background

10 March 2018

BOOKING BERSALIN DI PPUM

Assalamualaikum..

Hari ni nak share tentang cara booking bersalin di PPUM.Acctually confius, tak tahu nak book kat hospital mana.Walaupun kerja kat PPUM tapi macam nak bersalin kat hospital Pantai KL sebab husband ada PM care.Cuma cover tak banyak laa..Risau jugak emergency operate ke kan..Mungkin boleh capai 11k-15k..Mana nak cekau duit tu???hahah

Sekarang ni still checkup kat KKM dan yang terbaru aku ada chekup kat hospital pantai jugak..baru sekali je..Kat hospital pantai ni senang je nak checkup..Just whatsapp je kat staff hosp pantai untuk buat appoiment.Nombor ada di web hospital pantai KL.Once dah checkup kat sana dikira booking bersalin kat sana..Anything boleh bgtw kemudian kalau belum decide.Diorang tak ada masalah pun kalau checkup kat situ bersalin kat hospital lain.

Untuk para-para mommy kat luar sana untuk booking bersalin kat PPUM, pregnant 3 bulan dah boleh booking yee..Macam aku dah 4 bulan disebabkan masih keliru nak book kat mana..Tapi kalau lambat book kat PPUM nanti di kira late booking,tak pasal kena reject pulak..Jadi book jela kan..Nanti baru fikir..late booking untuk 5 bulan ke atas kalau tak silap..

Stepnya adalah:

1)Pergi ke tingkat 2 kompleks wanita dan kanak-kanak PPUM bahagian kaunter pendaftaran  Gynae.

2))Tekan nombor untuk Booking bersalin

3)Bila nombor panggil ,Nurse akan minta gambar scan atau kalau ada buku pink bagi je.senang sikit

4)Nurse akan bagi tarikh untuk follow up,borang pendaftaran dan risalah.

5)Nurse akan suruh turun tingkat 1 untuk buat appoiment detailed scan.

6)So nanti masa tarikh next f/up kena isi siap2 borang tu dan kena bawa apa yang dah ditulis di risalah yang di beri. seperti KP suami isteri,kad nikah dan Bil utiliti terkini.

7)Kepada yang ada GL,sila bawa semasa f/up nanti dan yang kena buat bayaran Duit booking RM500.Pastu ada 1 ujian untuk baby,Ujian IEM kena bayar RM80(Tak boleh guna GL)

Pastu siap,boleh balik..

KENCING MANIS KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum

Pada 6.3.2018 adalah hari checkup aku dengan nurse KKM.Tapi seminggu sebelum appoiment dapat panggilan dari KKM menyatakan aku ada GDM(kencing manis semasa mengandung)..Ya Allah..dugaann..ingat normal laa..

Aku ada beritahu kan sebelum ni ada minum air gula??Dan resultnya tinggii..huaaargghhh...Semasa puasa resultnya 4.6 je dan 2 jam lepas minum resultnya 8.6...Dah kena buat BSP (Blood Sugar Profile) pulak 1 day before checkup means 5.3.2018

Apakah BSP ??BSP ni nak cek gula dalam darah..Caranya senang je cuma cucuk hujung cari tu je..Ala alat yang cek kencing manis tu..Siapa-siapa dah gula tu tinggi better beli alatnya sendiri kat farmasi,boleh buat kat rumah sendiri..xyah ulang alik KKM.Untuk yang 1st time ni memang kena buat kat KKM.

1)Puasa start 10 malam 1 day before (Esoknya test BSP 8am)
2)Pastu boleh makan..kalau 1st suapan makan pukul 8.10am,so next test pukul 10.10am.
3)Lepastu nest test pukul 3pm(Puasa 2jam before test)
4)Last 10pm(Puasa 2jam before test)

No 3 & 4 aku test kat rumah sendiri je..Oh yee lepas test yang 1st tu korang kena dengar talk dengan pakar pemakanan yee..Lebih kurang 1jam macam tu la..then bila dah habis talk boleh yang 2nd dah..



GLUCOMETER
Ni alat yang aku beli kat farmasi..Aku tengak kat lazada lagi murah..tapi sebab urgent nak guna beli jela kat farmasi..

Lepas ni aku kena checkup dengan DR 2 minggu sekali untuk review result BSP yang aku lakukan sendiri kat rumah 1 day before dan dengan nurse 1 bulan sekali.

Masa 6.3.2018 aku buat checkup dan DR suruh buat 1 diari masa buat test tu kena tulis makan apa sekali before test tu.Waktu ni pun scan jugak dan tengak jantung degupan jantung bayi..Alhamdulillah semuanya normal..

Next booking PPUM...