background

28 February 2016

BEKAM @ HIJAMA

Assalamualaikum

27 FEB 2016


Semalam pukul 8pm aku ada buat rawatan bekam.Rasa ringan sikit  badan ni lepas berbekam.

Acctually ni 1st time aku berbekam,untuk kesuburan.Mula2 tu rasa agak sakit sebab nak tekap kat badan kan..macam kena cubit.lepastu dah ok rasa.

Aku berbekam 1 badan termasuk area  rahim tapi area rahim darah malu2 nak keluar.Tapi kat belakang badan banyak jugak darah kotor yang keluar.InsyaAllah dalam bulan depan aku nak buat lagi,sebab akak ni suggest buat 3kali berturut dalam masa 3 bulan means 1 bulan 1 kali la..

Husband aku pun ada buat jugak tapi separuh jalan tetiba dia pitam sebab tak makan lagi dari pagi..adeiii...Husband aku ni kalau buat kerja tak makan pun xpe..Kan da kena bebel dengan abang yang buat bekam tu..hahah..Next time husband aku kena prepare kan diri betul2.tak boleh letih.

Lepas berbekam ni makan kena pantang sikit,tak boleh makan benda gatal2 dan kicap.Banyak minum air masak.Pagi ni rasa letih sikit badan dan sakit kat area belakang sebab luka jarum.Aku letak ubat gamat je nak bagi sembuh luka kat belakang tuh.Maybe kalau jaga betul2 luka tu akan sembuh dalam masa 1 minggu.Tapi tak la sakit sangat cuma rasa macam kebas jer..Korang jangan takut pulak berbekam,untuk kesihatan jugak dan sunnah gitu..haaaa...

Ok2 yang mana nak berbekam tu boleh contack i Luv BekamHarga sangat berpatutan.Dah la datang rumah,tak caj transpot pulak tu.1 cup harga RM5 sahaja.Dia akan cek tekanan darah dan kencing manis.Yang ni caj RM10.Minimun cup kena 10 cup.Semalam aku buat 22 cup.Diorang cover seluruh area selangor dan Kuala lumpur.Yang buat bekam ni suami isteri,Suami full time dan isteri hanya sabtu dan ahad sahaja.Kena appoiment dulu ye dengan diorang.Semoga tulisan kali ni bermanfaat untuk yang membaca.


Mengapa Harus Berbekam???

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...



Tarikh-tarikh afdal berbekam adalah 17,19 dan 21 bulan islam.Ni sunnah rasulullah dan dalam hadis pun ada menyatakan.

  • Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”
  • Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”
  • Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”
  • Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”









2 comments:

  1. Assalamuailaikum, saya juga ada beberapa kali menjalani rawatan bekam. Apa yang saya diberitahu bahawa melalui bekam juga mengeluarkan benda kotor dari sihir dan gangguan. Saya melalui rawatan islam dibacakan ayat ayat rukhyah beberapa hari sebelumnya. kemudian disarankan berbekam. Alhamdulillah setelah rawatan, badan rasa sangat ringan. Darah saya ada tanda tanda gangguan di mana bulatan darah berbentuk cincin dan perawat saya merasa gatal-gatal badan. Wallua'lam. Semoga kita mendapat manfaat yang baik dari usaha-usaha atas nama Allah. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Alhamdulillah sekiranya melalui bekam ni jugak dapat mengeluarkan gangguan.Sebab menurut kata seorang pengamal perubatan saya pun ada gangguan.Cuma bukanlah buatan orang.gangguan biasa yang mybe menumpang.wallahualam.semoga kita di lindungi olehNYA.Dan mengamalkan sunnah2 nabi seperti berbekam dan minum madu..

      Delete