background

09 January 2017

POST LAPARASCOPIC & LAPAROTOMY

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita serba sedikit tentang operation yang dijalankan bulan 12/2016 aritu.Mengenai final findings selepas operation setelah aku sendiri baca blog orang dan Dr Hamid arshat.Seperti penulisan aku sebelum aku operation,aku hanya tahu rahim aku terbalik(retroverted uterus) sahaja.Dan tidak tahu mengenai penyakit -penyakit lain.


Aku memilih Dr hamid arshat kerana beliau berpengalaman lebih dari 20tahun dalam bidang ini.Dan setiap kali melakukan operation beliau akan buat pembersihan didalam rahim.Apa-apa masalah berkaitan rahim semua beliau akan selesaikan.


Insurans aku telah ambil pada tahun 2015.Risau la apa-apa jadi kat aku kan,so better ambil insurans dulu.Walaupun aku bekerja di hospital,semua kos dah ditanggung pihak hospital,aku still proceed dengan insurans.


ok next..


Final Finding Diagnosis:





1)Retroverted Uterus


Dr Hamid melakukan prosedur ventro suspension untuk membetulkan rahim aku melalui minilaparotomy, iaitu belahan lebih kurang 4inci di bawah perut berdekatan ari-ari.







2)Endometriosis


Tahap endometriosis aku adalah stage 1.Yang berada di sekitar belakang rahim aku.Aku ada lihat video yang diberi oleh DR berdurasi 3minit.Dr telah melakukan prosedur laser cautery.Penyakit Endometriosis ni salah 1 punca sukar hamil kerana ia membunuh benih2 suami.






3)Female pelvic peritoneal adhesions


Iaitu lekatan yang bersangkut paut dalam sistem peranakan.Dr telah meleraikan semua lekatan di dalam 1 prosedur yang sama.




4)Polyp-Endometrium/Uterus/Corpus uteri


Dr Hamid telah membersihkan rahim dengan melakukan prosedur D&C.Iaitu prosedur yang sama dilakukan untuk orang yang keguguran.Polyp ni adalah sel2 endometrium yang dah lama.Sepatutnya ia luruh semasa period tetapi tidak luruh kesemuanya menyebabkan ia bertepek di dinding rahim dan makin lama ia menebal.Perkara ini jugak menyebabkan sukar hamil dan sekiranya melakukan IVF,sukar untuk embrio melekat di dinding rahim.(yang ni maybe penyebab aku buat IVF tak lekat).





5)Chronic cervical Erosion


Ia nya bermaksud luka yang kronik di pangkal rahim.Aku tak tahu penyebab nya apa.Dan berkemungkinan adalah jangkitan kuman di bahagian cervical.Dr Hamid telah laser bahagian pangkal rahim.



Dr Hamid juga telah membersihkan tiub fallopio aku dengan memasukkan cecair dye.Semua masalah tentang peranakan wanita akan di repair oleh Dr dengan melakukan 1 operation sahaja.Alhamdulillah aku masih sempat berubat dengan beliau.Dari nak membetulkan rahim sahaja tetiba terjumpa banyak pulak penyakit.

Kepada sesiapa yang yang masih belum ada insurans tu lebih baik ambil dari sekarang.Kita pun tak tahu penyakit apa yang akan hinggap kat kita kan..Jadi standby jela.Tak rugi pun ambil insurans ni.Nasib laa aku dah ambil awal dah.Insurans yang aku ambil adalah prudential.

Segala rawatan semuanya aku buat di hospital kerajaan.Dari step pertama sehingga IVF..Dan selepas Plan terakhir aku iaitu IVF tidak menjadi ,aku sendiri yang decide untuk melakukan laparoscopic ni.

Aku bawa semua result2 ke klinik Dr Hamid Arshad dan memang aku sendiri tahu melalui pembacaan di dalam fb DR, dia akan suggest laparoscopic.Terus je aku setuju,aku tidak melakukan sebarang rawatan di klinik DR.Terus set appoiment untuk operation.Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.Sekarang kena jaga makan,jangan angkat berat.Yang paling aku risau adalah mungkinkah jahitan untuk membetulkan rahim akan terbuka semula?Dan menyebabkan ia retroverted uterus balik?Ada ker yang mengalami perkara macam ni?


