background

25 January 2016

IVF ET





Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai embryo transfer (ET) hari ni..

Jam 9am aku da sampai..sebab nurse suruh datang time tu..rupanya prosedur start pukul 10..still sama harini 3 pesakit buat ET,orang yang sama buat OPU.

Aku orang ke 2.Dan sangat la takut..sebab before ni pernah buat IUI 2x ,kali pertama sangat la sakit..kali ke 2 xsakit sgt..

Dan ET kali ni ingat sakit mcm IUI yg 1st tu..rupanya tak sakit pun..

Sebelum masuk kena minum air masak  penuhkan blader..bila masuk doc terangkan tentang embryo.Embryo aku ada 7,(2 embryo sangat tua,1 embryo sangat  muda) tapi still buat IVF DAN ICSI,tidak fertilize.U alls taw kan yang PPUM memang akan buat dua2 ni IVF dan ICSI .Tiada caj tambahan okay.Seboleh2nya PPUM memang nak membantu.ICSI ni peluang lebih cerah.

Lagi 4 embryo(1 embryo jadi 6 cell dan 3 embryo jadi 4 cell),jadi yang di masukkan dalam rahim aku adalah 2 embryo yang 6 cell dan 4 cell.

Lagi 2 embryo jika dah jadi late blastocyst hari rabu ni akan di freeze..kos freeze adalah percuma untuk tahun pertama.Untuk tahun seterusnya maybe dalam lingkungan RM1k.Nanti aku buat blood test baru doc akan inform sama ada embryo aku di freeze atau pun tidak.





Before ET mmg doc tunjuk embryo..comel je bulat2..masa masuk dalam rahim pun doc tunjuk jugak.mmg jelas nampak..Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku sepanjang IVF ni..Apa pun jadi aku redha,sebab aku dah usaha yang lain aku serah kepada Allah maha pencipta.Dia tahu yang terbaik untuk aku..


Hari ni start makan Duphaston 1 biji 3x sehari ,aku ikut masa yang sama masukkan utrogestan melalui vaginal.senang nak arrange kan.

Jangan lupa amalkan zikir..Ya khaliq(maha pencipta),Ya bariq(maha merancang),Ya musawwir(Maha pembentuk)

MC aku dapat 5 hari..yeay..bedrest dan jangan stress..

22 January 2016

IVF OPU





Assalamualaikum

Hari ni adalah hari untuk OPU(ovum pickup) pukul 9am aku dah sampai ppum,dan prosedur aku pukul 11am..

Disebabkan masih ada masa lagi,aku teman hubby breakfast dulu,aku puasa sbb nk buat prosedur ni kena puasa dari 11pm semalam..

Pukul 10.15 husband kna bagi sample nya..dan dia kena pg buat pembayaran IVF di jabatan pembangunan perniagaan tingkat 5 menara timur.

Aku pulak kna standby untuk prosedur pukul 10.30..Before aku ada 2 pesakit yang dah selesai OPU.
Doc nk set line kat tgn tapi kiri kanan tgn aku urat tak timbul..dah cucuk buka blik cari kt tmpt lain..last2 cucuk kat tepi tangan..Doc tu siap ckp awak tak sakit ke..bagusnya..memang tahan sakit ni..hihi..sakit jugak sebenarnya..tapi tahan..

Pukul 11 start dan diberi ubat bius.Aku sedar time OPU tu..sampai nangis2 duk blik OT tu..xtau kenapa ubat tu tak jln..smpai nurse bagi lagi ubat bius..Maybe ubat bius tu dah habis,aku dapat rasa sakit tu time  2 OPU yang terakhir..

Alhamdulillah telur yang dapat di keluarkan 7 semuanya..Diorang ingat dapat sikit je..alhamdulilah..

Kesan ubat bius tu pening je,jalan pun huyu hayang..suami kena pimpin..Pastu sekarang sakit macam period pain kat rahim..bergerak pun kena slow..

Hari isnin(25/1/15) transfer embryo..Harap2 semua embryo menjadi..amin..Hari ni dapat MC 3hari..Nanti Isnin sambung lagiMC.InsyaAllah

Hari ni start masukkan utrogestan melalui vaginal,aku yang tentukan masa sendiri,janji kena setiap 8 jam.2biji 3x sehari
6.30am
2.30pm
10.30pm


kos IVF/ICSI(ppum staff)
RM4134
kos IVF/ICSI(orang awam)
RM5134

Tunggu update aku nanti ye,InsyaAllah

20 January 2016

IVF PART 3

Assalamualaikum..


Hari ni 20hb/1(Rabu) appoiment dengan doktor nuguelis..Hasil dari scan telur makin membesar.Tapi tadi aku tak jumpa dr nuguelis pun,sebab dr nugu ada prosedur,dia datang pukul 11am.Yang aku pulak pukul 8.30am dah datang dan orang pertama pulak tu.Excited ok..

Dr yang attend aku adalah chinese girl, dia beritahu aku dah boleh start IVF pada hari jumaat ni(22/01/2016) pukul 11am.Wa...takutnya rasa bila pk kan kena pergi OT.Sepatutnya pukul 10am,tapi pada hari yang sama doc dah ada pesakit lain yang telurnya lebih besar dari aku.

