background

28 July 2016

PENUKARAN KAD ATM MAYBANK DAN CIMB BANK







Assalamualaikum..

Harini aku ambil cuti sebab nak buat urusan penukaran kad atm yang viral sekrang ni.Acctually aku tak terima pun call/mesej dari maybank/cimb.Aku dapat banyak whatsapp dari kawan2 je.Tapi kebanyakkan nya tulis last penukaran kad pada bulan 7/2016.Tetapi yang sebetulnya last penukaran kad adalah pada bulan 12/2016.Perbezaan kad lama dan baru..ada tanda wifi dan ada tulis my debit..Penukaran ini sebenarnya arahan dari bank negara dan wajib untuk semua menggunakan sistem kad pin & pay.

Mula sekali aku pergi maybank,pukul 9.30pagi dah sampai, lepastu bagitau kat kaunter yang jaga nombor tu untuk penukaran kad atm baru,dan dia akan bagi nombor.Masa tu tak ramai pun.lebih kurang 3 orang menunggu.Bila dah sampai giliran, aku tunjuk ic dan kad atm lama,time nak scan cap jari,macam biasalah cap jari aku memang tak boleh baca pun,tapi aku ada bawa photocopy JPN 12.Malangnya staff maybank tak terima.Dia kata nak yang ori dan dia akan photostap kat situ juga.Jpn 12 yang ori aku pun tak sure letak mana.walaupun tahun 2014 punya..jadi aku kenala buat JPN12 lagi sekali.

Aku terus ke JPN untuk apply lagi sekali.Sampai je JPN nasib tak ramai orang,dalam 2-3 orang je.Bagitau kat staff yang jaga nombor nak buat JPN 12/KP 12.Dia akan tanya untuk tujuan apa?So aku bagitau untuk penukaran kad atm bank.Dia cakap untuk JPN 12 kena bayar RM50..terkejut aku..ingat kan RM5..gila betul naik sampai RM45..aku pun setuju jela sebab dah memang cap jari tak boleh baca kan..huhu...Dia bagi borang untuk di isi,lepastu kena photostap ic kat kaunter 16..bayar 20sen..Datang balik ke kaunter 1 tadi untuk ambil nombor.Bila dah selesai aku terus ke cimb bank pulak.

borang yang perlu di isi untuk KP12

Kat cimb bank pun sama jugak macam maybank.cuma kena isi borang dulu,then dia akan bagi nombor.Bila dah sampai giliran,aku terus tunjuk JPN 12.Disebabkan cap jari tak boleh baca, aku kena bagi lesen sekali..semuanya di photostap..lepastu kena cap jari kat kertas2 yang di photostap tadi..dah dapat kad debit baru,terus ke atm untuk penukaran pin number.selesai..

10.30am, terus menuju ke maybank semula,sampai je maybank..dapat nombor..dan nombor aku lagi 27 orang lagi sedang menunggu.Staff maybank siap tanya ..ramai orang ni..boleh ke tunggu..dari aku duk umah tak buat apa,baik tunggu je kan..Jadi aku pergi kfc dulu makan..dalam pukul 11.30am pg maybank balik.tengok skrin lagi 5 orang lagi kena tunggu.Dah selesai semua..macam biasa la pergi atm untuk penukaran pin number.alhamdulillah ..selesai keduanya..

P/S:Yang mana ada online bank in tapi tak boleh login disebabkan penukaran kad atm, Cuma masukkan nombor kad atm dan nombor pin jer masa nak login nanti.Semoga penulisan kali ni bermanfaat untuk semua pembaca.Kalau nak tanya apa2 boleh comment di bawah ni yaa...





21 July 2016

UPDATE:STATUS PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN PART 2

Assalamualaikum

Haishh..lamanya tak buka blog ni,sebab sibuk sikit urus macam-macam.Sempat lagi dibulan syawal ni,aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada pembaca setia blog aku yang tak seberapa ni.hihih..

Ok..Harini nak update status terkini tentang pinjaman perumahan aku ni..Agak complicated sebenarnya loan aku dan suami ni.Sampai aku pun pening nak fikir cara.Dengan masa yang limit lagi nak dikejar.Kalau tak nanti expired la S&P rumah yang ditandatangani pada 20/5/2016...3 bulan je taw untuk aku uruskan loan aku dan suami.Kalau sama2 kerja kerajaan tak dela complicated macam ni..pening dibuatnya.

10/6/2016
KUIRI-Borang tak lengkap (Baca disini)

23/6/2016
LULUS-Dengan syarat hantar SURAT SETUJU TERIMA dalam masa 30hari.

14/7/2016
Pos surat setuju terima ke LPPSA

15/7/2016
LPPSA terima surat yang telah di pos

18/7/2016
AKTIF-status terkini.Maka dengan ini loan sebelah aku sudah selesai.