Kat Bawah ni aku senaraikan jenis-jenis operation secara umum.Aku copy melalui page dipesisranblogku

Jenis-jenis pembedahan.
Untuk kes wanita yang semakin berumur (30-an ke atas) doktor akan menyarankan melakukan pembedahan kerana dengan melambatkan pelan tindakan ia boleh menyebabkan wanita langsung tidak berpeluang untuk hamil ataupun kehamilan di usia lanjut mendedahkan diri pada bahaya berkekalan yakni membuang terus rahim dengan pembedahan hysterectomy..
1.Laparoscopy & Dye.
Pembedahan ini bertujuan untuk melihat dengan terang ke dalam organ peranakan yakni rahim dan memastikan tiub fallopian itu berfungsi dengan baik. Beberapa tebukan dibuat di atas perut dan satu teropong "endoscopy" dilalukan pada tebukan di atas perut setelah satu cecair biru dimasukkan ke dalam uterus dari bahagian faraj . Dye yang disuntik ini membolehkan doktor melihat dengan jelas kerosakan- kerosakan yang ada. Kalau rosak pembedahan Mini-Laparotomy perlu dilakukan untuk membetulkan kerosakan. Ini bermaksud satu irisan kecil sebesar 4 inci dibuat di bahagian bawah perut dan rahim dibuka dan dibedah.

2.Mini-Laparotomy.
Pembedahan ini biasa dilakukan bersama Laparoscopy ataupun secara sendirian. Satu hirisan dibuat di atas perut dan seterusnya boleh melakukan yang berikut:-
3.Tubal repair.
Kalau tiub rosak ia akan diperbaiki. Darah dicuci, sawang-sawang dibuang dan lain-lain.
4.Tubal ligation.
Mengikat tiub fallopian untuk merancang keluarga.
5.Ventro-suspension
Untuk wanita yang rahimnya berkedudukan tidak betul rahim diletakkan kembali ke kedudukannya yang normal yakni sujud ke depan.
(lagi tentang ventro-suspension di bawah)
6.Cautery of Endometriosis.
Segala lapisan darah lama dan kotor / endometrium yang tumbuh di bahagian organ peranakan di tembak dengan sinar laser untuk menghapuskannya sewaktu pembedahan. Endometrium ialah lapisan darah yang sepatutnya gugur sewaktu haid tetapi sebaliknya tinggal di dalam organ peranakan dan menjadi semakin beracun dan memakan organ peranakan wanita.
7.Ovarian Drilling.
Darah yang bertakung / Endometriosis di bahagian ovari dipanggil "ovarian cysts". Ovari-ovari yang bengkak dan susah menetas dipanggil Sindrom Polycystic Ovari. Keadaan ia menjadi tenat bila ada endometriosis di bahagian ini. Bila Ovari bermasalah satu kaedah dipanggil "ovarian drilling" dilakukan untuk membuang darah-darah ini.
8.Oophrectomy.
Ini dilakukan bila kilang telur terlalu rosak dan terpaksa dibuang. Jika tidak darah akan merebak ke bahagian lain dan merosakkannya.
9.Myomectomy & cystectomy.
Di dalam rahim kadang-kadang terdapat dua jenis ketumbuhan.
i. Fibroids
ii. Cysts
Ketumbuhan ini tidak membahayakan nyawa tetapi menganggu kesuburan,menyakitkan serta menyebabkan pendarahan yang berlarutan. Jadi ia akan dipotong serta dibuang keluar.
10.Hysterectomy.
Kalau organ peranakan wanita rosak disebabkan dimakan oleh endometriosis dan/atau cysts yang teruk dan banyak ; ditumbuhi fibroid yang besar atau menyebabkan kesakitan dan pendarahan yang teruk maka tiada pilihan lain kecuali rahim dipotong dan dibuang terus.
11.Fenton.
Ini dilakukan untuk wanita kerana sebab-sebab yang berikut.
i. Saluran dara yang tebal
ii. Hubungan seksual yang menyakitkan
iii.Wanita fobia/takut untuk bersama dengan suami
Jadi pembedahan ini dilakukan untuk memecahkan dara wanita. Kalau wanita fobia, beliau perlu mendapatkan kaunseling sebagai rawatan sampingan.


