background

29 June 2018

PREGNANCY:35W2D

Assalamualaikum semua..Selamat Hari Raya..

Alhamdulillah kandungan dah capai 35 minggu..Tak sabar rasanya nak jumpa baby..Yela 6 tahun BerTTC,alhamdulillah Allah bagi peluang untuk merasai nikmat mengandung.

Sepanjang mengandung ni aku tak de sebarang alahan, kecuali ada GDM jela..huhu..

Aku dah tak checkup kat KKM sebab letih banyak sangat checkup kena pg kat KKM,last2 skip macam tu je dan teruskan dengan checkup dekat PPUM.Last checkup kat KKM pada minggu ke 23..

Kalau di PPUM checkup sebulan sekali, yang mana yang tak tahu prosedur atau pertama kali nak checkup selepas booking bersalin,di bawah ni adalah stepnya..

1)Tekan nombor "A" untuk obstetrik & Ginekologi .

2)Buat Pendaftaran setelahnombor dipanggil (Kalau di PPUM korang punya masa temujanji pukul 10am, jangan datang pukul 8 am pulak, nanti kaunter akan bagi nombor yang pukul 10am jugak, tunggu lama korang nanti)

3)Lepas daftar, kena pergi ambil air kencing dan timbang berat.(Bagi kad temujanji pada akak atendan yang jaga sebelah toilet )air kencing terus test situ je.pastu terus buang balik kat toilet.

4)Lepas tu terus ke kaunter jururawat untuk ambil BP.

5)Tunggu nombor untuk jumpa Doktor.

Ps:Yang mana ada scan waktu tu biasa nya lepas daftar pergi scan dulu,lepastu pergi kaunter balik ambil nombor untuk jumpa Doktor dan cek air kencing.


SUNTIKAN DEXA

Pada 26/6/2018 ,ada checkup dengan PPUM, untuk tgk graf berat baby,sebab masa bulan puasa graf baby menurun walaupun beratnya naik.Berat aku pun masa tu turun 4kg..Alhamdulillah dapat puasa penuh masa tu..Jadi masa result scan hari tersebut graf baby dah ok, tetiba air ketuban pulak kurang..adei..

Doktor cadangkan  untuk beri suntikan dexa(suntikan untuk matangkan paru-paru baby jika bersalin awal).Dr memang dah bgtw yang aku mungkin akan di paksa bersalin pada 37 weeks..So, untuk dapatkan suntikan tu kena admit sebab suntikan tu boleh membuatkan gula jadi tinggi, aku ada GDM jadi kena la pantau .Dr ada bgtw yang suntikan akan di beri 2 kali sehari selama 2 hari.

Jadi aku decide untuk terus je masuk wad pada hari yang sama temujanj,cepat masuk cepat keluar..hihiiiMasuk wad pada pukul 10am ,pukul 11.50 dah start suntikan yang pertama.YaAllah rasa suntikan sangat la pedih..tapi tahan jela kan demi baby..Suntikan kedua pada 11.50pm..


Keesokkan harinya aku ingat ada la suntikan lagi ,siap tanya nurse lagi bila nak bagi suntikan lagi,sebab masa tu dah pukul 12.30pm.Suntikan ni kena bagi setiap 12 jam..Nurse pun bgtw awak tak perlu suntikan dah sebab semalam dah bagi dose paling tinggi .Fuhhh..lega giler bila dapat tw tak yah suntik dah..

Then tak boleh keluar wad lagi sebab Dr nak pantau gula dulu,biasanya ubat tu akan efect dalam masa 24 jam..28/6/2018 baru la dapat discaj dari wad..Bosan betul laa duk dekat wad dengan tak ada TV nya ..huhu...