background

26 December 2016

DR HAMID ARSHAT : LAPAROSCOPY RETROVERTED UTERUS DI HOSPITAL PANTAI

22 dec 2016(khamis)Hari Laparascopic

5am-Nurse datang untuk cek BP dan suhu badan.


7am-Nurse datang lagi untuk bagi baju OT.Perlu tukar sebelum pukul 9am.prosedur aku maybe dalam pukul 10am.Dan aku pesakit yang ke-3.Tukar baju tu kena buka semua pakaian dalam ok..pastikan semua gelang ke rantai ke subang ke dibuka ye....Aku dari rumah lagi dah buka.untuk elakkan hilang barang kemas di hospital.


9am-Nurse datang lagi untuk cucuk ubat kat punggung.Yang ni memang pedih weh..Xtaw la kenapa pedih sangat,biasanya aku jenis tahan sakit..kali ni pedih dia tak tahan.Dah lepas inject tu ,husband aku pun datang dan aku bangun dari katil.tetiba rasa pening dan nak jatuh.Terus baring je..Dan mamai2 time tu..


10am-Ditolak ke bilik OT menggunakan katil wad tu jugak.Husband aku hantar sampai pintu OT je..Aku kena tukar katil ke katil yang disediakan OT .ni kena bangun sendiri la ye...Disebabkan pesakit kedua baru je masuk OT ,so aku diletakkan sementara di bahagian menunggu,dan tertidur jugak disebabkan ubat yang di inject tu.Lepastu aku pun tak tau pukul berapa di tolak ke bilik OT.duk pejam celik je,dengan jam pun xde.


11.00-11.30am(maybe)

Masa dalam bilik OT,tetiba nurse tu koyak belakang baju OT yang aku pakai tu,acctually belakang baju tu aku ikat je,jenis bajunya pulak macam scarf yang aku pakai tu,bukan kain cotton taw,jenis pakai buang punya baju.lepastu kena bangun untuk tukar katil lagi.

Bermula la kerja2 kat OT tu dengan laju nya,macam2 tangan duk usik aku,masukkan line la,tampal benda ape ntah kat dada aku,cek BP,bagi oksigen.Aku memang sedar setakat DR nazri masukkan line kat tangan aku ngan nurse letak ape ntah kat dada..yang lain2 aku tak sedar.Bila masa dia letak oksigen pun aku tak sedar.


Lepastu aku sedar mamai yang jenis tak boleh buka mata,yang aku dapat tau kenapa lidah aku terjelir dan mulut aku tak boleh tutup dengan kerongkong aku sakit.Tak boleh buka mata langsung,tak tau la prosedur dah siap ke belum.Lepastu dapat rasa diorang keluarkan sesuatu dari mulut aku..Baru lega...


Lepastu diorang hantar aku ke bilik recovery,still tak boleh buka mata lagi,aku dengar diorang cakap tapi aku tak boleh buka mata.Dan lagi satu of kos la rasa sakit kat bahagian ari2.Masa diorang cek BP aku dah ok,dan boleh dihantar ke wad,time ni pun tak boleh buka mata jugak.Aku di transer ke katil wad.Dan terus ke wad two bedded.Aku tengak husband aku tak ada kat wad.Aku pun tengok la bahagian operate yang telah di tutup tu.Ada 3 tempat,di pusat,di bahagian kiri perut dan di bahagian atas ari2.Ni plaster yang panjang.Dalam fikiran aku,ada buat open surgery ker.Risau nya aku..


Petang tu aku ditransfer ke wad single,alhamdulillah.Dapat jugak wad single.Time transfer ke wad pun husband aku masih tak ada.Tak lama lepas tu husband aku pun datang.Dan masa tu nak bercakap pun slow je,rasa perit je kat tekak ni.Rupanya diorang buat operate under GA(General Anesthesia)...nanti korang google la ye..Boleh pulak dia beli mcd nak bagi aku makan.untuk pengetahuan lepas operation ni korang tak boleh makan,minum air jer..takut muntah..tapi aku makan jugak anggur 1biji..hihihi..nak tau ape jadi?? 


