Tajuk tuu honeymoon okay..dah lama tak bercuti disebabkan sibuk dengan kerja,lagipun dah lama nak ke pulau untuk snockling,tak pernah nak rasa ke pulau yang cantik ni.Jadi kitorang pilih pulau tioman untuk bercuti kali ni.Apa lagi survey2 la tempat mana yang nak kami check in nanti.Dan kami pilih panuba inn resort sebab ada private beach.Sesuai la untuk yang nak honeymoon.
Pada 18 march aku dah whatsapp seorang staff dari panuba inn ,untuk book chalet pada 9 april-11 april .Harga yang kami ambil adalah pakej RM415/person, Bilik ni kami ambil SD room dan pakej termasuk (2 ways ferry tickets,2 nights accommodation,2 breakfast,1 lunch,1 dinner,1 bbq dinner,1 day snockeling trip,weekend surcharge).Bill dah confirmkan pakej tu ,aku bayar deposit RM200 dan selebihnya bayar semasa nak ambil tiket ferry kat sana.Then bagi email kat dia untuk dia bagi confirmation letter,korang just print je untuk buktikan kat resort sana nanti.
8 april 2016
Staff dari panuba inn whatsapp tanya nak naik ferry pukul berapa, aku pun bagitahu pukul 8am,awal tak??heheh..padahal bukan boleh check in awal pun,yela risau jugak ferry penuh ke,tiket habis ke..Disebabkan kaunter panuba inn buka pukul 0830am,dia hanya tinggalkan tiket dan pakej kami di kaunter 8 blue water je.Kena ambil tiket 1 jam sebelum ferry bertolak iaitu pukul 7am lah..Semua dia bagitahu siap2 melalui whatsapp.
9 april 2016
Kami bertolak pukul 1.45am dari PJ, dan kami keluar melalui tol ayer hitam.Kami sampai di jetty mersing pukul 6.50 (lebih kurang 5 jam perjalanan).Sampai2 je nasib ada parking lagi,parking bayar RM35 (2 hari),Dia kata RM45,lepastu bagi kurang RM35.Sampai2 je terus menuju ke kaunter 8 blue water dan bagitahu nama.Dia bagi tiket dan beratur kat kaunter ferry untuk daftar nama,ni kena bagi IC masing2.Masa beratur time ni korang kena pastikan beratur dalam barisan yang betul ye,ikut jetty mana yang korang akan turun nanti.Ada 3 line masa tu.Kami turun di jetty Air Batang (ABC),disebabkan ferry ni tak berhenti kat panuba.Sambil2 beratur tu tanya kat akak kaunter 8 tu kat mana nak bayar untuk marine tax fee?Yela boleh suruh husband aku pergi bayar dulu sambil aku beratur kat sini.Akak tu cakap kena bayar marine tax tu RM10-person dan sambil tu tunjuk kaunter tu kat mana.Tapi kaunter tu tak buka lagi,maybe pukul 8.30 jugak kot.
Perhentian :
1)Genting village
2)Paya village
3)Tekek village
4)Air batang village (panuba inn)
5)Salang village
Lepas pendaftaran, kami terus beratur di satu lagi kaunter untuk bording pass,sebab tengok ramai sangat beratur kat situ,takde pulak diorang beratur kat marine tax punya kaunter.Masa ni,korang kena bagi tiket ferry tadi untuk bording pass ,bording pass kami colour biru, untuk GATE A ,kalau hijau GATE B.Dah dapat bording pass,kami duduk dulu,sebab orang tu cakap lagi 30 minit ferry datang,sebab dah ramai sangat beratur ,tu yang kami duduk tu,buat semak je untuk orang lain nak ambil bording pass kat situ.
Pukul 8.15am ferry pun sampai,aku tengok ferry pun rasa macam nak muntah,sebab aku ni senang mabuk laut dan jalan yang dekat cameron tu,hihi..Dalam perjalanan tu smooth sangat,tak rasa huyu hayang nak muntah pun,laut memang tenang masa aku naik tu.
