background

18 December 2015

PRE IVF 2 (PUBLIC HOLIDAY)

Assalamualaikum..





Pagi ni aku call klinik reproduktif untuk temujanji pada hari ini kerana semalam(17/12/2015)seperti jangkaan aku,period telah turun.Jadi hari ini adalah hari ke-2.

Disebabkan public holiday minggu depan panjang iaitu 24, 25 ,(khamis, jumaat) beserta sabtu ahad(4hari)  jadi klinik tak berani nak buat IVF,takut tak dapat nak kawal ubat nanti bila jatuh pada public holiday...kalau IUI boleh laa buat..Aku baru nk check rahim aku ni samada cyst kecut ataupun tak hasil dari makan pil perancang ni..kadang2 lupa jugak makan dalam 2-3 jam skip..huhu..

Aku kena tunggu next cycle tahun depan bulan satu.Dijangka kan period aku bulan depan pada 13/1/2016.kebetulan pulak 14/1/2016 adalah aniversary aku..harap-harap Allah permudahkan segala urusan aku.aminn...Kalau ada rezeki tak kemana.

08 December 2015

GERAN KERETA DAN MOTOR

Assalamualaikum

Hari ini aku uruskan geran je.Sebab nak renew roadtax dan insurans senang sikit kan.sebelum ni renew dengan agen je..tapi nombor enjin ngan chasis asyik salah jer..

Cara ambil geran kereta di affin bank

Pertama sekali aku buka lama web affin dan ajukan pertanyaan mengenai bagaimana untuk ambil geran kereta tetapi masih belum selesaikan pinjaman kereta.


Then,dia call dan balas email aku,mengatakan boleh ambil geran atas tujuan renew roadtax dan insuran.Jadi dia email kan aku 1 SURAT KUASA yang patut di isi.Selepas isi form berkenaan,aku kena hantar kembali ke affin bank untuk procced.Hantar melalui email(scan),FAX atau pos.Aku hantar melalui email time tu jugak.Geran aku sebenarnya ada di affin SS2 tapi aku nak ambil di PJ state.Kos penghantaran dari SS2 kePJ state adalah RM10.60(GST)

Beberapa minit lepas tu email di balas dan mengatakan email aku telah di hantar ke affin SS2 dan PJ state untuk urusan selanjutnya.1jam kemudian affin dari SS2 call aku mengatakan Geran asal akan di hantar esok dan waktu tengahari dah boleh ambil.Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pengambilan Geran.Tetapi Hak milik yang tertera masih milik affin bank,kena tunggu habis bayar baru boleh tukar hak milik dekat JPJ.


Cara ambil geran motor dan surat pembatalan hak milik di Aeon Credit service

Mula-mula aku call kedai yang tempat aku beli dulu (selesai pinjam) dan dia menyatakan geran tiada di kedai nya kerana aku tak pernah renew roadtax dan insurans.oppsss...heheh.Lupa okay..asyik tangguh2 je..Nah dah 3 tahun masa berlalu tak pernah renew insurans..


Jadi geran aku ada di aeon credit HQ,aku pun call aeon dan dia menyatakan boleh terus datang ambil je dengan membawa IC untuk pengesahan.Disebabkan office husband berdekatan HQ aeon iaitu di menara olympia raja chulan , aku nak suruh dia je yang ambil tapi memerlukan surat kuasa wakil.Aku sertakan salinan IC sekali untuk rujukan pihak Aeon.Takut pulak ada masalah lain.jadi standby jela.Alhamdulillah geran dah dapat.Jangan lupa korang kena ambil sekali surat pembatalan hak milik.Nanti kena buat pertukaran dekat JPJ.Dan sebelum buat pertukaran aku kena renew Roadtax/Insuran dulu.

Bawah ni contoh surat kuasa wakil yang aku karang.