VENTRO-SUSPENSION dan RAHIM TERBALIK & KETIDAKSUBURAN.
Tahukah anda bahawa wanita kedudukan rahimnya lazimnya terletak mencondong sujud ke hadapan. Keadaan ini adalah normal. Tetapi 20% daripada kaum wanita kedudukan rahimnya tidak normal iaitu rahimnya condong ke belakang yakni rahimnya terbalik. Keadaan ini juga dikenali sebagai tipped uterus, retroverted uterus atau tilted uterus dalam bahasa inggeris.

Tanda-tanda yang menunjukkan anda mempunyai rahim terbalik.
Kebiasaanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda. Sebagaimana sesetengah orang menulis dengan tangan kiri, begitu pula orang dengan rahim terletak ke belakang, posisinya sahaja berbeza. Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda.

Gejala-gejala berikut boleh melanda wanita yang mempunyai rahim yang terbalik:
1.Sakit sewaktu bersama.
Sewaktu mengadakan hubungan seks, isteri mengalami kesakitan apabila zakar suaminya terkena bahagian pintu rahim ,cervix atau bahagian rahim, uterus lantaran kerana kedudukan rahimnya yang terbalik. Dalam terminologi medikal ia dikenali sebagai collision dyspareunia. Ia disebut sebagai dis-pa-roon-ia.

2. Rasa sakit semasa haid
Semasa kotor, mereka merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi medikal untuk keadaan ini pula ialah dysmenorrhea yang disebut dis-men-or-ia.

3. Sakit pinggang yang kronik.
Terdapat jutaan wanita yang mengidap sakit pinggang yang kronik. Kira-kira 10% wanita yang mengunjungi klinik pakar sakit puan mengadu sakit pinggang. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca dari sebab-sebab yang lain adalah sakit pinggang yang kronik datangnya daripada kedudukan pinggang terbalik.
Kebanyakan wanita sebegini dilahirkan semulajadi dalam keadaan begini. Tetapi adakalanya rahim menonggeng ke belakang disebabkan oleh sawang-sawang yang terbentuk akibat trauma atau pertumbuhan luar biasa di bahagian dalam organ-organ peranakan - pelvic adhesions; endometriosis atau trauma selepas bersalin.
Ramai wanita sebenarnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala rahim terbalik kerana ia boleh dialami tanpa apa-apa kesan tanda-tanda pada diri anda. Kalau keadaan ini berlaku cara yang terbaik adalah untuk membuat ujian pelvic examination ataupun membuat ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu melihat ke dalam uterus. Dengan itu kedudukannya boleh diketahui dengan jelas

Pembedahan up-lift / ventro-suspension.
Prosedur up-lift atau ventro-suspension, adalah satu pembedahan mudah yang melibatkan pemendekkan serta pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya ia dikembalikan ke kedudukan yang betul.
Prosedur ini melibatkan teknologi laparoskopi yang mana hirisan yang kecil di perut disertai memasukkan teropong laparoskopi ke dalamnya. Ia merupakan surgeri ringkas sehari sahaja yang mana tanpa perlu bermalam di hospital.
Menurut penyelidikan, kaedah ini sangat berkesan untuk menghilangkan rasa sakit yang berpanjangan dari kembali lagi.

Kaedah rawatan lain untuk merawat rahim terbalik.
Sekiranya anda mengalami kesakitan disebabkan oleh rahim terbalik sewaktu haid ataupun sewaktu bersama selain dari pembedahan uplift ini terdapat juga cara-cara yang lain yang boleh dilaksanakan iaitu seperti berikut.

