background

16 August 2016

UPDATE:STATUS PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN PART 3

Assalamualaikum..

Untuk update kali ni, ada berita gembira..husband dah lulus loan nya pada 28/7/2016 dan dah selesaikan masalah baki wang beza rm13500.Macam2 masalah la jugak dalam tempoh loan nak lulus tu.Dengan pegawai yang uruskan loan tu sibuk dengan macam2 majlis la,bila dah siap dokumen dan masa nak submit kat peguam ,boleh pulak dia salah bagi borang.Dah kena hantar semula ke HR kwsp dan ambil borang baru.

Isu pinjaman dah selesai dan peguam menyuruh kitorang pergi pejabat tanah klang untuk sign borang 16A.

Untuk pergi ke pejabat tanah ada hari2 nya sebab pegawai yang kitorang perlu jumpa tu ada setiap selasa,rabu dan khamis jer.Jadi terpaksa kitorng ambil cuti untuk sign borang gadaian ni.Untuk sign ni dua2 orang yang ada nama dalam S&P kena ada sekali.Peguam memang dah tunggu kat pejabat tanah sebab semua dokumen dia yang pegang.

Selepas selesai sign2 ,kitorang menuju semua ke hong chee assoisates(pejabat peguam) untuk urusan sign jugak.Betapa banyak nya dokumen kena sign kalau nak beli rumah ni.

Alhamdulillah..Selepas selesai semua ,rasa lega sikit ..tak payah dah nak ambil cuti semata2 untuk selesaikan hal rumah ni.Lepas ni dah xde apa2 dah nak di buat.Cuma tunggu dokumen siap jela.

Minggu lepas ada jugak pergi tengok2 rumah kitorang yang dalam pembinaan tu.Agak laju jugak pembinaan rumah tu.Dijangka siap 5/2018.Tapi kalau siap awal lagi bagus..hihi..Harap2 tak dela terbengkalai..

Isu rumah dah selesai.Cuma sekarang tengah tunggu proses untuk keluarkan kwsp acc 2 yang husband punya..yela dah pinjam ngan mertua kenala cepat2 bayar..tak mau hutang lama2

.Lepas ni nak update tentang laparascopy pulak..InsyaAllah bulan 12.Semoga semuanya dipermudahkan.aminnn

2 comments:

  1. Alhamdulillah...loan dah settle yer. Mmg renyah cket nak settlekan semua urusan ni kan. Tapi xpe...yg penting usaha.

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..betul tu..memang pening jugak nk selesaikan..alhamdulillah semua selesai..thank sis yana

      Delete