NAMA PEMILIK
ALAMAT PEMILIK

TARIKH

AEON
MENARA OLYMPIA (TKT 28)
NO 8 JALAN RAJA CHULAN
50200 KUALA LUMPUR

TUAN,
KEBENARAN UNTUK MENGAMBIL GERAN DAN SURAT PEMBATALAN HAK MILIK

SAYA NAMA .......... (K/P) PEMILIK MOTORSIKAL JENIS MOTOR.......... DENGAN  NOMBOR PENDAFTARAN .................... MEWAKILKAN SUAMI SAYA NAMA...............  (K/P )UNTUK MENGAMBIL GERAN DAN SURAT PEMBATALAN HAK MILIK.
TUJUAN GERAN DI AMBIL ADALAH KERANA  TELAH MENYELESAIKAN SEMUA PINJAMAN  DENGAN AEON CREDIT SERVICE.DI SINI SAYA SERTAKAN SALINAN KAD PENGENALAN UNTUK RUJUKAN PIHAK TUAN.
DI HARAPKAN PIHAK TUAN MEMBENARKAN SUAMI SAYA UNTUK MENGAMBIL GERAN DAN SURAT PEMBATALAN HAK MILIK  DAN SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

YANG BENAR,

 



(NAMA)


K/P


Dokumen yang perlu di bawa
1)Salinan IC
2)Surat kuasa wakil

Dokumen yang akan di perolehi dari AEON
1)Geran asal
2)Surat pembatalan hak milik 

Bawah ni adalah link untuk :

Cara-cara buat pembatalan hak milik di JPJ

23 November 2015

PRE IVF 1 (OVARIAN CYST)

Assalamualaikum

Bulan ni period aku lewat dua hari..sepatutnya 18hb tapi 20hb(petang) baru turun..jadi 20hb jatuh pada hari jumaat.Aku call klinik reproduktif dan memberitahu aku mungkin akan period pada hari sabtu..(masa tu belum turun period lagi)..dan nurse tu beritahu kalau period sabtu,isnin call balik pukul 8.30 untuk set appoiment dan boleh datang pada waktu yang sama..

23/11/2015 (Isnin)
Aku call klinik pukul 8.30am..dan nurse akan call semula untuk mereka maklumkan kepada dr nuguelis(ivf).Alhamdulillah Dr nuguelis ada pada hari ini untuk proceed appoiment.Apoiment aku pada pukul 9am.Sebenarnya nurse suruh datang pukul 10.30.Tapi sementara nak tunggu doktor datang,mestilah nak scan dulu..jadi aku datang awal sikit..Semasa scan tu, die beritahu pernah ada cyst ke sebelum ni..aku cakap belum pernah..berdebar-debar tunggu Dr.nuguelis..Harap2 xde la apa2 penyakit dalam rahim aku ni..




11am - Aku jumpa Dr Nuguelis,dan doktor mengatakan aku ada cyst di sebelah ovari kiri.Ni cyst biasa bukan berpenyakit.mungkin sebab bulan lepas ovum aku tak keluar dan tak mengecut.

Jadi IVF aku terpaksa di tangguhkan ke next cycle period,Dr beritahu ada cara lain iaitu dengan mengambil pil perancang Marvelon ,Haa..aku ni punya laa susah nak preggy,Dr suruh telan pil perancang pulak..Aku pun tanya kalau ambil pil perancang period makin lambat ke?huhu..kalau boleh aku tak nak tangguh lama..tapi Dr cakap period akan makin cepat dalam 2-3 hari normal period.Tapi mengikut kiraan aku untuk next period sama je keluar nya nanti.Dalam 17/12/2015.Cuma bila telan pil marvelon ni aku tak ada waktu ovulasi,dinding rahim akan nipis,dan ada sekatan untuk sperm berenang sebab mukus bertukar.Kemungkinan period aku akan datang akan sikit sebab dinding rahim nipis.Apa2 yang terbaik aku akan buat.InsyaAllah.

