background

23 November 2015

PRE IVF 1 (OVARIAN CYST)

Assalamualaikum

Bulan ni period aku lewat dua hari..sepatutnya 18hb tapi 20hb(petang) baru turun..jadi 20hb jatuh pada hari jumaat.Aku call klinik reproduktif dan memberitahu aku mungkin akan period pada hari sabtu..(masa tu belum turun period lagi)..dan nurse tu beritahu kalau period sabtu,isnin call balik pukul 8.30 untuk set appoiment dan boleh datang pada waktu yang sama..

23/11/2015 (Isnin)
Aku call klinik pukul 8.30am..dan nurse akan call semula untuk mereka maklumkan kepada dr nuguelis(ivf).Alhamdulillah Dr nuguelis ada pada hari ini untuk proceed appoiment.Apoiment aku pada pukul 9am.Sebenarnya nurse suruh datang pukul 10.30.Tapi sementara nak tunggu doktor datang,mestilah nak scan dulu..jadi aku datang awal sikit..Semasa scan tu, die beritahu pernah ada cyst ke sebelum ni..aku cakap belum pernah..berdebar-debar tunggu Dr.nuguelis..Harap2 xde la apa2 penyakit dalam rahim aku ni..




11am - Aku jumpa Dr Nuguelis,dan doktor mengatakan aku ada cyst di sebelah ovari kiri.Ni cyst biasa bukan berpenyakit.mungkin sebab bulan lepas ovum aku tak keluar dan tak mengecut.

Jadi IVF aku terpaksa di tangguhkan ke next cycle period,Dr beritahu ada cara lain iaitu dengan mengambil pil perancang Marvelon ,Haa..aku ni punya laa susah nak preggy,Dr suruh telan pil perancang pulak..Aku pun tanya kalau ambil pil perancang period makin lambat ke?huhu..kalau boleh aku tak nak tangguh lama..tapi Dr cakap period akan makin cepat dalam 2-3 hari normal period.Tapi mengikut kiraan aku untuk next period sama je keluar nya nanti.Dalam 17/12/2015.Cuma bila telan pil marvelon ni aku tak ada waktu ovulasi,dinding rahim akan nipis,dan ada sekatan untuk sperm berenang sebab mukus bertukar.Kemungkinan period aku akan datang akan sikit sebab dinding rahim nipis.Apa2 yang terbaik aku akan buat.InsyaAllah.

Jadi aku pun ambil keputusan dan setuju dengan cadangan Dr.Dr menyuruh ambil ubat di sebelah bilik dia (LPPKN klinik) tapi malangnya nurse yang jaga klinik tu tak ada.Die meeting kat LPPKN.sepatutnya Dr suruh makan ubat tu malam ni jugak.setiap 12 jam.jangan miss.Jadi aku beli ubat ni dekat farmasi luar sajalah.Harga Rm14.50(21 biji).Nanti aku update lagi ye berkenaan ovarian cyst.Sama ada mengecut atau pun tidak..sebenarnya aku lupa nak tanya saiz cyst aku ni.huhu..Aku hanya merancang tapi perancangan Allah lebih terbaik.Jadi Bulan ni tiada IVF.Tunggu next update bulan disember nanti eh..










Antara 4 Faktor Utama adalah  :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.






3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.

Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.




4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.





Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai  fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.

6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.


Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 
 Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Antara Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant
GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.

-GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO.  Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural. 

-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?

Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau 'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu

The best memang la olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.

Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan  gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Becareful of that.

Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.

Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.



17 November 2015

PLAN A,B,C DAN ..............





Assalamualaikum..

Berbalik pada tajuk tu agak-agak faham tak apa aku nak bagitau..kita hanya merancang,tapi Allah adalah perancang terbaik untuk hambaNYA..

Sebelum aku decide nak buat IVF ni banyak jugak laa berfikir mana yang lebih bagus untuk aku memandangkan aku pun tak tau apa penyakit aku(unexplained infertility)

Kat bawah ni adalah plan-plan aku untuk TTC..Bak kata doktor dekat forum yang aku attend 15hb haritu,dia bgtw jangan mengharapkan IVF sepenuhnya..kalau boleh rancanglah alternatif lain untuk dapat anak jugak..nanti kecewa,marah dan tertekan..yang ni memang selalu berlaku..jadi aku percaya pada Qada dan Qadar Allah yang sudah di tentukan sejak aku dalam perut lagi..Aku hanya berdoa kepada ALLAH.semoga terbuka pintu rezeki aku ni...


