Assalamualaikum
19 mac 2016
Hari sabtu lepas pergi appoiment dekat YJN bukit jalil.Aku bertolak dari rumah pukul 7.30am,ingat nak breakfast laa tapi dah sesat,padahal dalam whatsapp staff klink Dr hamid dah sent location,boleh pulak sesat..adeii...
So sampai sana je,aku terus menuju ke klinik dan aku orang yang ke-3.Klink tu buka pukul 8.30am,memang time ngam2 aku sampai pun pukul 8.30am.
Bila staff dia datang,panggil kami ke bilik pendaftaran untuk beri ic suami isteri.Dia akan bertanya kita datang nombor berapa?Lepastu duduk luar dulu sehingga nama di panggil.Sempat lagi kami breakfast dalam 10 minit.kat sana tak ada kedai makan pun,cuma mini market je.
Lepas breakfast kami terus ke klinik semula dan nama kami di panggil,staff dalam tu tanya serba sedikit maklumat suami isteri,samada pernah melakukan rawatan kesuburan tak sebelum ni,semua soalan2 ada dalam borang yang perlu di tick.
Lepastu kami berjumpa dr Aimi kalau tak silap,menantu Proff,aku ada tunjukkan result2 darah dan hcg masa buat test dekat PPUM,dan dia bagitahu semuanya normal,Then terus buat scan rahim,Dr cakap rahim aku kebelakang,ni memang aku dah tau,dan sekarang waktu subur,sebab doc nampak telur.Then doc suggest aku jumpa Dr hamid arshad,aku pun tanya proff ada ker hari ni?Dia cakap ada kat bilik dia,alhamdulillah memang aku nak jumpa proff pun.
Then masuk bilik prof,prof seorang yang soft spoken,seronok dapat jumpa prof,banyak membantu wanita dalam hal kesuburan.
Prof: U dah berkahwin berapa tahun
Aku:4 tahun prof
Prof:Lama jugak tu.
Prof: Melalui scan ni memang u xde masalah,cuma RU sahaja.(kemudian prof lukis rahim RU ni macam mana) Kita suggest buat laparascopy baru boleh nampak ada masalah apa,sebab melalui scan memang tak nampak,takut ada lekatan atau endo.Untuk masalah RU ni kita takut ada masalah darah haid akan tertumpah ke belakang,sebab tu boleh jadi endo,Masa laparascopy nanti kita akan cuci rahim u dan buat pembersihan rahim,akan masukkan camera melalui pusat dan tebukan/torehan 1 inci untuk proses jahitan rahim.U ada sakit pinggang tak
Aku: Tak sakit sangat,tapi saya sakit area punggung,Tak boleh tidur terlentang kat lantai,mesti susah nak bangun.Lepastu kalau buat kerja berat,contoh 1 hari kemas rumah mesti akan cramp area punggung.
Prof: Itu pun salah satu punca.sebab rahim u kebelakang.U ada insurans tak?
Aku: Ada proff (memang aku ada insurans,acctually insurans ni baru jer ambil dalam bulan 10/2015 sebab nak buat lapascopy ni la)
Prof:Insurans apa?
Aku :prudential
Prof:Kalau ada insurans,operation ni akan di buat di hospital pantai.U boleh pergi ke cawangan kita 1 lagi kat damansara untuk berbincang dengan puan rohana tentang insurans.Dan perlu isi borang2.Saya bagi u ubat fish oil dan obimin,try secara natural dulu,mana tahu rezeki,sekarang waktu subur,try bersama sehingga hari ke-20.Kadang2 ada yang tak sempat nak laparascopy tetiba dah pregnant.Semuanya rezeki.
Aku pun memang nak buat laparascopy,jadi aku setuju dengan cadangan prof.
Aku pergi bilik daftar semula untuk buat pembayaran dan temujanji,Jadi aku kena pergi ke klinik Dr hamid arshad yang dekat damansara untuk berjumpa dengan puan rohana,puan ni menguruskan insurans.Puan rohana available setiap selasa,rabu dan jumaat sahaja.Sekarang puan rohana cuti,jadi aku kena call/whatsapp klinik untuk tanya puan rohana sudah kembali bekerja ke belum.kalau tidak,sia2 la datang kan.Pembayaran untuk consultasi/scan rm180 dan ubat yang diberi adalah obimin dan Fish oil berjumlah RM55.
Disebabkan husband aku outsation seminggu,jadi aku tak dapat nak pergi ke klinik Dr hamid arshad minggu ni,kena pospone minggu depan untuk buat temujanji dengan puan rohana.InsyaAllah 29/3/2016(selasa) aku akan pergi ke klinik untuk urusan seterusnya.Semoga semuanya di permudahkan.
Apa nanti aku akan update semula tentang insurans dan temujanji untuk laparoscopy.
MS, smg Allah permudahkan :-)
ReplyDeletetq AWAK
DeleteDah buat ke belum Sis?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete