background

09 December 2017

IM PREGNANT!

Assalamualaikum

Alhamdulillah..tiada kata dapat diungkap lagi..Bersyukur YA Allah engkau telah mendengar dan memakbulkan doa aku.Sepanjang 6 tahun menunggu untuk anugerah terindah ini.

Pada 26 Nov 2017 @ 5.30pm balik dari shopping barang rumag, tetiba tergerak hati nak test UPT  memandangkan ada lagi 1 kat rumah.Simpanan stok bulan lepas punya sebenarnya.

Tak jangka pun akan naik dua line (sangat terang) sebab aku tengah makan ubat domperidone (untuk cetus susu), mengikut cakap DR ubat tu maybe akan mengganggu period,jadi tak aspek langsung.Masa tu period dah lewat 5 hari.

So keesokan harinya aku buat urine test sendiri dan hantar makmal.Hasilnya positif jugak.Masih was-was takut jadi macam bulan lepas.Aku masih belum xcited tapi lebih kepada risau.Sebab belum cek dengan DR lagi.

3 DEC (Ahad)

Aku pergi cek kat klinik mediviron memandangkan kat situ ada scan.Nak jugak tengak betul ke aku pregnant ni..Bila cek dan bagi history aku semua kat DR dan scan memang DR cakap ada kantung dan regular.Waktu ni pun tak excited sangat sebab baru lagi..

6 DEC (Rabu)

Masa pergi kerja naik motor, dah sampai tempat kerja terus pg toilet dan tgk secalit spotting di panties.Rasa nak nangis..Takkan tak jadi kot..huhu..Petang tu terus pg klinik Pakar wanita taman sri manja.Jumpa DR jaswant singh yang sangat lembut percakapannya.Dia scan perut aku dan tengak kantung cantik dan dah ada heart beat..Ukuran pun sama dengan tarikh sepatutnya..Dan DR tersebut telah memberi injection untuk kuatkan rahim..Bayaran kat klinik tersebut agak mahal disebabkan injection tersebut.Lebih kurang RM300..

Malam tu dah kena gerak ke sg petani untuk urusan baby angkat.

8 DEC (Jumaat)

Dah buat buku pink di klinik KKM.

5 comments:

  1. Tahniah ye sis. semoga kandungan sihat sampai bersalin :). doakan saya juga dikurniakan rezeki anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..terima kasih..Before pregnant ni saya ada guna cream furmon jugak..2bulan penggunaan

      Delete
    2. ok ke pakai krim tu? dr segi pemakanan ada apa2 tips ke? hee

      Delete
  2. sepanjang pakai cream tu ok la..bergantung orang jugak..ada yang gatal..sebab ada keladi liar..alhamdulillah dengan izin Allah di permudahkan.tips makan xde..makan je semua..heheh

    ReplyDelete
  3. SIS NK TYA ADA KE NO WHATAPPS KLINIK DR HAMID ARSHAD


    ReplyDelete