background

18 March 2017

TRIP KE KOTA KINABALU SABAH 4h3m

Assalamualaikum..

Sihat ye semua??Duk cerita pasal fercility je,kali ni lain sikit.Tentang travel ye..


Harini nak cite tentang trip dan pengalaman ke kota kinabalu sabah.Aku buat style beg packer.Lagipun pergi berdua je dengan hubby.


Aku di sabah selama 4hari 3malam pada 3 march-6 march 2017.Sebenar nya ramai yang cakap kalau  pergi 4hari 3malam tak puas sebab perjalanan jauh..Jadi korang baca la puas ke tak..


Kat bawah ni adalah perancangan aku sebelum aku bertolak ke sabah.segala maklumat aku google jer..senang nak plan dan ni la hasilnya..



TICK
3 MARCH 2017 (JUMAAT)
DISTANCE

07.30PM
ARRIVE @ KOTA KINABALU


08.00PM
BELI MAKANAN DAN DIBAWA KE EMINENT HOTEL BY VAN
2KM

08.30PM
CHECK IN EMINENT HOTEL


09.00PM
CAR RENTAL BY AZAM

4 MARCH 2017(SABTU) KUNDASANG

06.30AM
CHECKOUT & BERTOLAK KE KUNDASANG(TUARAN-TAMPARULI)
93.5KM(2 HOUR)
35 MINIT KE

07.15AM
RUMAH TERBALIK/3D ART MUSEUM & JAMBATAN TAMPARULI
32.5KM
1 JAM KE

09.00AM
KINABALU PARK
52.1KM
30 MINIT KE

10.00AM
DESA CATTLE DAIRY FARM (singgah tangkap gambar)
*lembu dalam ladang 8.00AM-10.00AM
1 JAM KE

12.00PM
SG MOROLI (RANAU)
50 MINIT KE

02.00PM
CHECK-IN “KINABALU PINE RESORT”
5 MINIT KE

03.00PM
KUNDASANG WAR MEMORIAL
15 MINIT KE

03.30PM
DESA CATTLE DAIRY FARM
*lembu masuk kilang untuk perahan susu @ 3.00PM – 5.00PM


07.30PM
DINNER @ HOTEL & REST

5 MARCH 2017(AHAD) PULAU MANUKAN

07.00AM
BREAKFAST & CHECK OUT “KINABALU PINE RESORT”
2 JAM KE

09.30AM
JESSELTON POINT (BAWA MAKANAN SIAP2)
*PARASAILING PULAU MANUKAN

15 MINIT KE

02.00PM
CHECK IN “TH HOTEL KINABALU”
BOOKED 1/9/16
30 MINIT KE

04.30PM
PANTAI TANJUNG ARU “SUNSET” @ 5.45PM-6.30PM
PERDANA PARK @ 7PM-7.10PM AIR PANCUT BERIRAMA
4KM(15MIN)


PASAR FILIPINA/PASAR KRAFTANGAN & PASAR IKAN MASIN


07.00PM
DINNER @ IKAN BAKAR BERDEKATAN PASAR FILIPINO
ATAU
RESTORAN KG NELAYAN
5.2KM(30MIN)

08.00PM
PASAR MALAM KG AIR @ 5.30PM-11PM
*JUAL CENDERAHATI SAHAJA (MURAH)


09.30PM
BALIK HOTEL & REST

6 MARCH 2017(ISNIN) KOTA KINABALU

07.00AM
BREAKFAST & CHECKOUT “TH HOTEL”
30 MINIT KE

09.00AM
MARI MARI CULTURE VILLAGE
3-4 JAM

01.00PM
LUNCH “RESTORAN SRI KENINGAU”


02.00PM
MASJID TERAPUNG LIKAS”MASJID BANDARAYA KK”
*SOLAT JAMAK ZOHOR/ASAR


02.30PM
MUZIUM SABAH (BERDEKATAN TH HOTEL)


03.00PM
SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM
MENARA JAM ATKINSON



PASAR FILIPINA/PASAR KRAFTANGAN & PASAR IKAN MASIN
WATER FRONT


05.00PM
MENUJU KE AIRPORT KK & HANTAR KERETA


07.35PM
NAIK FLIGHT


10.05PM
ARRIVE LCCT

























-


























REVIEW SELEPAS PERGI KE SABAH

ha..ni baru review aku selepas aku sampai di sabah.Nak tahu plan dan bajet aku
sama tak dengan plan sebelum ke sabah yang kat atas ni boleh laa teruskan membaca..

