Assalamualaikum
Pada 10hb june. aku log in web LPPSA untuk tengak status terkini lulus ke tidak.Dan status nya adalah permohonan dikhuiri sebab borang yang tidak lengkap.
Ada 2 borang yang tidak disertakan haritu iaitu Borang 7(Di isi oleh suami) dan Borang pengesahan wang beza antara harga belian dan amaun pinjaman..kedua2 borang ni boleh di muat turun di web LPPSA.Dan aku hantar terus dokumen ni melalui pos laju..senang guna pos laju sebab aku tak ada masa nk ke putrajaya,semata-mata hantar borang je..Jadi aku kena tunggu lagi la status kelulusan tu..
background
13 June 2016
06 June 2016
CARA PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN DAN SWASTA (JOIN LOAN)
Assalamualaikum
Hari ni aku nak kongsikan tentang urusan atau cara untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan bagi pinjaman bersama suami/isteri jika suami/isteri bekerja swasta.Step by step mengikut pengalaman aku lah ye..
Aku-Bekerja kerajaan
Suami-Bekerja di KWSP
RUMAH DI DALAM PEMBINAAN (JENIS 3)
Hari ni aku nak kongsikan tentang urusan atau cara untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan bagi pinjaman bersama suami/isteri jika suami/isteri bekerja swasta.Step by step mengikut pengalaman aku lah ye..
Aku-Bekerja kerajaan
Suami-Bekerja di KWSP
RUMAH DI DALAM PEMBINAAN (JENIS 3)
- Book rumah yang hendak di beli (RM500)
- Lawyer akan minta pengesahan amaun kelayakan pinjaman perumahan.(Yang ni aku buat kalkulator dekat LPPSA dan mengikut jadual LPPSA, kelayakan maksimun aku RM260000 belum tolak loan semua lagi)Pastu aku print screen jer.Suami pun sama minta kat KWSP.Suami aku layak buat 28 tahun jer,jadi aku pun kena follow 28 tahun masa apply loan nanti.Amaun pinjaman suami aku RM134000 disebabkan Loan untuk KWSP hanya 60% sahaja termasuk loan2 dalam payslip, jadi selebihnya akulah yang kena apply.Bagi loan gov 60% untuk rumah jer,tak ganggu loan lain, itupun diorang akan semak baki bersih gaji tu lepas ke tak.
- Tunggu sehingga lawyer yang di lantik call untuk menandatangani SPA.Kebiasaan rumah dalam pembinaan, lawyer telah dilantik oleh pihak pemaju.Aku tunggu lebih kurang 1-2 bulan untuk SPA.
- Bila dah sign SPA, dalam masa 3hari akan dapat salinan SPA dan borang-borang yang berkaitan (ada dalam semakan LPPSA ) dari pihak lawyer.Yang ni semua disediakan lawyer.
- Dah dapat SPA, terus lah buka web LPPSA untuk permohonan pinjaman perumahan.Macam aku buat pinjaman dengan suami dan suami aku bekerja KWSP.Kalau KWSP, diorang ada khas pinjaman perumahan untuk staff kwsp.
- Bagi pinjaman bersama pasangan yang bukan apply melalui LPPSA(contoh bank/mana2 cawangan yang di iktiraf) mesti la memilih "permohonan individu" kecuali lah kedua2 nya bekerja kerajaan dan buat permohonan LPPSA barulah pilih "pinjaman bersama suami/isteri".Kalau tidak permohonan anda-anda sekalian tidak boleh hantar dan terteralah perkataan ini "Sila lengkapkan permohonan pasangan untuk meneruskan permohonan ini" .Jika ini berlaku,anda tidak boleh kemaskini maklumat permohonan dan teruslah hubungi pusat penggilan LPPSA 03-8880 1600, staff LPPSA memang terus kemaskini jer untuk anda.
- Dah selesai isi,anda kena lah print 1 set borang permohonan pinjaman dan senarai semak pinjaman.
- Hantar kesemuanya(boleh rujuk di dalam senarai semak LPPSA) kepada ketua jabatan tempat anda bekerja untuk urusan pengesahan dari ketua jabatan.(3 hari masa bekerja baru siap)
- Dalam masa 2 minggu dari tarikh permohonan ,anda kena hantar kesemua borang yang lengkap ke LPPSA yang terletak di presint 2 putrajaya.Kebiasaannya akan tertera tarikh akhir penghantaran selepas permohonan.Aku buat penghantaran secara poslaju.Sebelum tu memang aku telefon dulu dan tanya boleh ke hantar dokumen permohonan melalui pos laju.Dan dia cakap boleh.Alamat seperti di bawah ni ye.Dan untuk pengetahuan semua, bayaran wang proses sudah tidak dikenakan lagi oleh LPPSA.Dulu bayarannya RM100,dan kena hantar sekali masa buat permohonan.Sekarang tak perlu dah.
- Sudah submit semuanya ke LPPSA, tunggu sehingga permohonan di luluskan,boleh buat semakan online.
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
PS:Yang mana nak tanya boleh comment bawah ni,InsyaAllah akan balas secepat mungkin.
Subscribe to:
Posts (Atom)