25 dec 2016 (hari ke4)
Bermula la sesi berpantang di rumah sendiri memandangkan mak aku belum datang lagi.
Nasib la ada husband yang membantu.siapa lagi nak suruh kan..
Sepatutnya tarikh aku period adalah pada 26 dec 2016(5hari selepas operation),tapi sejak aku balik dari hospital fresh blood tak berhenti2 keluar.masa duduk hospital sikit2 je darahnya.So aku jangka maybe darah period,sebab kebiasaanya memang aku keluar 2hari sebelum due.
Dan untuk maklumat semua jika betullah ni darah perod memang aku bersyukur sangat sebab tiada senggugut.Alhamdulillah.Tapi aku pun masih tak sure ni darah apa..huhu
Kesan selepas aku buat laparotomy ni adalah tumit aku dah tak rasa sakit,bahagian punggung aku pun dah tak rasa sakit.Kalau tidak bila aku baring kat lantai mesti susah nak bangun.Nak alih ke kiri dan kanan pun susah.Alhamdulillah bersyukur sangat.Aku akan berpantang sepanjang 2 minggu ni dan elak fast food mengikut saranan DR hamid arshat di FB.
2minggu selepas operation
Disini aku kongsikan makanan sepanjang tempoh berpantang.Sepanjang tempoh berpantang ni aku banyak makan ikan.sebelum operation lagi aku dah senaraikan ikan2 yang boleh dimakan.Pelbagai cara masakan boleh di olah dengan ikan2 yang ada ni.Nasib la ada mak tolong masakkan.Mak aku cakap elok makan ikan yang bersisik.Tapi tak semua la boleh makan.Ni antaranya:
IKAN
Haruan
Merah
Tenggiri
Siakap
Selar
Uji Rashid
Jenahak
Bilis(yang ni aku makan gatal)terpulang pada individu
BUAH
Sunkist (1biji sehari)
Epal merah
SAYUR
Sawi hijau (Hari2 masak ni je)
Lobak merah
Pegaga
Pucuk kaduk
Daun lemuni(buat nasi sedap)
Peria
Ulam Raja
Kunyit hidup,Halia,Serai
Rempah ratus
AIR
Air Suam
Air kopi(beli kat pasar malam yang orang tu buat sendiri)
Acctually ayam pun aku makan jugak pada hari ke-10.tapi tak banyak..risau pulak gatal ke..Masa tu kat kenduri,mana ada lauk ikan kannn..telan jela..alhamdulillah tak gatal.sepanjang 2 minggu ni aku hanya makan ayam 4 kali sahaja.yang lain2 nya ikan..Ikan haruan aku makan 4 ekor untuk minggu yang pertama lepas operate.Nak cepat baik la katakan..Alhamdulillah luka operate dah makin kering,cuma berhati2 la bila berjalan dan jangan buat kerja berat.Sebab dalaman nya tak tahu macam mana kan.Kadang2 tu rasa jugak nyut2 kat bahagian dalam.tambah2 selepas bangun tidur,sampai sekarang masih sakit.
Jadi aku kena jumpa Dr balik 2minggu lagi kat klinik.Nanti apa2 aku akan update.
Thank you sudi membaca.Kalau nak tanya apa2 comment je ye kat bawah ni.InsyaAllah akan dijawab.
Salam dear... buat laparoscopy kat pantai yer hari tu?. Husband boleh teman ke x yer?..
ReplyDeletesalam miamira..kalau wad single boleh temankan..
DeleteSalam dear..nak tnye sket, gune insurance ape ya?
ReplyDelete