background

10 March 2018

BOOKING BERSALIN DI PPUM

Assalamualaikum..

Hari ni nak share tentang cara booking bersalin di PPUM.Acctually confius, tak tahu nak book kat hospital mana.Walaupun kerja kat PPUM tapi macam nak bersalin kat hospital Pantai KL sebab husband ada PM care.Cuma cover tak banyak laa..Risau jugak emergency operate ke kan..Mungkin boleh capai 11k-15k..Mana nak cekau duit tu???hahah

Sekarang ni still checkup kat KKM dan yang terbaru aku ada chekup kat hospital pantai jugak..baru sekali je..Kat hospital pantai ni senang je nak checkup..Just whatsapp je kat staff hosp pantai untuk buat appoiment.Nombor ada di web hospital pantai KL.Once dah checkup kat sana dikira booking bersalin kat sana..Anything boleh bgtw kemudian kalau belum decide.Diorang tak ada masalah pun kalau checkup kat situ bersalin kat hospital lain.

Untuk para-para mommy kat luar sana untuk booking bersalin kat PPUM, pregnant 3 bulan dah boleh booking yee..Macam aku dah 4 bulan disebabkan masih keliru nak book kat mana..Tapi kalau lambat book kat PPUM nanti di kira late booking,tak pasal kena reject pulak..Jadi book jela kan..Nanti baru fikir..late booking untuk 5 bulan ke atas kalau tak silap..

Stepnya adalah:

1)Pergi ke tingkat 2 kompleks wanita dan kanak-kanak PPUM bahagian kaunter pendaftaran  Gynae.

2))Tekan nombor untuk Booking bersalin

3)Bila nombor panggil ,Nurse akan minta gambar scan atau kalau ada buku pink bagi je.senang sikit

4)Nurse akan bagi tarikh untuk follow up,borang pendaftaran dan risalah.

5)Nurse akan suruh turun tingkat 1 untuk buat appoiment detailed scan.

6)So nanti masa tarikh next f/up kena isi siap2 borang tu dan kena bawa apa yang dah ditulis di risalah yang di beri. seperti KP suami isteri,kad nikah dan Bil utiliti terkini.

7)Kepada yang ada GL,sila bawa semasa f/up nanti dan yang kena buat bayaran Duit booking RM500.Pastu ada 1 ujian untuk baby,Ujian IEM kena bayar RM80(Tak boleh guna GL)

Pastu siap,boleh balik..

1 comment:

  1. KALAU KANDUNGAN DAH NAK MASUK 7 BULAN MASIH BOLEH KE? RM500 TU BAYAR WAKTU BOOKING ATAU SELEPAS BERSALIN?

    ReplyDelete