Jadi aku pun ambil keputusan dan setuju dengan cadangan Dr.Dr menyuruh ambil ubat di sebelah bilik dia (LPPKN klinik) tapi malangnya nurse yang jaga klinik tu tak ada.Die meeting kat LPPKN.sepatutnya Dr suruh makan ubat tu malam ni jugak.setiap 12 jam.jangan miss.Jadi aku beli ubat ni dekat farmasi luar sajalah.Harga Rm14.50(21 biji).Nanti aku update lagi ye berkenaan ovarian cyst.Sama ada mengecut atau pun tidak..sebenarnya aku lupa nak tanya saiz cyst aku ni.huhu..Aku hanya merancang tapi perancangan Allah lebih terbaik.Jadi Bulan ni tiada IVF.Tunggu next update bulan disember nanti eh..










Antara 4 Faktor Utama adalah  :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.






3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.

Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.




4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.





Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai  fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.

6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.


Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 
 Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Antara Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant
GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.

-GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO.  Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural. 

-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?

Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau 'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu

The best memang la olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.

Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan  gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Becareful of that.

Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.

Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.



17 November 2015

PLAN A,B,C DAN ..............





Assalamualaikum..

Berbalik pada tajuk tu agak-agak faham tak apa aku nak bagitau..kita hanya merancang,tapi Allah adalah perancang terbaik untuk hambaNYA..

Sebelum aku decide nak buat IVF ni banyak jugak laa berfikir mana yang lebih bagus untuk aku memandangkan aku pun tak tau apa penyakit aku(unexplained infertility)

Kat bawah ni adalah plan-plan aku untuk TTC..Bak kata doktor dekat forum yang aku attend 15hb haritu,dia bgtw jangan mengharapkan IVF sepenuhnya..kalau boleh rancanglah alternatif lain untuk dapat anak jugak..nanti kecewa,marah dan tertekan..yang ni memang selalu berlaku..jadi aku percaya pada Qada dan Qadar Allah yang sudah di tentukan sejak aku dalam perut lagi..Aku hanya berdoa kepada ALLAH.semoga terbuka pintu rezeki aku ni...


PLAN A:
IVF.Jika tidak berjaya dan masih tiada rezeki...

PLAN B:
Laparoscopy..Yang ni aku dah book dekat klinik dr hamid arshad dan appoiment nya adalah pada bulan 5/2016.

PLAN C :
Selepas laparoscopy membetulkan rahim(retroverted uterus) dan pembersihan rahim,aku akan try secara normal mengikut nasihat doktor,kalau 3 bulan,3bulan laa aku try normal..

PLAN D :
Jika secara normal pun masih tidak berjaya,aku akan buat IVF lagi sekali .Jika frozen embryo aku masih ada dan dalam keadaan baik,aku akan proceed frozen embryo transfer(FET).Jika tiada, aku akan proceed IVF seperti prosedur biasa.

PLAN E :
Beserah kepada Allah..Usaha dan tawakal..ALLAH MAHA PENCIPTA.DIA yang mencipta aku jadi dia adalah perancang terbaik untuk aku,ada hikmah DIA memberi rezeki lambat kepada aku.REDHA..

PLAN F :
Mungkin Anak angkat..Sebenarnya sekarang pun aku sedang mencari anak angkat,kalau aku mengandung sekalipun, Jika Allah dah pilih aku untuk menjaga anak angkat ,aku akan buat untuk jaga amanah ALLAH..

Haaa...banyak tak PLAN aku..ni tak tahu la berapa tahun punya plan ni..Mana la tau korang dapat inspirasi dari plan-plan yang aku buat kat atas ni kan..

15 November 2015

UPDATE - FERTILITY FORUM PPUM







Assalamualaikum,

Hari ini 15/11/2015 ada talk/forum yang di adakan di PPUM.Boleh tengok post aku before ni..Aku attend forum ni bersama hubby aku..Yang best nya forum ni FREE!!rugi siapa yang tak datang..hihih..xpe ada rezeki di lain hari boleh datang kalau ppum buat lagi forum cenggini..