1. Ubat tahan sakit
Terdapat berbagai jenis ubat yang berjenama di pasaran dan boleh memberi kelegaan untuk sementara waktu untuk simtom ini.

2. Menukar posisi yang digunakan sewaktu mengadakan hubungan seks
Sekiranya suami-isteri mengubah posisi seks ini membolehkan uterus berubah posisinya, dengan itu boleh melegakan kesan rasa sakit sewaktu bersama.

3. Pessary
Satu alat yang kelihatan seperti sebentuk cincin pada bahagian luar alat pencegah hamil diaphragm diletakkan di dalam faraj. Tujuannya untuk mengubah posisi uterus dan menyokong ia ke kedudukan yang betul.
Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Alat ini perlu dimuatkan oleh seorang doktor dan ia perlu kerap dikeluarkan serta dibersihkan kerana jika tidak jangkitan kuman atau permasalahan lain boleh berlaku. Tetapi penggunaannya boleh mengganggu nikmat hubungan seks.

4. Hysterectomy
Cara ini perlu dilaksanakan jika kesakitan yang dialami adalah amat teruk dan tiada jalan lain. Ia merupakan satu jenis pembedahan buang rahim. Tetapi jikalau anda masih mempunyai keinginan untuk beranak lagi kaedah ini tidak sesuai dilakukan sama sekali.
Doktor anda akan membincangkan kaedah-kaedah yang boleh anda pilih sebelum anda terus membuat keputusan untuk memilih membuat apa-apa rawatan.

Kebaikan Pembedahan Uplift.
-Ia boleh menghapuskan terus rasa sakit pingggang yang kronik dari berulang lagi.
-Lagi satu kebaikan prosedur ini ialah ia dilakukan dengan hirisan yang kecil pada perut dengan alat dipanggil laparoskopi dan pesakit dianggap sebagai pesakit luar i.e. mereka tidak perlu bermalam di hospital. Ia cepat dan tidak merumitkan. Tempoh sembuh adalah singkat berbanding surgeri yang berat.
-Pembedahan ini berlainan pula dengan hysterectomy kerana ia masih boleh membenarkan pesakit mengandung walaupun setelah dibedah kerana ia tidak membuang organ peranakkan.

Apakah persediaan yang perlu anda lakukan sekiranya membuat pembedahan ini.
Berikut adalah persediaan yang anda akan lalui jika membuat prosedur uplift secara umumnya . Rujuklah pakar anda untuk penerangan teliti.
Sebelum surgeri: Pada kebiasaanya doktor akan memberi penjelasan mengenai prosedur yang akan dilakukan, termasuklah peraturan pemakanan dan minuman, serta masa untuk hadir sebelum pembedahan. Ikutilah peraturan dengan betul.
Sewaktu surgeri: Surgeri ini biasa dilakukan macam pesakit luar pergi ke hospital, tak perlu bermalam. Akan tetapi ia memerlukan pesakit dikenakan bius.
Sewaktu surgeri pesakit akan dipotong dengan hirisan-hirisan kecil di bahagian perut, kemudian doktor akan memasukkan peralatan surgeri / laparoskopi untuk melihat bahagian dalam organ dan melakukan prosedur uplift itu.
Jahitan suture akan memegang rahim ke atas , sambil itu ligamen lain akan dipendekkan untuk meletakkan rahim di kedudukan yang betul. Tempoh surgeri ini bergantung samaada ia dilakukan sendirian atau bersama pembedahan lain.
Selepas pembedahan hirisan akan dijahit balik dan ditutupi pelekat adhesives khusus untuknya. Selepas sedar dari bius pesakit akan dibenarkan pulang kalau tiada apa-apa masalah sampingan timbul serta mereka akan diberitahu tentang penjagaan rapi selepas pembedahan dan juga menangani kesakitan selepas pembedahan. Selepas, pembedahan: Doktor anda akan memberitahu anda tentang peraturan yang mesti dilakukan untuk merawat luka selepas bersalin dan apa yang perlu diambil perhatian sekiranya berlakunya tanda-tanda membimbangkan. Selepas surgeri pesakit biasanya mengalami kesakitan akibat luka pembedahan jadi dalam kebanyakan kes, ubat tahan sakit diberi makan. Kalau kesakitannya tidak berkurangan suntikan bius akan diberikan pada luka pembedahan sewaktu lawatan susulan berjumpa doktor. Anda boleh kembali bekerja dan melibatkan diri dalam aktiviti harian selepas beberapa hari.Anda boleh mengadakan hubungan seks bersama suami selepas satu bulan.Sekiranya anda mempunyai persoalan anda perlu bertanya doktor anda dengan lebih lanjut. Pesakit biasanya akan disuruh berjumpa doktor 7-10 hari selepas pembedahan untuk rawatan susulan pembedahan.

Risiko-risiko prosedur ini.

Terdapat risiko-risiko yang boleh timbul sewaktu menjalani pembedahan ini.
1. Kesan tindak-balas dengan ubat bius
2. Jangkitan kuman
3. Pendarahan
4. Kerosakan pada organ lain. Kebanyakan komplikasi yang timbul jarang-jarang berlaku.
Kebanyakan boleh diselesaikan sewaktu surgeri. Sakit di kawasan pinggang bukan sesuatu yang normal dan anda perlu berjumpa dengan seorang doktor. Pastikan anda memberitahu doktor serta juru-rawat bahawa anda mengalami kesakitan di bahagian pinggang.Lawatlah www.inletmedical.org untuk penjelasan lanjut.

2 comments:

  1. Saya Assalamualaikum,
    En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk Jutawan Herbs

    Sy ada menjual herba warisan yg boleh merawat semua jenis kanser dari tahap 1 hingga tahap 4 dan juga untuk sakit lutut dan asthma. Herba warisan ini tidak mengganggu rawatan kimoterapi. Ia boleh diambil semasa rawatan hospital, malah lagi baik jika berubat bersama² supaya lebih cepat sembuh. Daun2 herba yg terpilih ini terbukti mujarab dan sukar dijumpai, malah belum ada mana2 syarikat yg mengeluarkan herba ini. Ia herba khusus merawat kanser. Fokus herba ini untuk membunuh sel-sel kanser hingga tahap akar umbi supaya kanser tidak berulang lagi. Jangan biarkan penyakit anda menghuni dlm tubuh terlalu lama. Sel kanser akan merebak ke organ-organ lain. Setiap penyakit ada penawarnya, herba bukanlah benda asing lg, jangan was-was, sejak beratus tahun herba sudah digunakan oleh nenek moyang kita. Ia penawar ciptaan tuhan. Benda semulajadi tidak akan mengganggu rawatan moden. Kita usaha merawat sehabis boleh. Tidak ada sesiapa yg boleh menetap kan utk sembuh tidak boleh bercampur-campur rawatan.

    Penawar dah ada, hubungi sy secepat mungkin .Bukan pesakit kanser juga boleh amalkan herba ini sebagai amalan harian untuk mencegah kanser. Untuk pesakit kanser pula sy akan bantu merawat sehingga sembuh dgn herba ini. Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagaimana untuk hadapi kanser, serta cara-cara utk berdepan dgn kanser. Cara menjaga pemakanan dan nasihat lain utk anda.Sy dh jumpa ramai pesakit, mungkin kita blh berkongsi pendapat bagaimana hendak merawat sampai sembuh. Ramai pesakit sy dah sembuh, anda bila lagi....? 😊

    Boleh singgah di youtube channel kami di Jutawan Herbs utk melihat testimoni kanser. Sila layari laman facebok saya JUTAWAN HERBS.

