Hari ini aku uruskan geran je.Sebab nak renew roadtax dan insurans senang sikit kan.sebelum ni renew dengan agen je..tapi nombor enjin ngan chasis asyik salah jer..
Cara ambil geran kereta di affin bank
Pertama sekali aku buka lama web affin dan ajukan pertanyaan mengenai bagaimana untuk ambil geran kereta tetapi masih belum selesaikan pinjaman kereta.
Then,dia call dan balas email aku,mengatakan boleh ambil geran atas tujuan renew roadtax dan insuran.Jadi dia email kan aku 1 SURAT KUASA yang patut di isi.Selepas isi form berkenaan,aku kena hantar kembali ke affin bank untuk procced.Hantar melalui email(scan),FAX atau pos.Aku hantar melalui email time tu jugak.Geran aku sebenarnya ada di affin SS2 tapi aku nak ambil di PJ state.Kos penghantaran dari SS2 kePJ state adalah RM10.60(GST)
Beberapa minit lepas tu email di balas dan mengatakan email aku telah di hantar ke affin SS2 dan PJ state untuk urusan selanjutnya.1jam kemudian affin dari SS2 call aku mengatakan Geran asal akan di hantar esok dan waktu tengahari dah boleh ambil.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pengambilan Geran.Tetapi Hak milik yang tertera masih milik affin bank,kena tunggu habis bayar baru boleh tukar hak milik dekat JPJ.
Cara ambil geran motor dan surat pembatalan hak milik di Aeon Credit service
Mula-mula aku call kedai yang tempat aku beli dulu (selesai pinjam) dan dia menyatakan geran tiada di kedai nya kerana aku tak pernah renew roadtax dan insurans.oppsss...heheh.Lupa okay..asyik tangguh2 je..Nah dah 3 tahun masa berlalu tak pernah renew insurans..
Jadi geran aku ada di aeon credit HQ,aku pun call aeon dan dia menyatakan boleh terus datang ambil je dengan membawa IC untuk pengesahan.Disebabkan office husband berdekatan HQ aeon iaitu di menara olympia raja chulan , aku nak suruh dia je yang ambil tapi memerlukan surat kuasa wakil.Aku sertakan salinan IC sekali untuk rujukan pihak Aeon.Takut pulak ada masalah lain.jadi standby jela.Alhamdulillah geran dah dapat.Jangan lupa korang kena ambil sekali surat pembatalan hak milik.Nanti kena buat pertukaran dekat JPJ.Dan sebelum buat pertukaran aku kena renew Roadtax/Insuran dulu.
Bawah ni contoh surat kuasa wakil yang aku karang.
NAMA PEMILIK
ALAMAT PEMILIK
MENARA
OLYMPIA (TKT 28)
NO 8 JALAN
RAJA CHULAN
50200 KUALA
LUMPUR
TUAN,
KEBENARAN UNTUK MENGAMBIL GERAN DAN
SURAT PEMBATALAN HAK MILIK
SAYA NAMA .......... (K/P)
PEMILIK MOTORSIKAL JENIS MOTOR.......... DENGAN NOMBOR PENDAFTARAN .................... MEWAKILKAN SUAMI
SAYA NAMA............... (K/P )UNTUK MENGAMBIL GERAN DAN SURAT
PEMBATALAN HAK MILIK.
TUJUAN GERAN DI AMBIL ADALAH KERANA TELAH MENYELESAIKAN SEMUA PINJAMAN DENGAN AEON CREDIT SERVICE.DI SINI SAYA
SERTAKAN SALINAN KAD PENGENALAN UNTUK RUJUKAN PIHAK TUAN.
DI HARAPKAN PIHAK TUAN MEMBENARKAN SUAMI
SAYA UNTUK MENGAMBIL GERAN DAN SURAT PEMBATALAN HAK MILIK DAN SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.
YANG BENAR,
(NAMA)
K/P
Dokumen yang perlu di bawa
1)Salinan IC
2)Surat kuasa wakil
Dokumen yang akan di perolehi dari AEON
1)Geran asal
2)Surat pembatalan hak milik
Bawah ni adalah link untuk :
Cara-cara buat pembatalan hak milik di JPJ
Dokumen yang perlu di bawa
1)Salinan IC
2)Surat kuasa wakil
Dokumen yang akan di perolehi dari AEON
1)Geran asal
2)Surat pembatalan hak milik
Bawah ni adalah link untuk :
Cara-cara buat pembatalan hak milik di JPJ
after that suami you dapat tak ambil geran tu ?
ReplyDeleteDAPAT AMBIL.
DeleteAssalam.. Ada tak contoh surat untuk ambil geran kereta kat bank ?
ReplyDeleteAssalam.. Ada tak contoh surat untuk ambil geran kereta kat bank ?
ReplyDeletewaalaikumussalam,hana fuad,saya emailkan jer macam biasa kepada bank berkenaan untuk dapatkan geran asal tu.tak karang surat pun.Kalau baca memang tak rasmi pun.Tapi..kalau nak buat surat rasmi melalui email pun blh.
DeleteAssalamualaikum sis, skrg saya sambung bayar kereta akak ipar saya (tanpa tukar nama kereta tapi insuran ada nama saya). Salinan geran dah hilang. So macam mana kalau saya nak minta salinan geran dari bank? Kena ada IC owner dgn surat kuasa wakil juga ke?
ReplyDeletewaalaikumussalam..kalau nak ambil kan untuk orang lain memang kena ic owner dan surat kuasa..beter call bank yang buat loan dulu..takut lain prosedurnya..macam saya tak habis bayar lagi duit kereta tapi geran asal dah ambil.
DeleteAssalammualaikum,saya dah dapat geran moto daripada kedai,mcm mna nak dptkan surat pembatlan hak milik?perlu pergi aeon ke?
ReplyDeletewaalaikumussalam..haar kena pg aoen untuk dapatkan surat pembatalan hak milik.
DeleteSy pun sama,dah dpt geran ori ..kita nak ambik surat pembatalan tu kt aeon yg kita loan tu ke atau mna2 cawangan aeon
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSy dah habis bayar n dah dapat geran ori.geran 2 atas nama saya.so syg perlu ke jpj jugak ke utk pembatalan
Nak tanya. Mmg perlu ke aeon ke utk ambil geran? Kalau minta kedai yg dapatkan geran, xboleh ke?
ReplyDeleteNak tnya,mcm mn pla dgn kes sy..sy tgl area sabah.d sabah ad 2 daerah je y ad pjabat aeon.kna ambil msa 8 jam pjlnan..sy sda selesai kn pmbyaran.da kol aeon utk buat pmbtalan hak milik.sbb kreta nak tkar nama.dia sruh jga pgi pjabat aeon..da la keadaan pkp.knpa x bleh buat online je ke?msa buat pmbyaran nk bgi hbis hutang ble je online..nmpk sgt nak duit je.mnyusahkan btul aeon ni.hrap ad y bleh bntulah.mcm mna nak slesaikn mslah ni..
ReplyDelete