Pukul 8.30am pendaftaran
Pukul 9.00am start forum

1st talk by Dr Aizura Safinaz
Stimulation and Patient Managment.
Ringkasan : Jika pesakit datang dan bersetuju untuk melakukan IVF,pesakit tersebut haruslah tahu bahawa IVF ni mempunyai banyak peringkat dan perlu selalu datang untuk pemantauan telur,pesakit yang terlalu banyak alasan seperti ada meeting dan sebagainya di anggap sebagai tidak membantu diri sendiri.Ini kerana Dr dan staff hanya ingin membantu,jika pesakit tak nak membantu diri sendiri bagaimana Dr tersebut nak bantu..betul tak??Jadi nak buat IVF ni yang paling penting adalah kerjasama dari wife,husband dan staff yang terlibat.Jangan nak mengharapkan wife..Husband pun perlu la luangkan masa jugak..Wife ni dah korban kan masa,tenaga,wang ringgit..Work together.InsyaAllah...

2nd talk by Dr Nuguelis
Egg Pickup and Embryo Transfer
Ringkasan : Selepas pesakit di beri ubat untuk merangsang telur , telur akan di pantau dan Dr perlukan telur yang banyak untuk melakukan IVF.Normal cycle telur hanya akan mengeluarkan 1 sahaja.Telur banyak dan matang adalah bagus tetapi jika berlaku OHSS ,IVF terpaksa di berhentikan.
Di ppum sangat bagus kerana mereka melakukan ICSI (peluang lebih cerah)iaitu menyuntik 1 sperma ke dalam 1 ovum dan kaedah ini percuma apabila mereka memastikan ovum dan sperm tidak bercantum melalui kaedah IVF iaitu melepaskan jutaan sperma ke arah 1 ovum,separuh dilakukan IVF dan separuh di lakukan ICSI.Kalau di hospital lain, untuk melakukan ICSI mereka perlu menambah duit,tetapi tidak di PPUM.Dr cakap umur paling sesuai untuk melakukan IVF adalah 28 tahun.

3nd talk by Prof Jaafar
Fertilization and development of human embryos in laboratory dishes
Ringkasan : Banyak bercerita tentang sejarah2 IVF dan cara embryo di hasilkan melalui kaedah IVF dan ICSI.Tentang KOS IVF pulak mereka anggarkan ubat RM5000 dan Makmal RM5830 Jadi sesiapa yang nak buat IVF ni kena standby RM10,000 .Dan lagi  1 berita gembira kepada kawan2 ku yang tidak cukup duit ,sudah berumur jangan risau kerana Bank Islam menyediakan kemudahan kewangan iaitu  kad kredit 0 interest untuk pesakit di PPUM bagi sesiapa yang tidak berkemampuan nak kumpul segedebuk rm10,000.Kalau nampak kat gambar bawah ni dalam bulat hitam ada tulis tentang pembiayaan dari Bank Islam.Boleh Zoommm...




Sepanjang talk tu ada kuiz dan aku salah seorang yang dapat hadiah..Alhamdulillah.Dan yang penting mereka menyediakan makanan untuk tengahari.Talk ni dah la free,siap dapat hadiah dan makan lagi..Next time boleh pergi lagi kalau ada rezeki..InsyaAllah.Terima Kasih kepada Team reproduktif PPUM kerana menganjurkan program seperti ini..Sekarang ni aku tengah tnggu period untuk lakukan IVF.InsyaAllah sepatutnya 18hb ni period.So lagi 3 hari laa...










10 November 2015

FERTILITY FORUM PPUM






Assalamualaikum,

PPUM ada buat talk untuk kesuburan,kepada sesiapa yang berminat boleh terus telefon nombor yang tertera.yang penting FREE.

15 November 2015
Daftar 8.30am
Masa :9am-11pm
Bertempat di Kompleks Wanita dan Kanak-kanak tingkat 7

Event ni masih banyak lagi kosong,sebab orang luar tak tahu sangat..jadi siapa2 yang nak pg boleh telefon terus.



01 November 2015

TTC PERSEDIAAN IVF - FOLIC ACID

Assalamualaikum

Bermula harini aku dah start makan folic acid di sebabkan aku nak buat IVF, insyaAllah tengah/akhir bulan ni.Doa-doakan apa yang aku rancang berjaya.4 hari lepas aku ada tengak MHI dan tetamu jemputan adalah DR NUGU dari PPUM dan bercerita tentang IVF. Kebetulan pulak kan. Masa tu dia bawa pesakit dia dengan dua orang anak kembar berusia 10 bulan gugurl hasil IVF yang di lakukan.Pesakit ni sebenarnya dah dua kali preggy tapi keduanya di luar rahim dan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk buang kedua-dua belah tiub.Walaupun xde tiub tapi kilang telur masih boleh berfungsi,fungsi tiub tu hanyalah untuk pertemuan ovum dan sperm sahaja.