6pm

Bila husband aku dah balik rumah pulak tetiba rasa nak kencing la,nak tukar baju la...dari OT tak tukar2 baju lagi sebab tak boleh bangun,still mamai.Bila da ok sikit baru tekan call bell panggil nurse.tu pun rasa serba salah je nak tekan ke tak..sebab kalau boleh tak nak nyusahkan sape2..nak bangun sendiri.siap pegang penghadang katil lagi untuk bangun..tapi apakan daya..dah bangun sendiri tapi rasa sangat sakit.jadi tekan jela..dari duk menahan kencing nanti ada infection pulak.

Then student yang datang tolong aku segalanya,Dia papah aku sampai toilet dengan jalan terbongkok2nya..serius sakit..sebab operation macam bersalin tu..cuma tak panjang macam orang bersalin je..lebih kurang 5cm..Dia teman aku sampai dalam toilet dan dia tolong aku ambilkan baju+kain batik yang husband aku dah sediakan sebelum balik.

Masa tu aku agak segan laa sebab tak pernah2 orang tgk aku kencing,ngan baju OT yang diorang koyang kt belakang pun aku masih pakai lagi..adeh.malu rasa..jalan pun duk pgg belakang nk cover..

Bila da sampai toilet, aku terbatuk keluar kahak.Tetiba je batuk.Baru rasa lega sikit tekak ni kesan dari 
GA la ni,nak bercakap pun slow je,sopan santun gitu..Lepastu terus rasa nak muntah..memang terus muntahla..keluar anggur ngan nuget yang aku makan td,nuget tu mmg gigit sikit je.tak berani dan tak lalu..amek ko,kan dah muntah...degil lagi pg makan..student nurse tu duk usap2 belakang aku,takut muntah lagi..tapi tak pun..

pastu aku cakap kat student tu "tolong ambilkan pad dan pentis dalam beg", bila dah ambil dia still duk dalam toilet lagi..tunggu aku...dia jugak la yang letakkan pad pada pentis aku sebab tgk aku tak terdaya.Yela batuk ngan muntah kot,melibatkan tempat yang dibedah tu..nasib tak bersin.tak ke naya lagi tu...aku pun cakap kt student tu "xpe awak tunggu luar je", student tu macam serba salah nak tinggalkan aku "apa-apa nanti panggil ye,saya kat luar ni je"..

Cepat2 aku tukar baju..tetiba lepas kencing tu ,bangun je darah keluar cam air,student tu tanya period ker..Aku pun tanya balik,lepas operate mmg kuar darah ye..Dia pun tak tahu nak jawab apa.Aku siap basuh pad depan dia kat dalam singki,pad yang nurse bubuh masa lepas OT tu..aku pun tak tahu tu darah apa,maybe darah period + darah operation..

Bila dah tukar baju baru rasa selesa sikit walaupun tak mandi..hihih..sebelum pg OT tu aku dah mandi gila2 okay,sbb aku tau lepas operate mesti tak boleh mandi.So cont tidur sampai keesokkan harinya.


23 dec 2016 (2nd day)

Sepanjang hari jumaat ni aku dijamu bubur ayam je,nasib la bubur ayamnya sedap..lepastu ada menu lagi untuk dipilih pada keesokkan harinya.Aku pun apalagi,terus pilih yang best2 laa..

Keadaan aku waktu ni masih sakit dan susah nak bangun.kena minta pertolongan husband.Dalam pukul 9am nurse datang dan bagitau "Dr hamid akan datang pada pukul 4pm untuk beritahu tentang operation , arini dah boleh discharge,proses discharge agak lama lebih kurang 3-4 jam kerana urusan insurans..Kalau setuju saya akan proceed untuk discharge.Nanti lepas Dr hamid jumpa boleh terus balik je.."

Tapi aku decide untuk stay lagi 1 malam disebabkan keadaan aku yang jalan slow,terbongkok2 dan sakit..Nanti nak kejar2 naik lift lagi,ngan ramainya orang balik keje lagi..so lebih baik aku stay 1 malam..

Dr hamid Arshat datang pada pukul 3pm untuk beritahu semua tentang laparascopic & laparatomy yang dilakukan.

Aku di diagnosiskan mempunyai:
  1. Endometriosis stage 1
  2. Pelvic peritoneal adhesion 
  3. Polyp
  4. Chronic Cervical Erosion 
  5. Retroverted uterus
Dr Hamid Arshat telah membetulkan semua masalah2 diatas dengan melakukan laparascopic(2 tebukan) beserta laparatomy(5cm torehan) di atas ari2.Dan juga telah membuka kedua2 saluran tiub fallopio..Alhamdulillah..Terima kasih sangat kat Dr hamid Arshat..Sepanjang setahun ni aku hanya jumpa Dr hamid sebanyak 2x sahaja.Iaitu masa 1st appoiment dan masa di wad ni la.Dan masa Dr hamid arshat datang,aku tengak dia macam kurang sihat.sedih pulak aku rasa..Doakan semua ye semoga Dr hamid arshat diberikan kesihatan yang baik..

