Ok harini ada masa aku nak ceritakan mengenai persediaan yang aku telah lakukan untuk mengambil anak angkat.
Pada 4 Oct 2017 yang lepas, staff dari pusat pengambilan anak angkat telah datang ke rumah untuk lawatan.Yela nak tengak keadaan rumah.Aku ingatkan pergi "parents training " dulu baru melawat ke rumah.Tapi diorang buat mana yang sempat dulu.
Diorang cakap ada yang tak sempat lawat ke rumah dan parent training tapi dah dapat anak..Alhamdulillah rezeki diorang.
Semasa sesi melawat tu semua OK.Aku pun tanya la ramai ke listing yang menunggu?Dan dia jawab awak couple yang 7 melayu.Memang terkejut laaa..sebab ingatkan beratus2 dan masa menunggu mungkin bertahun.Tapi 7 couple je,yang ramai nya adalah cina.Sebab kebanyakkan yang bagi anak tak tahu status agama kecuali ada tanda dan surat menyatakan bayi tersebut bukan islam.Jadi jika tiada apa-apa maklumat ,diorang akan bagi bayi tu pada orang islam.
Since dia dah bagitau macam tu dan dia bagitau jugak sekarang dah boleh ready barang-barang baby.Aku pun memang excited laa nak beli barang baby dan terus je hari yang sama senaraikan barang yang perlu.
Di bawah ni adalah senarai yang aku sediakan untuk baby baru:
- Barut
- Napkin
- Bedung
- Set Mandian & Ubatan(Tropica)
- Tilam dan bantal
- Lapik getah
- Tab mandi
- Tisu wipes
- Towel
- Sapu tangan
- Krim nappy
- Set penjagaan bayi
- Botol susu
- Box storage baby
Dan yang bawah ni belum beli lagi sebab bersaiz dan tarikh luput
- Baju,Sarung tangan dan stokin
- Pampers
- Susu
Barang yang aku beli mengikut keperluan saja.Atleast bila baby dah ada, tak ada la kelam kabut nak pg bli barang lagi.Cuma tinggal baju,pampers dengan susu jer.
Dan untuk pengetahuan jugak, bila dapat baby ni memang aku nak menyusukan dia sendiri,sebab tu aku pilih baby new born-6month.Untuk menyusukan baby ni aku dah start dah meng"google" cara cetus susu untuk ibu angkat bagi ibu yang tak pernah mengandung.Ingatkan tak dela kan.Ada jugak yang senasib dan berfikiran untuk susu kan anak sendiri.Alhamdulillah.
Dan ada jugak bertanya pada pusat laktasi.Tapi kena ikut program yang diorang jalankan dan ofcoz baby tersebut dah di daftarkan sebagai anak angkat kita.Dan kena buat checkup kesihatan jugak..Takut ubat yang diorang bagi ada side effect.Itu pun diorng bagitau tak janji susu akan keluar ke tak,takut tak mampu je..Tapi aku tak tanya la lebih-lebih .
Search punya seach kat google jumpa blog ibu angkat ni menceritakan tetang cara dia cetus susu.Aku pun ready la semua yang dia bagitau tu.
Jadi aku beli la breast pump di pump on the go.Breast pump yang aku dah beli adalah jenis Auntumnz serene .Mempunyai 3 mode,bunyi sangat senyap,rupa yang kecil dan ringan, rechargeable dan removeable batery.Harga tengah promo tu yang beli jugak..Ingat nak hold dulu sebab belum dapat baby nya.Harga RM450 ,free postage,vcool bag,ice brick dan 6 storage bottle.Memang ciri-ciri nya sesuai di tempat kerja dan travel.Sebab tu aku pilih breast pump ni.
Yang keduanya aku dah jadi ahli shaklee yang sah.Sebabnya nak beli produk ni dah alang-alang nak beli banyak terusla masuk ahli.Aku beli set milk booster, iaitu Alfafa,ESP,Ostemetrik dan vita LEA.
Tapi masih belum dapat lagi shaklee nya..Nanti dah dapat terus nak consume dan nak pump jugak.DR cakap kalau nak cetus susu kena makan pil perancang atau ada suntikan.Tapi tak semestinya berjaya..Bila dah melalui banyak prosedur membuatkan badan letih dan stress langsung tak dapat keluar susu.
Jadi tunggu la perkembangan dari aku ye..Aku pun masih mencuba..Harap2 menjadi la..InsyaAllah..
Alhamdulillah...bestnya...�� xsbr nk tggu nxt story... teringin gak nak tau mengenai pusat tmpt sis ambil ank angkat...�� sy doakn smuanya brjln lancar... ��
ReplyDeleteInsyaAllah sis..kalau berjaya saya akan cerita dalam blog..Tq ..
Delete