background
15 November 2015
UPDATE - FERTILITY FORUM PPUM
Assalamualaikum,
Hari ini 15/11/2015 ada talk/forum yang di adakan di PPUM.Boleh tengok post aku before ni..Aku attend forum ni bersama hubby aku..Yang best nya forum ni FREE!!rugi siapa yang tak datang..hihih..xpe ada rezeki di lain hari boleh datang kalau ppum buat lagi forum cenggini..
Pukul 8.30am pendaftaran
Pukul 9.00am start forum
1st talk by Dr Aizura Safinaz
Stimulation and Patient Managment.
Ringkasan : Jika pesakit datang dan bersetuju untuk melakukan IVF,pesakit tersebut haruslah tahu bahawa IVF ni mempunyai banyak peringkat dan perlu selalu datang untuk pemantauan telur,pesakit yang terlalu banyak alasan seperti ada meeting dan sebagainya di anggap sebagai tidak membantu diri sendiri.Ini kerana Dr dan staff hanya ingin membantu,jika pesakit tak nak membantu diri sendiri bagaimana Dr tersebut nak bantu..betul tak??Jadi nak buat IVF ni yang paling penting adalah kerjasama dari wife,husband dan staff yang terlibat.Jangan nak mengharapkan wife..Husband pun perlu la luangkan masa jugak..Wife ni dah korban kan masa,tenaga,wang ringgit..Work together.InsyaAllah...
2nd talk by Dr Nuguelis
Egg Pickup and Embryo Transfer
Ringkasan : Selepas pesakit di beri ubat untuk merangsang telur , telur akan di pantau dan Dr perlukan telur yang banyak untuk melakukan IVF.Normal cycle telur hanya akan mengeluarkan 1 sahaja.Telur banyak dan matang adalah bagus tetapi jika berlaku OHSS ,IVF terpaksa di berhentikan.
Di ppum sangat bagus kerana mereka melakukan ICSI (peluang lebih cerah)iaitu menyuntik 1 sperma ke dalam 1 ovum dan kaedah ini percuma apabila mereka memastikan ovum dan sperm tidak bercantum melalui kaedah IVF iaitu melepaskan jutaan sperma ke arah 1 ovum,separuh dilakukan IVF dan separuh di lakukan ICSI.Kalau di hospital lain, untuk melakukan ICSI mereka perlu menambah duit,tetapi tidak di PPUM.Dr cakap umur paling sesuai untuk melakukan IVF adalah 28 tahun.
3nd talk by Prof Jaafar
Fertilization and development of human embryos in laboratory dishes
Ringkasan : Banyak bercerita tentang sejarah2 IVF dan cara embryo di hasilkan melalui kaedah IVF dan ICSI.Tentang KOS IVF pulak mereka anggarkan ubat RM5000 dan Makmal RM5830 Jadi sesiapa yang nak buat IVF ni kena standby RM10,000 .Dan lagi 1 berita gembira kepada kawan2 ku yang tidak cukup duit ,sudah berumur jangan risau kerana Bank Islam menyediakan kemudahan kewangan iaitu kad kredit 0 interest untuk pesakit di PPUM bagi sesiapa yang tidak berkemampuan nak kumpul segedebuk rm10,000.Kalau nampak kat gambar bawah ni dalam bulat hitam ada tulis tentang pembiayaan dari Bank Islam.Boleh Zoommm...
Sepanjang talk tu ada kuiz dan aku salah seorang yang dapat hadiah..Alhamdulillah.Dan yang penting mereka menyediakan makanan untuk tengahari.Talk ni dah la free,siap dapat hadiah dan makan lagi..Next time boleh pergi lagi kalau ada rezeki..InsyaAllah.Terima Kasih kepada Team reproduktif PPUM kerana menganjurkan program seperti ini..Sekarang ni aku tengah tnggu period untuk lakukan IVF.InsyaAllah sepatutnya 18hb ni period.So lagi 3 hari laa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ruginya saya tak pergi forum hari tu...huhuh.... mrs secreto keje kt ppum ker?...kalau ada forum macam ni lagi inform yekk...huhuh.....
ReplyDeletehttp://cahaya-hanna.blogspot.my
haar..insyaAllah..ni pun kebetulan terjumpa di facebook..kalau tak saya pun xtahu anna..hihi
Deletehaar..insyaAllah..ni pun kebetulan terjumpa di facebook..kalau tak saya pun xtahu anna..hihi
Delete