background

25 August 2017

PROSEDUR PENGAMBILAN ANAK ANGKAT

Assalamualaikum

Hari ini nak cerita tentang pengambilan anak angkat selepas aku dan hubby decide nak ambil anak angkat, kita pun tak tahu bila di kurniakan zuriat kan..jadi kami memang plan awal untuk jaga dan tekad nak ambil anak angkat..

Sebenarnya niat dah ada sejak tahun 2015 lagi tapi masa tu baru lagi perkahwinan kitorang takut permohonan akan ditolak..lagipun hubby tak setuju waktu tu..Maybe dia nak enjoy dulu..hahah..

Pada july 2017, aku ada email satu pusat baby hatch ni untuk mendaftar sebagai ibubapa angkat dan aku follow je prosedur yang ditetapkan oleh pihak pusat ni.Segala dokumen yang mereka perlukan memang kitorang lengkapkan.Kami hanya berhubung melalui email sahaja, borang permohonan pun aku hantar by email jugak.Senang kan zaman sekarang ni..hihiii

Then, pada 15Aug2017 , aku terima satu panggilan untuk interview dan sediakan segala dokumen yang di minta oleh pihak pusat tersebut.Betapa seronoknya aku walaupun hanya interview je baru..

Segala dokumen memang dah ada,kecuali medical report sahaja,sebab aku baru je apply..dan dalam tempoh sebulan baru dapat, tak sangka pulak di panggil interview secepat ni..Ingat kena tunggu 6 bulan sebab listing panjang...huhu..Alhamdulillah..So dokumen yang masih belum lengkap diorang minta emailkan kemudian je..senang sikit..

Pada 25Aug 2017, hari interview. Aku memang dah prepare dah segala soalan yang akan di tanya, sebab tertanya jugak interview macam kerja ke..tapi tak pun, diorang interview santai2 je,cuma nak mengenali ibu bapa angkat ni lebih sebelum menyerahkan baby..yela kan sekarang banyak kes..

Habis sesi interview, kitorang perlu pergi "parents training" ..sepatutnya pada 9 sept di johor , tapi hubby tak boleh..ada hal lain waktu tu..Lepas parents training baru la kitorang layak di letakkan di bawah listing menunggu.

Aku tak nak cerita detail tentang interview yang dijalankan, sebab hanya perbualan biasa tentang ibu bapa angkat..macam bersembang..hihii..so jangan risau naa kepada sesiapa yang nak apply tu.Tentang pusat tu pun aku tak nak inform lagi, segala maklumat aku akan inform jika pengangkatan berjaya..

No comments:

Post a Comment