3 march 2017

Pada pukul 12pm kami dah keluar rumah memandangkan flight kami pada pukul 4.30pm.Kami di hantar oleh sepupu hubby dan kena check in bag before pukul 3.25.lepas hubby solat jumaat di masjid putrajaya ,terus kami ke KLIA 2,sampai sana dah pukul 3.15.Masa tu relax lagi,hubby pun jalan slow jer..aku pulak jenis kena cepat..bila tgk dalam tiket kitorang masa check in bag before pukul 3.25 terus laju je cari untuk check in bag ke KK.Dua2 dah 2nd time naik flight tapi dah lama sangat tak naik dan before ni kitoang ada orang bawakan..so banyak kena bertanya.Kami still beratur untuk checkin bag..last2 tinggal lagi 2 minit je 3.25pm..rasa cam tak sempat ni.terus tanya staff situ dan staff situ suruh kami pg terus ke kaunter s16..yang beratur hanya 3 orang..nasib baik sempatttt...kalo tak,tak boleh la check in bag..huhuu


 MENUJU KE KK
PERMANDANGAN DALAM PUKUL 6PETANG..NAK KE SABAH MAGHRIBNYA CEPAT SIKIT..

Arrive kat airport pada 7.30pm dan pickup dari airport oleh eminent hotel's car.Free pickup untuk sesiapa sahaja yang book hotel situ.Aku pilih bajet hotel sebab nak stay sekejap je untuk 1 malam.Pastu dekat ngn airport dan free pickup pulak tu.Jimat...masa nak book hotel tu,korang kena tulis remarks nak free aiport pickup.Nanti diorang akan bagi email untuk confirmkan tentang tu.Sampai2 je terus staff hotel call untuk pickup..cepat kan..tak yah tunggu lama2..diorg pickup naik kereta waja tak silap aku..
kat eminent hotel tu dekat dengan shop dan kfc..jadi senang la nak makan..makan kedai biasa aku kurang yakin..jadi kitorang makan kfc jela..

@ 11.00pm

En Azam hantar kereta myvi siap2 sebab kitorang nak bertolak awal ke kundasang.Nanti lambat pulak sampai.Yang ni berdasarkan budi bicara.Nasib baik En Azam tak tambah charge.Alhamdulillah.3bulan before travel,aku book kereta sewa dengan keretasewakotakinabalu.Dia tidak mengenakan apa2 deposit pun.Masa dia hantar kereta terus je bagi duit.Tapi kereta kureng..sbb ada bekas excident kat depan..

4 march 2017

@ 6.00am

Checkout dan bergerak ke kundasang.gambar bawah ni adalah perjalanan sepanjang ke kundasang





VIEW GUNUNG KINABALU.KITORANG BERHENTI KAT TEPI JALAN NI..


Kitorang terus ke kinabalu park.Bayaran masuk RM3 kalau bawa kereta,kitorang tgk macam susah nak parking,keluar je park kat luar..Tapi bila masuk balik,korang kena tunjuk tiket yang tadi..kang bayar 2x pulak..kitorang sampai dalam pukul 9 pagi.Tempatnya memang sejuk..nampak gunung kinabalu dan orang2 yang nak mendaki gunung.ambil masa kat situ lebih kurang 15-30 minit je sebab nak feel je..kihkihh..


 SELAMAT DATANG KE KINABALU PARK
 VIEW GUNUNG KINABALU
PARA PENDAKI

@9.30am

Bergerak ke desa dairy farm..memang tempat yang aku tunggu2 ok..memang nk kejar ni je pg sabah tu..sbb tu kt itinerary ada 2x ke tempat ni..tapi kitorang pg sekali je..Kalau nak datang tu better pagi2 sebab blh nampak view gunung kinabalu..Kalau lambat memang berkabus la..