Jadi aku tinggal kat wad tu selama 4 hari..Hari sabtu pagi baru discaj.Semua bayaran sebanyak RM14k telah di cover oleh pihak insurans.Aku hanya bayar RM170 untuk ubat,admin dan wad single yang tak di cover sebab insurans aku cover bilik RM200/night.so bayar lebihan berapa yang tak di cover jela..Aku diberi MC selama 1 bulan..

25 December 2016

DR HAMID ARSHAT : PRE LAPAROSCOPY / LAPAROTOMY

Assalamualaikum uallss...

Lama dah tak menulis di sini..Seperti perjanjian aku yang lepas,aku akan cerita tentang laparoscopy yang aku lakukan di hospital pantai.Of kos tentang pengalaman,penyakit,insurans,admit.semualah sekali.senang nanti untuk ualls yang nak tanya tapi segan...kan..hihiii


Sebulan sebelum admit,klinik ada call untuk tanya aku dah isi borang admit dan consent belum..So aku dah isi,jadi just tunggu next call untuk buat laparoscopy.


16 dec 2016(jumaat)

Aku call klinik 03-77733413 bercakap dengan puan rohana mengenai laparascopic ni dah confirm ke belum, sebab tak terima call pun dari klinik.Jadi aku risau la,samada boleh terus pergi hospital ke atau cancel ke atau masalah insurans ker..Puan rohana cakap dia akan call semula pada selasa petang untuk confirm kan tentang insurans.

20 dec 2016 (selasa)

Aku menunggu jugak puan rohana call tapi masih tak call sampai keesokan harinya.

21 dec 2016 (rabu) Hari admit

8.30am-Terima call dari puan rohana mengatakan semalam dia ada terima email dari insurans untuk jawab beberapa soalan dari pihak insurans.Puan rohana pun minta la email aku dan sent letter tersebut.aku kena sent semula ASAP kepada puan rohana memandangkan aku kena admit pada petang ni jugak kan.Nasib la kat rumah ni dah lengkap semua scanner,printer dan laptop.senang sikit kerja..sebab nak kena print out dulu then isi beserta tandatangan.Lepastu kena scan semula dan email balik kepada puan rohana.Semua nya selesai pukul 9am.Alhamdulillah.Cuma tunggu confirmation balik la samada lepas ke tak ni nak buat laparascopic.

3.30pm-Terima call dari hospital pantai yang insurans aku da di approve.Alhamulillah.


5.00pm-Aku terus menuju ke hospital pantai,bahagian admision yang terletak di main lobby.Selesai proses admission terus la menuju ke wad.Aku minta wad single tapi single RM238,yang insurans cover RM200 sahaja.Jadi maybe aku kena tambah la beberapa RM nanti.Tunggu final billing bila discharge nanti.Disebabkan katil single tak ada,aku dapat two bedded.Tapi ok je sebab belum buat operation nya lagi.Dan untuk pengetahuan hosp pantai tak sediakan baju untuk pesakit,kalau nak kena bayar.Tapi aku tak nak,aku pakai baju sendiri je.Deposit kemasukan kena bayar RM500.

9pm-Dr Nazri pakar bius datang dan tanya beberapa soalan dan cek kesihatan aku sikit2.Ada pakai gigi palsu ke,sejarah kesihatan ke,allergic ke,pernah operate ke.Then start 12pm kena berpuasa.Nurse ada bagi aku pencukur untuk cukur bahagian bawah pusat hingga ke alat sulit sebersihnya ya.Nanti nurse akan sportcheck gitu..So malam tu kejap2 bangun.tak berapa lena laa..risau untuk hari esok..Hubby aku teman sampai pukul 9pm je.sebab tengak dia pun dah letih.Dia tak boleh tidur situ sebab two bedded.ada sorang lagi pesakit perempuan kat sebelah.Aku pun pesan kat suami suruh bawa kain batik + tshirt lebihan memandangkan tiada baju hospital.