Sampai je dekat pulau ABC(perhentian ke-4) ,aku terus call staff dari panuba,beritahu dah sampai,Tak sampai 5 minit ,boat man dari panuba pun sampai ambil kitorang,acctually dekat je jetty ABC dengan panuba.Naik boat dia yang sangat kecil tu,gayat ok,dengan tak pakai life jacket nye,kalau tahu berenang tak pe jugak.Tapi best naik boat kecik tu,walaupun melompat2 di pukul ombak.Pengalaman weyh..Bila lagi nak rasa..
google-panuba inn resort
Pukul 11am sampai di panuba inn, check-in dulu,tapi staff kat kaunter cakap check in pukul 2pm,jadi kitorang decide nak pergi ATM di sebabkan duit hanya tinggal RM20 je,kenapa tak ambil duit siap2 sebelum datang tadi?Ye,sebab masa kami datang tu semua line out of servis,biasa la pagi2 buta kot.,banyak jugak tempat persinggahan,Masa sampai mersing dah terlupa nak pergi bandar dia sebab duk kejar nak naik ferry takut tak sempat sebab pukul 7am kena ambil tiket dah.
Kat pulau tioman memang tak ada ATM kecuali di tekek sahaja,Jadi nak ke tekek kena naik Taxi laut(Boat) ,Seorang dia caj RM20(pergi sahaja) ,Jadi kena bayar RM80 la,Haish baru je tadi ferry turunkan penumpang kat tekek,ni nak pergi tekek lagi..tapi nak buat macam mana,duit punya pasal.Sampai je di tekek,rupanya ATM ada 1 jer kat situ,huhu..nasib berfungsi dengan baik..Alhamdulillah.Kitorang bagitahu kat Wak yang bawa kitorang ke tekek nak balik pukul 1pm.
Jadi kitorang makan2 dan jalan2 dulu kat tekek,sebab situ macam bandar kecik bagi pulau tioman.Makan memang awsome sangat.sedap gilosss...lepas makan terus pergi shopping barang sikit,kedai kecik2 jer.
Pukul 1pm balik panuba dan check in, bilik nya takdelah macam SD pun,dengan air cond nya tak berfungsi dengan baik,tv pun xde channel.Baik ambil bilik D je.RM395..Tapi view memang cantik laa,menghala laut,semua chalet kat situ memang menghala laut.Rehat2 dulu,pukul 230pm turun makan kat panuba,lunch ni termasuk dalam pakej.Lepas makan terus tidur,disebabkan perjalanan yang lama dan tak tidur semalaman.12jam jugak la tak tidur,atas ferry pun kejap2 bangun.
Malam pukul 8pm,turun balik untuk dinner,terus di hidangkan dengan BBQ,padahal sepatutnya BBQ hari ke2,maybe orang yang dinner kat situ dah hari ke2.Makanan untuk dinner sedap.Tapi selepas tu makanan kat panuba kureng sikit la.Untuk breakfast 2 hari tu,bukan buffet tapi hidang,2 hari tu makan mee jer,mee jawa dan mee soto.Dinner hari ke2 baru la buffet.
10 april 2016
Hari snockling pukul 10am, tu kitorang pergi 4 tempat , pastu tenghari rehat kat salang,makan tengahari dulu,kat salang pun best jugak makanan dia,memang puas hati la kat salang.Pukul 2pm sambung snockling lagi,kali ni snockling kat laut dalam,memang aku tak turun pun,gayat wehh,dengan tak tahu berenang nya..Husband aku jer yang turun.
11 april 2016
Check out,ferry kitorang sampai pukul 1130,kitorang check out pukul 9am,breakfast dulu,pukul 10,boatman hantar pergi jetty ABC,tunggu kat sana sambil tengok ikan2 yang cantik.hihi..Ramai gila orang nak naik ferry ke mersing,pukul 12 baru la ferry sampai,penat tunggu..Kitorang sampai PJ pukul 9pm.Kepada ualls yang baru nak ke pulau tioman,rancanglah perjalanan elok2 na, kalau dari KL memang letih,better tidur la semalam kat mersing,takde la nak terkejar2 kan..Oh yaa,tentang marine tax aku tak bayar pun..hihihi
Panjang story aku kali ni,selamat membaca..
wah..bestnya pi honeymoon kat sana
ReplyDeletex pernah sampai lg pulau tioman...hehehe
ReplyDeleteMS, recommended tak panua inn ni?
hai,pendapat saya la,kalau honeymoon ok je kat panuba inn,cuma makan jer kurang,better pg salang/tekek.makan sedap..
Delete