Sekali masuk..Besatnyaaa pemandangan cantikkkk sangat uallsss...Tapi view gunung dah tak berapa nak nampak sebab berkabus...Kat situ je kitoang ambil masa 2 jam.



 SELAMAT DATANG KE DESA DAIRY FARM

GUNUNG KINABALU NAK KABUS DAH TU..MASA NI PUKUL 9AM

Kalo singgah situ jangan lupa beli aiskrim dan susu..memang terbaikkk..fresh dari ladang..Jalan je semua tempat dalam dairy farm..boleh bagi anak lembu/kambing minum susu dan makan rumput..Harga susu tak silap rm1.50.



 BERATUR BELI SUSU
 NI UNTUK REHAT SANTAI-SANTAI MENIKMATI PERMANDANGAN
 BERATUR UNTUK BELI AISKRIM


12.00pm

Sg Moroli
Walaupun dalam plan ada sg moroli tapi kitorang nak batalkan je,sebab macam jauh jer..tapi memikirkan masih ada masa sebelum check in terus je menuju ke sg moroli.Ikan SPA..Korang kena beli tiket ..tak silap RM5.lepastu terus ke bahagian ikan SPA tu,kena daftar lagi dan boleh beli makanan ikan..Untuk masuk ke situ diorang akan panggil nombor dan ada limit masa okay..so tangkap la gambar dan video sepuasnya..
02.00pm
Menuju ke WAR memorial berdekatan dengan roundbout ke desa dairy farm..Masuk hanya RM2..kat situ banyak tangkap gambar jer..Tapi permandangan cantik..

03.00pm
Check in kinabalu pine resort..Rehat..Malam tu ada dinner tau..Dah include sekali masa booking..Diorang buat makan hidang bukan buffet..Boleh tahan laa sedap..makanan sabah ni memang tak pedas eh??huhu..Pada siapa nak book kinabalu pine resort ni better book awal sebab sentiasa penuh..Dan setiap kali book memang akan dapat dinner dan breakfast.Masa makan dinner tu diorang akan tanya menu untuk breakfast.Bukan beffet jugak..


 KINABALU PINE RESORT
 MENU DINNER
 DINNER
 VIEW GUNUNG KINABALU WAKTU PAGI




5 march 2017

07.00am
Breakfast nasi lemak pilihan kitorang masa dinner semalam..Kiotang nak cepat2 checkout sebab nak kejar ke pulau,nak naik parasailing di pulau manukan..




08.30am
Singgah sebentar di rumah terbalik sabah..Tangkap gambar luar jer..dalam tak boleh tangkap gambar..Harga masuk rm10.60..kiotrang tak masuk 3d pun sebab kat semenanjung pun ada.

10.00am
Sampai di jeti jesselton..Terus menuju ke kaunter tiket.Tanya harga tiket untuk parasailing RM150 untuk 2 orang dan RM30 sorang untuk ke pulau manukan tak termasuk tax.Masa kitorang sampai tu dah panas terik..biasa laa kat sabah kan cuaca nya awal sejam dari semenanjung walaupun jam nya sama..Kitorang pun batalkan untuk ke pulau..sedihnyaaa...So kitorang terus ke pasar filipino/pasar kraftangan./pasar ikan masin..dan selesai beli belah..terus ke imago mall,tgk wayang..sejuk sikit..tapi tak syokla tak dapat rasa naik parasailing..hmm...nanti nak kena pg lagi ni..


 JESSELTON POINT
KAUNTER TIKET

2.00pm
Check in TH hotel..Yang best nya TH hotel ni besar gila..kitorang book kat agoda RM174..executive suite..sebab yang standart tu dah habis..tapi puas hati la dapat bilik besarrr...berehat la sehingga petang..






4.30pm
Menuju ke pantai tanjung aru,nak tengak alam ciptaan Allah.matahari terbenam..subhanAllah..cantikk sangat..




Malam berehat je kat TH hotel.Dan kitorang checkout terus ke KKIA..Alhamdulillah..short vacation..Nanti nak pergi lagi insyaAllah..