Cerita masalahnya disini ya..

Pada 23/6/2016, bila tahu jer aku lulus dengan amaun yang tak sama dengan aku apply,sangat mengecewakan aku.Aku apply loan berdasarkan wang beza dengan hubby , disebabkan hubby memang dah tau amaun kelayakan dia berapa, yang aku pulak tak tau amaun kelayakan yang aku patut apply berapa.Yang aku tahu kelayakan aku berdasarkan jadual dari LPPSA tu je,Jadi aku main letak jela amaun pinjaman tu.Try nasib la katakan.Kiranya se"maximun" la aku letak.Hubby aku boleh apply RM134000 berdasarkan kelayakan dia.Aku apply RM198550 tapi yang aku lulus RM185000.Harga rumah RM332550.Jadi wang beza yang perlu aku cari adalah sebanyak RM13550.mana nak cekau tu???

27/6/2016(Isnin)

Cara Pertama (Loan bank)
Dah pening2 memikirkan hal ni,aku dan hubby decide untuk hubby aku apply loan dengan bank.Jadi di situ dah buang masa,sebab kena sediakan semua borang2 balik termasuklah statement dari bank.Yang jadi masalahnya bila nak dapatkan statement dari maybank.selagi tak dapat memang tak boleh proceed.

Dalam pada masa ni jugak kitorang memang sentiasa whatsapp agen kitorng yang menguruskan rumah ni.Dan tanya boleh ke kitorang nak buat loan bank memandangkan loan KWSP tidak layak.Dan dia cakap akan confirm kan keesokkannya.

Tunggu punya tunggu ,dan hari2 duk whatsapp tanya boleh ke tak.Disitu lebih kurang seminggu jugak duk tunggu,dan tiada kata putus dari agen.Jika tiada kata putus macam mana kitorang nak apply loan dari bank sebab yang uruskan nanti pun pihak agen.

Sambil2 tu uruskan jugak tentang statement bank.Pergi maybank nak minta statement,staff sana cakap boleh apply melalui M2u,hubby aku ada m2u tapi tak pernah buka pun,jadi terlupa la passwordnya..,then staff situ cakap kena call centre untuk reset password,Bila semua dah selesai,aku pun tengok la statement di m2u,yang ada hanya bulan 1-3 sahaja,sedangkan pihak pemaju nak bulan 4-6.Aku pun bagi mesej kat FB maybank,dan staffnya jawab memang ada 3bulan je di m2u,Jadi aku pun dah tak tau cara dan emailkan kat m2u untuk dapatkan latest statement 3 bulan.Try n error je,mana la tahu boleh dapat.

Cara kedua
Loan KWSP dan Baki RM13550 bayar menggunakan cek kepada peguam).
Ini pun kitorang ada tanya jugak agen,boleh ke tak dengan cara ni.Belum jugak dapat kepastian.

6/7/2016-10/7/2016
CUTI RAYA-memang tak buat apa2 pun pasal urusan rumah sebab office,bank kan semua tutup...dengan cuti peristiwanya lagi.

12/7/2016(Selasa)
Hubby buat pengesahan dengan peguam tentang cara kedua memandangkan cara pertama tidak boleh disebabkan kena buat S&P baru jika menggunakan cara pertama.Kitorg pun decide untuk apply je loan dengan KWSP dan baki lebihan tu pinjam dengan mertua,memandangkan hubby aku nak keluarkan duit EPF dari akaun 2 untuk beli rumah,Cuma untuk keluarkan duit dari akaun 2 tu ambil masa jugak kan.Alhamdulillah mertua setuju bagi pinjam, sebab mertua aku ni memang suka bila anak2 beli rumah,biasalah aset kan..

13/7/2016
Hubby hantar permohonan ke HR kwsp untuk urusan loan.Borang2 memang dah standby lama dah sementara nak tunggu lulus aku punya then tinggal nak hantar je..Dan esoknya terus pos surat setuju terima aku ke LPPSA.Acctually surat setuju terima tu aku dah minta sign ketua jabatan awal.Cuma bila masalah atas ni timbul,tak boleh la nk proceed hantar surat setuju terima lagi kan.

Harini 21/7/2016
Tunggu je kelulusan dari HR kwsp,sebab amaun memang dah tau berapa.Cuma nak tunggu surat kelulusan baru boleh buat cek atas nama peguam.

Apa2 aku akan update ye..Hubby aku ni sibuk dalam minggu ni,jadi memang susah dia nak update dengan HR dia pasal loan rumah dia dah lulus belum.sabar menanti..haishhh..Nampak tak bertapa complicatednya kes aku ni.Oh ye,tentang statement bank yang aku minta melalui email tu,memang dah dapat 3-4 hari lepas aku email.Tapi tak guna pun sebab tak buat loan dengan bank..huhuu..