Jadi DR NUGU ni suggest sekiranya ingin melakukan IVF atau merancang untuk ada anak seterusnya, kenalah makan acid folic ni 3 bulan sebelum mengandung untuk elak kecacatan pada bayi dalam kandungan kerana acid folid ni tujuan nya bukanlah ubat kesuburan tetapi ia di perlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh.Ia penting dalam membina DNA yang baru dan memperbaiki DNA yang rosak dalam sel.Oleh itu folic asid sangat di perlukan di dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru.Jika si ibu kekurangan folic asid dalam rahim ,kemungkinan kesihatan bayi akan terjejas.

Doktor PPUM pun pernah bagitau aku semasa aku melakukan IUI sebelum ni, tapi aku lupa pulak pasal acid folic ni kena makan jika nak preggy.Tapi tak pe masih belum terlambat walaupun start makan sebulan sebelum IVF.Aku hanya merancang Allah yang menentukan.Harap apa yang di rancang menjadi.Amin...Nantikan update aku tentang IVF , ubat, bayaran ,dan prosuder yang perlu dilakukan.Sama-sama berkongsi ilmu di dunia Blog.insyaAllah.

24 October 2015

TTC PERSEDIAAN IVF - KACIP FATIMAH


Assalamualaikum

24/10/2015 - Kawan aku telah beli kan aku Living active kacip fatimah phyto plus capsule ni untuk aku makan.Baru je die whatsapp aku, lepas aku update pasal nenas.

Katanya untuk pembersihan rahim dan aku akan ambil kacip ni lepas period aku habis.sekarang masih belum start.

Katanya, dulu die pernah gugur dan after 2 month die pregnant balik lepas makan kacip ni, Ramai jugak kawan2 die yang amalkan kacip ni lepas gugur tak sampai 3 bulan pregnant balik.Jom kita tengok kebaikan kacip fatimah ni.

Lagi satu yang aku pernah aku google .Dr zubaidi haji ahmad pun suggest makan ubat ni di laman sesawang dia.


EKSTRAK KACIP FATIMAH (EKF) 


Keluaran UTM adalah bersih, terjamin dan halal kerana UTM mempunyai makmal sendiri di mana kajian saintifik telah dilakukan oleh penyelidik UTM dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM. 
Ia adalah ekstrak (pati) 100%, bukan seperti kebanyakan keluaran lain yang menggunakan serbuk batang kayu.


Harga RM90


Kebaikan Ekstrak Kacip Fatimah:

1.Mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang sudah lama tidak datang haid atau kitaran haid yang tidak teratur.
2.Mengurangkan keputihan atau lendiran dari faraj yang melampau
3.Merawat kecederaan dan mengecutkan Rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran
4.Menambah kecergasan dan tenaga selepas bersalin
5.Menambah tenaga dan syahwat semasa hubungan intim bersama suami
6.Melancarkan proses kelahiran bayi (diambil pada minggu kehamilan ke-38)
7.Melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot
8.Merangsang pengeluaran hormone untuk melancarkan perjalanan darah dan kitaran haid sekaligus mengurangkan sakit senggugut
9.Mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin
10.Mengurangkan risiko ‘turun rahim’ atau prolapse
11.Mengurangkan masalah menopause seperti rasa panas, kekeringan, dan mood yang tidak menentu



  • Ia mengandungi 60 kapsul untuk kegunaan dua bulan
  • Ia perlu diambil sebiji sehari
  • Jika kurang berkesan boleh diambil sebanyak 2 kapsul sehari
  • Harus dimakan bersama segelas air suam
  • Membaca bismillah dan berdoa
  • Ambil setiap hari KECUALI ketika haid dan hamil.

Kacip Fatimah Phyto Plus contains the highest quality of standardized and purified extract of Kacip Fatimah water soluble extract. Kacip Fatimah extract is extracted from the whole plant of Kacip Fatimah (Labisia pumila). Each capsule contains standardized amount of active ingredient, which has been formulated based on the best scientific knowledge available to enhance the beneficial effects of the Kacip Fatimah extract. 

23 October 2015

TTC PERSEDIAAN IVF - NENAS



Assalamualaikum..

22/10/2015 (Khamis)
Seperti yang dijangka period kunjung tiba..

Aku dan suami dah membuat perbincangan akan melakukan IVF pada 18/11/2015(maybe CD1 period)

Baru-baru ni aku ada jumpa kawan kat wad bersalin, bersembang punya bersembang, dia ada bgtw pasal anak angkat,dan kesuburan.

Dia ada bagitahu sorang pesakit ni dah buat rawatan IVF tapi tak berjaya, tak silap aku lebih kurang 4 tahun usia perkahwinan. Dan ada orang bagitaw pesakit untuk makan buah nenas ketika period.Dia pun memang cuba dan next cycle memang period tak turun dan terus pregnant.Alhamdulillah.Rezeki dia..


Jadi atas nasihat kawan aku tu, aku pun cuba la makan buat nenas bermula CD1, mana la tahu tak sempat IVF tetiba pregnant, rezeki Allah yang bagi, kita merancang je..


Sebelum ni sepupu aku suruh aku minum air kelapa fresh tanpa ais semasa period, tapi aku cuba 1 cycle je, tak sambung pun.Sebab aku nak cuba nenas pulak cycle kali ni.Nenas ni mybe la akan keluarkan darah2 yang tersimpan dalam rahim tu,Lagi 1 nenas ni kan tajam dan khasiat tinggi,maybe boleh mencuci rahim sekali.(ni anggapan aku je).


Kebanyakkan yang ber TTC mesti akan update suplement untuk persediaan IVF dan aku pulak tak tau nak makan suplement ape, lagipun husband aku memang tak bagi sangat aku ambil suplement yang pelik2.huhu..jadi terpaksa la ikut.Buah2an ni kalo aku suggest memang dia bagi makan, 100% setuju.Apa yang terbaik bagi dia terbaik jugak bagi aku.




10 KHASIAT NENAS


Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan nenas:
1. Buah-buahan ini bertindak seperti pencernaan semulajadi anti-radang. Ia mengandungi sulfur yang membantu dalam penghadaman.
2.  Bromelain dalam nenas segar  membantu dalam mengurangkan bengkak dalam keadaan radang seperti gout, artritis, sakit tekak dan sinusitis akut. Masa pemulihan bagi pembedahan dan kecederaan juga dapat dikurangkan.
3.  Enzim dalam nenas digunakan untuk merawat artritis reumatoid.
Ia juga mempercepatkan pembaikan tisu yang berkaitan dengan pembedahan am, ulser kecederaan dan diabetes.
4. Buah ini juga dapat mengurangkan pembekuan darah dan membantu dalam membuang plak daripada dinding arteri.
5.  Orang yang menderita dari angina boleh memakan nenas kerana ia meningkatkan peredaran darah dalam arteri yang sempit juga.
6.  Nenas juga digunakan untuk menyembuhkan jangkitan tekak dan bronkitis.
7.  Buah-buahan ini sangat berkesan dalam merawat anemia dan arteriosklerosis.
8.  Ia adalah  toner  yang baik untuk kulit.
9.    Nenas membantu dalam membina tulang yang sihat.
10. Kerana  nenas kaya dengan vitamin C, ia adalah baik untuk kesihatan mulut. Ia juga mengurangkan penyakit periodontal dan gingivitis gigi.

01 October 2015

LAPAROSCOPY VS IVF




LAPAROSCOPY


IVF

Assalamualaikum semua..
Dah lama rasanya xmenaip dan tak jenguk2 blog aku ni..last bulan feb aritu..sebab xde apa2 nak di ceritakan.Ok kali ni aku nekad nak teruskan rawatan balik, cuma agak keliru rawatan apa yang aku perlu lakukan pada kali.

Hari ni 1/10/2015

9am-Call klinik dr hamid arshat untuk buat temujanji pertama .B4 ni follow up dekat PPUM.tapi disebabkan ramai dah berjaya preggy bila pg klinik dr hamid,so aku pun nak try.mana tau rezeki kali ni.Aku cuma usaha,yang lain Allah yang tentukan.

No telefon klinik dr hamid arshat
03-20945262
03-20945800
03-20941115
016-3676298(SN siti bahitih)whatsapp

Acctually aku da start call klinik ni 2-3 hari yang lepas tapi xpickup,mungkin kebizian yang melampau disebabkan klinik ni memang popular dan di tambah pula dengan dr dan staff yang baik2....ni aku banyak membaca di blog2 orang lain laa..

Bila tak dapat call aku pun cuba laa whatsapp staff nurse yang tertera di blog dr hamid.dan masih tak berjawab.mungkin ramai sangat whatsapp sampai xterjawab.

Dan pagi tadi akhirnya berjawab jugak.hihi..alhamdulillah.Dan aku kalo boleh nak set appoiment ASAP.tapi appoiment ASAP adalah tahun depan bulan 5.Mak ai,gile ramai yang pg klinik DR hamid  ni.dulu tahun 2013 aku pernah call,tapi xde la sampai macam ni sekali.huhu..boleh je dapat tarikh awal..tapi tahun ni...haishh..xtw nak cakap.

Aku nak follow up kat klinik di sebabkan nak buat operation je,laparoscopy.untuk betulkan rahim dan tengok kot2 ada yang menghalang laluan sperm ker.Sebab aku tak pernah langsung rasa untuk mengandung.dan hampir 4 tahun.sedih sangat bila dengar kawan dan saudara kawin tapi dah preggy..masing2 ada rezeki masing2.Kat PPUM atau mana2 hospital memang xsuggest buat OP sebab bila doc tanya pasal period pain,aku jawab biasa jer..xsakit sangat dan xdela sampai nak ambil ubat tahan sakit.biasa2 jer.

9.30am-Call ppum dan tanya tentang harga untuk proceed IVF.disebabkan aku ni staff  PPUM,dan pernah jalani rawatan kat sana dan pernah buat IUI 2x.tapi masih tidak berjaya.Aku tanya harga untuk IVF di PPUM,(before ni pernah tanya)RM10k kena standby walaupun staff.Kali ni aku tanya staff nurse memberitahu hanya rm4k..dan segala ubatan PERCUMA.

Ada kawan aku bagitahu yang PPUM ada buat diskaun untuk Staff yang xde anak untuk buat rawatan IVF.Alhamdulillah seronok sangat bile dengar.

Alhamdulillah.rezeki..dapat harga murah untuk staff..

Sekarang aku dah buntu rawatan mana yang nak dijalankan.sampai tak boleh tidur,fikir punya fikir aku rasa nak proceed untuk IVF dulu memandangkan appoitment untuk klinik dr hamid lambat lagi.nampaknya kena standby rm5k la..huhu..insyaAllah ada rezki.

No tel klinik reproduktif PPUM
03-79492336
kompleks wanita dan kanak-kanak tingkat 4


02 February 2015

RAWATAN ISLAM DI MELAKA

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah. .selesai jumpa ustaz rohimi

31/1/15
Dari kg rembau ke melaka.
Aku tidur di rembau 1 malam jer.Saja singah sana dah alang2 cuti kan

1/2/15
12pm-Chek in wanariverside hotel.Hotel ni best sbb dekat dengan sungai melaka..naik cruise pun depan hotel ni jer..

5pm-Jalan sekitar dataran pahlawan, naik beca , naik menara taming sari , muzium samudera kat kapal besar tu..