PLAN A:
IVF.Jika tidak berjaya dan masih tiada rezeki...

PLAN B:
Laparoscopy..Yang ni aku dah book dekat klinik dr hamid arshad dan appoiment nya adalah pada bulan 5/2016.

PLAN C :
Selepas laparoscopy membetulkan rahim(retroverted uterus) dan pembersihan rahim,aku akan try secara normal mengikut nasihat doktor,kalau 3 bulan,3bulan laa aku try normal..

PLAN D :
Jika secara normal pun masih tidak berjaya,aku akan buat IVF lagi sekali .Jika frozen embryo aku masih ada dan dalam keadaan baik,aku akan proceed frozen embryo transfer(FET).Jika tiada, aku akan proceed IVF seperti prosedur biasa.

PLAN E :
Beserah kepada Allah..Usaha dan tawakal..ALLAH MAHA PENCIPTA.DIA yang mencipta aku jadi dia adalah perancang terbaik untuk aku,ada hikmah DIA memberi rezeki lambat kepada aku.REDHA..

PLAN F :
Mungkin Anak angkat..Sebenarnya sekarang pun aku sedang mencari anak angkat,kalau aku mengandung sekalipun, Jika Allah dah pilih aku untuk menjaga anak angkat ,aku akan buat untuk jaga amanah ALLAH..

Haaa...banyak tak PLAN aku..ni tak tahu la berapa tahun punya plan ni..Mana la tau korang dapat inspirasi dari plan-plan yang aku buat kat atas ni kan..

15 November 2015

UPDATE - FERTILITY FORUM PPUM







Assalamualaikum,

Hari ini 15/11/2015 ada talk/forum yang di adakan di PPUM.Boleh tengok post aku before ni..Aku attend forum ni bersama hubby aku..Yang best nya forum ni FREE!!rugi siapa yang tak datang..hihih..xpe ada rezeki di lain hari boleh datang kalau ppum buat lagi forum cenggini..

Pukul 8.30am pendaftaran
Pukul 9.00am start forum

1st talk by Dr Aizura Safinaz
Stimulation and Patient Managment.
Ringkasan : Jika pesakit datang dan bersetuju untuk melakukan IVF,pesakit tersebut haruslah tahu bahawa IVF ni mempunyai banyak peringkat dan perlu selalu datang untuk pemantauan telur,pesakit yang terlalu banyak alasan seperti ada meeting dan sebagainya di anggap sebagai tidak membantu diri sendiri.Ini kerana Dr dan staff hanya ingin membantu,jika pesakit tak nak membantu diri sendiri bagaimana Dr tersebut nak bantu..betul tak??Jadi nak buat IVF ni yang paling penting adalah kerjasama dari wife,husband dan staff yang terlibat.Jangan nak mengharapkan wife..Husband pun perlu la luangkan masa jugak..Wife ni dah korban kan masa,tenaga,wang ringgit..Work together.InsyaAllah...

2nd talk by Dr Nuguelis
Egg Pickup and Embryo Transfer
Ringkasan : Selepas pesakit di beri ubat untuk merangsang telur , telur akan di pantau dan Dr perlukan telur yang banyak untuk melakukan IVF.Normal cycle telur hanya akan mengeluarkan 1 sahaja.Telur banyak dan matang adalah bagus tetapi jika berlaku OHSS ,IVF terpaksa di berhentikan.
Di ppum sangat bagus kerana mereka melakukan ICSI (peluang lebih cerah)iaitu menyuntik 1 sperma ke dalam 1 ovum dan kaedah ini percuma apabila mereka memastikan ovum dan sperm tidak bercantum melalui kaedah IVF iaitu melepaskan jutaan sperma ke arah 1 ovum,separuh dilakukan IVF dan separuh di lakukan ICSI.Kalau di hospital lain, untuk melakukan ICSI mereka perlu menambah duit,tetapi tidak di PPUM.Dr cakap umur paling sesuai untuk melakukan IVF adalah 28 tahun.

