29/3/2016 (Selasa)
3 perkara yang aku kena buat pada harini.Alang2 husband cuti kan.
1)Set date operation
2)Tukar nama TNB
3)Pembatalan hakmilik dalam geran motor JPJ
SET DATE DAN INSURANS DR HAMID ARSHAD
Seperti yang aku beritahu pada post yang lepas,aku kena datang ke satu lagi klinik prof di damansara,Seawal pukul 07.30am aku dah keluar rumah.Pada 24/3/2016 aku dah whatsapp staff klinik untuk tanya puan rohana available tak pada 29/3/2016,Dia cakap ada dan boleh datang antara jam 10am-11.30am.
Kami keluar breakfast dulu dan pukul 08.30am terus menuju ke klinik prof,alhamdulillah tak sesat kali ni dan senang parking,Bila sampai je klinik pukul 9am,Ya Allah banyaknyaaaa kasuuuttt!!!masuk2 je dalam tu takde tempat duduk,semua couple duk sibuk main HP.Aku terus tanya nurse kat kaunter tu "cik,saya nak jumpa puan Rohana" . Nurse : "Puan rohana keluar sekejap ,boleh tunggu depan bilik dia dulu".Sambil menunggu tu pergi toilet dulu..hihi..bila keluar toilet puan rohana pun dah ada.Sebenarnya tak tanya pun nurse tu puan rohana ke tak,main agak jer.
Aku ada insurans prudential untuk buat laparascopic ni..yang mana tak de insurans tu boleh buat bayaran cash dan prosedur dilakukan diklinik jugak.Nasib la insurans dah ambil siap2.just tunggu date untuk laparascopic jer yang dah diberi oleh puan rohana.
Nasib la aku datang klinik awal,so takde la sesak sangat nak menunggu giliran jumpa puan rohana.Dalam 15 minit je jumpa set date.Kalau lewat ,takut pesakit yang dalam klinik tu dah habis jumpa doc mesti nak jumpa puan rohana set tarikh.Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
TUKAR NAMA TNB
Pukul 09.30am aku menuju ke TNB petaling jaya,semuanya aku dah standby untuk pertukaran nama.Sampai jer sana,ingat ramai la..Rupanya ada 2-3 orang jer.Alhamdulillah.Maybe bill sekarang semua online jer.Tu yang tak ramai,yang ramai kat bahagian kiost bayaran bill jer.
Beratur kat kaunter untuk semakan dokumen,Semua lengkap dan dapat nombor giliran,terus panggil ke kaunter untuk urusan tukar nama.
Dokumen yang di perlukan
1)Salinan S&P
2)Salinan KP (depan belakang)
3)Borang permohonan(print online)
4)Setem hasil RM10(1 keping)
5)Bil elektrik terkini
Ni sahaja yang di perlukan,Acctually aku standby setem hasil 2 keping,sebab duk baca blog orang,Dulu 2 keping sebab 1 lagi tampal dekat surat aku janji,tapi surat tu dia tak ambil.Jadi guna sekeping jela tampal kat borang permohonan.
Pembayaran RM173.20
RM170(deposit)
RM3.20 (GST)
PEMBATALAN HAKMILIK DALAM GERAN MOTOR
Gambar ehsan dari encik google
Dah habis urusan TNB ,aku menuju ke JPJ petaling jaya.Sampai je kat sana,aku terus ke kaunter pertanyaan/nombor ,tunjuk geran dan cakap nak buat pembatalan hakmilik dan aku pun bagi geran,dia semak apa ntah dalam PC,aku risau jugak sebab tak pernah renew insurans dan roadtax selama 3 tahun ni..hehehe.Masa pergi sana pun still tak renew jugak sebenarnya..Lepastu dia terus COP kat Hakmilik aeon credit service "DIBATALKAN" .Dan siap.Sekejap jer urusan tukar hakmilik ni.
Dokumen yang diperlukan
1)Surat pembatalan hakmilik dari Aeon
2)Geran
Rujuk kat sini yer CARA AMBIL GERAN DI AEON CREDIT
Lepas dah setle semua dalam pukul 11am,husband ajak aku pergi aeon baru di shah alam,apa lagi shopping la kasut,seluar ngan pakaian dalam.hihih..pukul 2 lepas makan baru balik rumah.tidoo..ZZzzZzz
Maybe bulan 12 nanti aku akan update tentang rawatan kesuburan seterusnya memandangkan aku tak buat apa2 rawatan dah,cuma berbekam dan mengurut jer.Harap blog ni tak la berhabuk jer,Lepasni aku akan kongsikan pengalaman beli rumah pulak.InsyaAllah.
x pe, slow & steady...we can only plan, but Allah's plan is the best :-)
ReplyDelete