9pm-Dinner kat dutch harbour cafe..betul2 tepi sg melaka.sangat best uollss

2/2/15

8am-Buffet breakfast kat hotel..macam2 aku sumbat dlm perut ni haaa..kenyang gilosss

11am-Bertolak ke pusat perubatan islam.Tempat rawatan tu ada 2 acctually..satu di masjid tanah dan satu lagi di duyong

Mula2 aku pg ke masjid tanah..dekat 1jam jugak la dari  banda hilir..rupanya tutup..kecewa taw..then kol ustaz tu dan pembantunya angkat..

Aku pun terus ke duyong ..jam 4 ptg br sampai..padahal dari bandabhilir ke duyong tu 15minit jer..klo tw terus ke duyong jer..sbb pembantu tu bg alamat masjid tanah jer..lgpun mmg nk ke alor gajah..so ontheway lalu laa..

4pm-Masa sampai tu yaAllah ramainya orang..tapi nasib baik kebanyakkan nya dah nk habis rawatan..tgu jugak la dlm 1 jam

5pm-Mula rawatan..ustaz tu tny tak banyak pun..then die suruh pembantu die tengok aku ada gangguan ke x..klo ada buang dulu..dan aku memang ad gangguan...Alhamdulillah telah dibuang..dia cakap klo aku berjaya mengandung aku orang ke 104 berjaya.

Kebetulan tengah buat rawatan ada sorang akak ni br datang nk buat rawatan untuk anak..die pun baring ngn anak sekali sebelah katil aku..tapi anak asyik nangis je xnak..last2 mak buat rawatan..terkejut aku tetiba jin rasuk die..mmg kuat gile die..sampai koyak bju pembantu die..tak sempat pgg akak tu lg da meracau..Aku terus pindah katil laa..hihi

Alhamdulillah lps akak tu muntah dan sedar jin tu da xde kot..sbb elok je tengok die..die xtw ape jadi sampai bju orang tu die koyakkan pun tak sedar..die gelak jer..nasib baju bundle org tu ckp..kikiki..macam2

Cara rawatan ni susah nk diterangkan..korang kena pg dan rasa sendiri

Nama :Ustaz Rahim/rohimi
No tel:016-6451080
Alamat:Duyong dan masjid tanah(better call dulu tanya alamat)tak ingat
Waktu operasi:
Isnin - Khamis 2ptg-12mlm
Sabtu & Ahad 10pg-12mlm
Jumaat - Cuti

Apa2 perubahan aku inform yer..

18 January 2015

RAWATAN SUSULAN PPUM


Assalamualaikum

Sekarang rasa macam nak sambung rawatan Gynae kat PPUM selepas hampir 5 bulan tak buat apa2 rawatan.

Bukan menyerah dan beserah tapi saja nak rehatkan diri tanpa fikir apa2..Still akan berusaha jugak..kalo tak usaha mana boleh dapat kan..

InsyaAllah bulan 3/4 akan sambung untuk rawatan IVF di PPUM.Dah tanya nurse kos rawatan IVF anggaran 10k ke bawah..guuulllppp..tapi xpe..duit boleh cari..

17 January 2015

KERETA AXIA

ASSALAMULAIKUM

Lamanye tak update blog..cuma nak beritahu kereta Axia dah dapat..yeay!!

Aku dapat kereta Axia pada 15/12/2014.Dapat jer kereta Axia ni terus gerak ke melaka atas urusan kerja.Bawa kereta jenjalan jap!!

19/12/14
Bawa kereta jenjalan balik kampung pulak..ramai  saudara2 yang berkenan dengan kereta tu..balik kampung ke parit buntar minyak RM30 jer tw..memang betul2 save..tapi kena ada pemanduan ECO laa..baru jimat minyak..

Cakap pasal kereta Axia masa menunggu dalam 2 1/2 bulan jugak laa..nasib booking awal..Lepas buat bayaran deposit RM3000 pada bulan 11,bulan 12 terus kereta keluar..sebab book pada bulan 9 masa Axia mula2 keluar dulu..

Bulanan kereta ni RM352 selama 9 tahun.Murah kan...hihih

Pendapat aku tentang Axia as a women..memang best la sbb jimat minyak dan kereta kecil senang nak parking..hihi