Assalamualaikum
Bermula harini aku dah start makan folic acid di sebabkan aku nak buat IVF, insyaAllah tengah/akhir bulan ni.Doa-doakan apa yang aku rancang berjaya.4 hari lepas aku ada tengak MHI dan tetamu jemputan adalah DR NUGU dari PPUM dan bercerita tentang IVF. Kebetulan pulak kan. Masa tu dia bawa pesakit dia dengan dua orang anak kembar berusia 10 bulan gugurl hasil IVF yang di lakukan.Pesakit ni sebenarnya dah dua kali preggy tapi keduanya di luar rahim dan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk buang kedua-dua belah tiub.Walaupun xde tiub tapi kilang telur masih boleh berfungsi,fungsi tiub tu hanyalah untuk pertemuan ovum dan sperm sahaja.
Jadi DR NUGU ni suggest sekiranya ingin melakukan IVF atau merancang untuk ada anak seterusnya, kenalah makan acid folic ni 3 bulan sebelum mengandung untuk elak kecacatan pada bayi dalam kandungan kerana acid folid ni tujuan nya bukanlah ubat kesuburan tetapi ia di perlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh.Ia penting dalam membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang rosak dalam sel.Oleh itu folic asid sangat di perlukan di dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru.Jika si ibu kekurangan folic asid dalam rahim ,kemungkinan kesihatan bayi akan terjejas.
Doktor PPUM pun pernah bagitau aku semasa aku melakukan IUI sebelum ni, tapi aku lupa pulak pasal acid folic ni kena makan jika nak preggy.Tapi tak pe masih belum terlambat walaupun start makan sebulan sebelum IVF.Aku hanya merancang Allah yang menentukan.Harap apa yang di rancang menjadi.Amin...Nantikan update aku tentang IVF , ubat, bayaran ,dan prosuder yang perlu dilakukan.Sama-sama berkongsi ilmu di dunia Blog.insyaAllah.
saya pun senasib dengan tetamu jemputan Dr Nugu tu. Saya dah ada surat dari hospital Putrajaya untuk buat IVF dia PPUM memandangan Dr beritahu kos sedia dlam rm10K.. tapi saya belum berkemampuan dr segi kewangan dan fizikal mental. Jauh di sudut hati nak buat jg IVF ni sekirnya ada rezeki tahun ini atau thn depan. InshaAllah
ReplyDeleteminta maaf lambat balas,tak perasan.Insya Allah kalau awak nak buat IVF di ppum ada bantuan dari segi kewangan yang disediakan di PPUM,kad kredit under bank islam.untuk maklumat lanjut boleh call sendiri klinik reproduktif PPUM.
Delete