background

22 February 2017

FOLLOW UP DENGAN DR HAMID ARSHAT

Assalamualaikum..

Hari ni 22 feb pukul 8am ada temujanji dengan DR Hamid Arshat.Acctually kena datang klinik untuk follow up 2 minggu selepas operation.Tapi tak pergi pun sebab hubby outstation.Then call balik staff kat klinik untuk set appoiment baru..so dapat la tarikh harini..

Yang mana baru pertama kali nak ke klinik DR Hamid Arshat,meh sini nak bagitau step by step..korang baca jela yee..hihiii

Bila dah sampai kompleks YJN, terus masuk ikut belakang taw,nanti akan nampak sign board klinik dr hamid arshat ...kat situ banyak bilik..korang terus je ke bilik pendaftaran dan letakkan IC (untuk yang baru) atau kad appoiment.

Lepastu staff akan panggil nama untuk Saringan cek BP dan berat.Lepastu kena tunggu luar untuk step seterusnya vaginal scan.melalui vaginal scan DR bagitau ada telur tapi masih belum matang.Acctually aku baru je habis period semalam.

Lepastu tunggu untuk jumpa Dr Hamid Arshat, yang peliknya pesakit sebelum aku yang panggil nama aku untuk masuk ke bilik DR..Sampai bp kali ntah dia panggil..haha duk dengar nama panggil tapi tak taw dari mana..adeh..ingat staff dia yang panggil..hahah..

Sesi berjumpa DR..Dr Hamid bagitau yang aku baru lepas operation dan untuk mula2 biasa memang tak lekat dan mungkin akan lekat dalam masa 6 bulan.Melalui scan pun dah nampak telur tapi masih belum matang.Boleh try lagi..Aku pun ambil peluang la tanya berkenaan keadaan rahim aku,risau la kebelakang semula.Alhamdulillah masih dalam keadaan normal..Dan Dr bekalkan ubat untuk aku dan hubby.

Ubat yang Dr bekalkan adalah


  • Obimin
  • Acid Folic
  • Habatus sauda
  • Clomid 2 cycle(Mac & April)
  • Speman(hubby)
Dr bagitau sekiranya masih belum pregnant call semula klinik dan set appoiment yang baru pada mei nanti.

Harap2 adala rezeki anak yang aku tunggu selama 5 tahun.Amin..Doakan ye semua pembaca..Thank you..Nak tanya apa2 komen la..