    Testimoni-Testimoni pengguna JUTAWAN HERBS

    ▪️ Kanser payudara stage 4

    Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM.
    Sekarang dah sembuh dan sihat, dulu doktor berkata dia mampu hidup setahun saja lagi. Selepas itu dia mula minum jus herba sampai sekarang, lebih 6tahun dia minum. Dia menerbitkan buku perjuangan kanser sepanjang hidupnya dengan herba. (Buku boleh order dgn sy). Dia menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, Tv1 menceritakan tentang kanser.





    ReplyDelete
  2. ▪ Kanser Payudara stage 3
    Pn. Noraini Yusof pesakit kanser payudara tahap 3, ketulan kanser 13.3 cm. Skg dah sembuh. Sila tonton youtube ,Pn. Noraini berkongsi pengalaman semasa mengidap kanser payudara.

    ▪ Kanser Lymphoma stage 4
    Adik Izzat b.Muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dah sembuh. Dia sentiasa bertenaga dan cergas dgn jus herba yg merawat. Dia minum jus herba ini dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma tahap 4 ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh. Jika bergantung pd rawatan hospital saja, Penyakit boleh datang semula.

    ▪️ Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir Sumardi,42 tahun mengidap radang paru-paru pada tahun 2020. Petanda awal sakit ialah batuk tak berhenti, berdarah dan berkahak selama 3 bulan. Dia mendapatkn rawatan klinik kerajaan dan swasta tp batuk, sakit dada, susah bernafas tetap tak hilang. Banyak rawatan alternatif dibuat tapi tak berkesan.Doktor mengesahkan dia mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran udara berkimia. Selepas melihat testimoni herba di facebook Jutawan Herbs, dia menghubungi sy untuk cuba herba ini. Dalam masa 2 minggu saja minum jus dah ada kesan.Batuk dah berkurang, nafas makin lancar ,2 bulan minum jus sehingga pernafasan dan batuk terus sembuh. Penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya tapi dia berjaya sembuh dengan herba.

    ▪ Sakit lutut kronik

    Pn. Rohana Ismail dulunya seorang cergas dan aktif dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung-gunung di Malaysia. Dia ceritakan pd sy masalah lututnya bengkak, dah lama menahan sakit. Dia terpaksa lupakan semua aktiviti lasak. Turun naik tangga mengiring dan berjalan pn perlahan. Sy syorkan dia cuba minum herba dan dia minum dlm masa 2 minggu, lututnya yg bengkak dah surut. Sekarang aktif semula, berjoging ,naik bukit, lutut dah kuat. Kalau dia boleh sembuh,kenapa tidak anda? boleh bertanya sendiri testimoni² saya jika anda ada dalam group whatsApp Jutawan Herbs.

    ▪️ Sakit lutut kronik

    Pn Rasmani Md Noh pesakit lutut kronik, dia terpaksa berjalan mengesot - esot atas lantai dan jika dia paksa diri untuk berjalan, lutut akan berbunyi, tulang bergesel, sgt sakit.Nak masak pun terpaksa duduk atas kerusi sbb tak mampu berdiri lama. Tapi lepas 6 hari minum jus herba, dia dah boleh berjalan macam biasa dan saraf kaki dah tak rasa tegang dan sakit. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sekiranya anda berminat nak tahu lebih banyak testimoni daripada pesakit yang sudah sembuh selepas mengambil jus ini, anda boleh menonton video-video di Youtube channel Jutawan Herbs , di blog Jutawan Herbs dan kami pun ada group whatsApp pesakit kanser, untuk berkongsi pengalaman dan rawatan.😊

    Share info ni kepada yg memerlukan, harini kita tlg org,lain kali org akan tlg kita. Sharing is caring. Herba yg dijamin selamat,terbaik ramai yg dah sembuh serta mampu dibeli semua. Tak rugi cuba sebab ramai yg dah sembuh kanser dan menyesal kenapa dari dlu tak kenal herba ni. Belum terlambat, selagi masih bernafas,peluang nak merawat masih ada. 😊

    Hubungi atau whatsApp sy dengan segera,
    Mohd Zuhairi pengasas Jutawan Herbs
    017 468 7570

    ReplyDelete