background

25 December 2016

DR HAMID ARSHAT : PRE LAPAROSCOPY / LAPAROTOMY

Assalamualaikum uallss...

Lama dah tak menulis di sini..Seperti perjanjian aku yang lepas,aku akan cerita tentang laparoscopy yang aku lakukan di hospital pantai.Of kos tentang pengalaman,penyakit,insurans,admit.semualah sekali.senang nanti untuk ualls yang nak tanya tapi segan...kan..hihiii


Sebulan sebelum admit,klinik ada call untuk tanya aku dah isi borang admit dan consent belum..So aku dah isi,jadi just tunggu next call untuk buat laparoscopy.


16 dec 2016(jumaat)

Aku call klinik 03-77733413 bercakap dengan puan rohana mengenai laparascopic ni dah confirm ke belum, sebab tak terima call pun dari klinik.Jadi aku risau la,samada boleh terus pergi hospital ke atau cancel ke atau masalah insurans ker..Puan rohana cakap dia akan call semula pada selasa petang untuk confirm kan tentang insurans.

20 dec 2016 (selasa)

Aku menunggu jugak puan rohana call tapi masih tak call sampai keesokan harinya.

21 dec 2016 (rabu) Hari admit

8.30am-Terima call dari puan rohana mengatakan semalam dia ada terima email dari insurans untuk jawab beberapa soalan dari pihak insurans.Puan rohana pun minta la email aku dan sent letter tersebut.aku kena sent semula ASAP kepada puan rohana memandangkan aku kena admit pada petang ni jugak kan.Nasib la kat rumah ni dah lengkap semua scanner,printer dan laptop.senang sikit kerja..sebab nak kena print out dulu then isi beserta tandatangan.Lepastu kena scan semula dan email balik kepada puan rohana.Semua nya selesai pukul 9am.Alhamdulillah.Cuma tunggu confirmation balik la samada lepas ke tak ni nak buat laparascopic.

3.30pm-Terima call dari hospital pantai yang insurans aku da di approve.Alhamulillah.


5.00pm-Aku terus menuju ke hospital pantai,bahagian admision yang terletak di main lobby.Selesai proses admission terus la menuju ke wad.Aku minta wad single tapi single RM238,yang insurans cover RM200 sahaja.Jadi maybe aku kena tambah la beberapa RM nanti.Tunggu final billing bila discharge nanti.Disebabkan katil single tak ada,aku dapat two bedded.Tapi ok je sebab belum buat operation nya lagi.Dan untuk pengetahuan hosp pantai tak sediakan baju untuk pesakit,kalau nak kena bayar.Tapi aku tak nak,aku pakai baju sendiri je.Deposit kemasukan kena bayar RM500.

9pm-Dr Nazri pakar bius datang dan tanya beberapa soalan dan cek kesihatan aku sikit2.Ada pakai gigi palsu ke,sejarah kesihatan ke,allergic ke,pernah operate ke.Then start 12pm kena berpuasa.Nurse ada bagi aku pencukur untuk cukur bahagian bawah pusat hingga ke alat sulit sebersihnya ya.Nanti nurse akan sportcheck gitu..So malam tu kejap2 bangun.tak berapa lena laa..risau untuk hari esok..Hubby aku teman sampai pukul 9pm je.sebab tengak dia pun dah letih.Dia tak boleh tidur situ sebab two bedded.ada sorang lagi pesakit perempuan kat sebelah.Aku pun pesan kat suami suruh bawa kain batik + tshirt lebihan memandangkan tiada baju hospital.


3 comments:

  1. Salam..

    nak tanya Puan pakai insurans apa ya yang boleh cover kos rawatan pembedahan ni?
    terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. https://chat.whatsapp.com/BfH5ulPKIHf0MtBpCucCKH
    Ni link grup.patient dr.hamid arshat.. sesiapa berubat dengan dr.hamid yg berminat bole join (wanita sahaja ya)
    Untuk share experience n ttc journey 😍

    ReplyDelete
  3. Mcmna nak join wtsp group tu?

    ReplyDelete