Assalamualaikum
Hari ni lari dari tajuk yee, apa2 pun tetap my story, memandangkan laparoscopy lambat lagi jadi aku nak cerita tentang pengalaman beli rumah pulak.
Pada 17/04/2016 (Ahad) ,aku pergi ke MYDIN USJ untuk launch rumah teres baru di jalan kebun shah alam.Sebenarnya Launch ni dari pemaju YIELDSON .
Start dari bulan 12/2015 lagi aku dah kenal dengan seorang staff yieldson dan namanya vin sebab dia promote rumah dekat kiosk dalam mall tu, memang aku tengah mencari rumah kedua tapi kalau boleh nak teres la.. dan dia ada beritahu tentang rumah yang akan launch tahun 2016 , harga dalam RM300k++.Selepas dari tu memang kitorang selalu jugak tanya bila nak launch dan dia pun dah masukkan nama aku dalam list rumah tu.
Jadi pada hari launch tu dia cakap datang awal, sebab takut pukul 10am rumah tu sudah habis di jual.Mall tu buka pukul 8am, dan start launch pukul 10am.Kitorang datang pukul 7:45am,awal tak?heheh..memang dah nampak dah kiosk yieldson,masa tu tak ada orang pun lagi.Kitorang breakfast dan 8:15am kitorang pg balik kat tempat tu, dah ada orang beratur okay..Masa tu dah 5 couple beratur.semua melayu..
Bila staff yieldson sampai je,dia cakap pukul 10 baru start,tapi pukul 9am pun dah beratur ramai,diorang terus bagi nombor laa..kitorang dapat nombor 13.Ramai orang potong que.tu yang dapat nombor 13.
Kitorang bawa sekali payslip, bila sampai giliran,dia akan kira kelayakan dulu,dan alhamdulillah aku dan hubby layak,kitorang buat pinjaman bersama,Dan aku nak guna loan gov,hubby pulak loan KWSP(sebab dia staff kwsp).Vin cakap boleh ke gabung gov loan dan epf loan,hubby aku cakap boleh.Try dulu tak try tak tahu.Lepastu terus pilih rumah yang mana nak book,dan bayaran booking RM500.Then isi borang dan kena tunggu S&P untuk urusan loan nanti.Dalam masa menunggu S&P ,aku dan hubby kena sediakan surat kelayakan untuk pinjaman perumahan,takut pulak loan tak lepas kan.sebabtu kena surat kelayakan.
Alhamdulillah...murah rezeki MS dapat beli rumah kedua :-) Bila dijangka siap perumahan tu?
ReplyDeletealhamdulillah, tapi belum sure lg lepas ke tak loan tu, sebab s&p pun xsign lagi..diorang duk buat urusan seterusnya,apa2 nanti saya akan update.hihii
Delete