3nd talk by Prof Jaafar
Fertilization and development of human embryos in laboratory dishes
Ringkasan : Banyak bercerita tentang sejarah2 IVF dan cara embryo di hasilkan melalui kaedah IVF dan ICSI.Tentang KOS IVF pulak mereka anggarkan ubat RM5000 dan Makmal RM5830 Jadi sesiapa yang nak buat IVF ni kena standby RM10,000 .Dan lagi  1 berita gembira kepada kawan2 ku yang tidak cukup duit ,sudah berumur jangan risau kerana Bank Islam menyediakan kemudahan kewangan iaitu  kad kredit 0 interest untuk pesakit di PPUM bagi sesiapa yang tidak berkemampuan nak kumpul segedebuk rm10,000.Kalau nampak kat gambar bawah ni dalam bulat hitam ada tulis tentang pembiayaan dari Bank Islam.Boleh Zoommm...




Sepanjang talk tu ada kuiz dan aku salah seorang yang dapat hadiah..Alhamdulillah.Dan yang penting mereka menyediakan makanan untuk tengahari.Talk ni dah la free,siap dapat hadiah dan makan lagi..Next time boleh pergi lagi kalau ada rezeki..InsyaAllah.Terima Kasih kepada Team reproduktif PPUM kerana menganjurkan program seperti ini..Sekarang ni aku tengah tnggu period untuk lakukan IVF.InsyaAllah sepatutnya 18hb ni period.So lagi 3 hari laa...










10 November 2015

FERTILITY FORUM PPUM






Assalamualaikum,

PPUM ada buat talk untuk kesuburan,kepada sesiapa yang berminat boleh terus telefon nombor yang tertera.yang penting FREE.

15 November 2015
Daftar 8.30am
Masa :9am-11pm
Bertempat di Kompleks Wanita dan Kanak-kanak tingkat 7

Event ni masih banyak lagi kosong,sebab orang luar tak tahu sangat..jadi siapa2 yang nak pg boleh telefon terus.



01 November 2015

TTC PERSEDIAAN IVF - FOLIC ACID

Assalamualaikum

Bermula harini aku dah start makan folic acid di sebabkan aku nak buat IVF, insyaAllah tengah/akhir bulan ni.Doa-doakan apa yang aku rancang berjaya.4 hari lepas aku ada tengak MHI dan tetamu jemputan adalah DR NUGU dari PPUM dan bercerita tentang IVF. Kebetulan pulak kan. Masa tu dia bawa pesakit dia dengan dua orang anak kembar berusia 10 bulan gugurl hasil IVF yang di lakukan.Pesakit ni sebenarnya dah dua kali preggy tapi keduanya di luar rahim dan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk buang kedua-dua belah tiub.Walaupun xde tiub tapi kilang telur masih boleh berfungsi,fungsi tiub tu hanyalah untuk pertemuan ovum dan sperm sahaja.

Jadi DR NUGU ni suggest sekiranya ingin melakukan IVF atau merancang untuk ada anak seterusnya, kenalah makan acid folic ni 3 bulan sebelum mengandung untuk elak kecacatan pada bayi dalam kandungan kerana acid folid ni tujuan nya bukanlah ubat kesuburan tetapi ia di perlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh.Ia penting dalam membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang rosak dalam sel.Oleh itu folic asid sangat di perlukan di dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru.Jika si ibu kekurangan folic asid dalam rahim ,kemungkinan kesihatan bayi akan terjejas.

Doktor PPUM pun pernah bagitau aku semasa aku melakukan IUI sebelum ni, tapi aku lupa pulak pasal acid folic ni kena makan jika nak preggy.Tapi tak pe masih belum terlambat walaupun start makan sebulan sebelum IVF.Aku hanya merancang Allah yang menentukan.Harap apa yang di rancang menjadi.Amin...Nantikan update aku tentang IVF , ubat, bayaran ,dan prosuder yang perlu dilakukan.Sama-sama berkongsi ilmu di dunia Blog.insyaAllah.