tapi puas hati la dapat bilik besarrr...berehat la sehingga petang..






4.30pm
Menuju ke pantai tanjung aru,nak tengak alam ciptaan Allah.matahari terbenam..subhanAllah..cantikk sangat..




Malam berehat je kat TH hotel.Dan kitorang checkout terus ke KKIA..Alhamdulillah..short vacation..Nanti nak pergi lagi insyaAllah..