Ubat yang dibekalkan hari ni adalah


Menopur 150IU 
Disuntik pada pukul 5pm (hari ni)


Ovidrel 250mg
Disuntik pada pukul 11pm (hari ni)
Ubat untuk ovulasi dalam 36 jam


Utrogestan 2 minggu
Diambil pada hari OPU 22/01/2016(2biji setiap 8jam sekali)melalui vaginal
Ubat untuk kuatkan rahim


Duphaston 2 minggu
Akan di beritahu kemudian selepas Embryo transfer
Ubat untuk kuatkan rahim

Alhamdulillah dah takde sesi cuck mencucuk lagi.Hari ni pun tadi ada ambil darah estrogen.
Then nurse ada beritahu tentang puasa tengah malam pada hari khamis 21/1/2016 (11pm).
Dan datang klinik pada pukul 9am 22/1/2016 masih puasa jugak .
Pastu kena bagi sample suami.Masuk OT dalam pukul 1030am.
Dan prosedur aku nanti pukul 11am.Payment untuk IVF ni diorang terima cash sahaja.Diorang suruh standby dalam RM5500.

Perunding RM15
Scan RM20
Menopur RM160
Ovidrel 250mg RM85
Utrogestan RM100.80
Duphaston RM110
Ujian darah Oestradiol RM20
TOTAL RM510.80

Okay..tunggu update aku pada hari jumaat ni eh..Doakan semoga segalanya berjalan lancar.aminn..

18 January 2016

IVF PART 2

Assalamualaikum

Yaa..ya..Hari ini temujanji aku dengan doktor nuguelis.Pukul 8.30 aku dah ada kat klinik reproduktif..Disebabkan before ni nurse dah bagi slip hijau(untuk pembayaran) jadi aku tak pergi ke tingkat 4 terus,aku ke tingkat 2 dulu untuk urusan pembayaran(Cop percuma) baru terus naik tingkat 4 (klinik reproduktif).Tak payah nak ulang alik kan..sampai kaunter kat klinik terus dapat nombor je untuk scan.

Hasil dari scan, sonographer cakap "ubat yang di beri memberi kesan yang baik dan telur berkembang dengan baik".Alhamdulillah.

Yang aku nampak kat screen paling besar telur aku sebelah kanan 13mm dengan 8-9 telur,dan sebelah kiri 8-9 telur jugak.Saiz kedua2 telur ni lebih kurang sama..lingkungan 10-12mm.

Dr nuguelis pun panggil aku,dan menyatakan "telur awak cantik dan saya akan tambah dose lagi 2 hari.Jadi next appoiment awak adalah pada hari rabu pukul 0830am untuk scan rahim".

Dah setle, dapat time sleep dan terus ke Pharm UMMC di menara utama untuk dapatkan ubat.

Menopur 150IU (18hb/19hb) @ 08.00pm (4 botol)
Orgalutran 0.25mg 3pcs (18hb/19hb/20hb) 11.00am

P/S:Korang jangan lupa bawa cooler bag ye tiap kali appoiment.Nanti nak letak ubat senang.tak de nak bli 2-3 kali.



syringe with needle


Bila aku balik rumah,masa nak masukkan ubat dalam peti ais,aku baru perasan yang syringe with needle dah habis.Yang ada hanya unigloves needle saja.Itupun memang ngam2 dua pcs.Terpaksa suruh hubby aku beli kat farmasi,nasib baik ada dan hanya RM2 je..Sepatutnya nurse PPUM yang kena bagi,maybe dia pun lupa macam aku.kihkih..

Perundingan RM15
Ultrasound RM20
Menopur 150IU RM320
Orgalutran 3pcs RM390
TOTAL RM745

Jadi tunggu next update aku pada 20hb ni(Rabu) untuk next appoiment.

13 January 2016

IVF PERTAMAKU 2016 PPUM

Assalamualaikum

Belum lambat lagi kan aku nak ucapkan selamat tahun baru semua.Semoga tahun ni memberi seribu makna untuk aku dan husband,tak lupa jugak kepada semua yang sedang ber TTC.Semoga kita di kurniakan zuriat.Amin....

Harini tepat 13/01/2016 menurut jangkaan aku period turun..Jadi aku dah buat appoiment pada hari ini.Acctually period aku turun 11/01/2016,cuma staff PPUM cakap kena tunggu merah dulu baru declare hari pertama period.

Jadi appoiment aku pada pukul 9am ,daftar macam biasa dekat klinik reproduktif tingkat 4, ambil cop percuma di kaunter bayaran tingkat 2 dan naik semula untuk vaginal scan.

Semasa scan aku banyak berdoa supaya Allah permudahkan kali ni untuk aku melakukan IVF memandangkan 2x tak boleh lakukan IVF.Aku pun tanya la ada cyst ker,Dia cakap macam ada kat sebelah kiri,tapi tak berapa nampak,(yang ni aku pun tak pasti masih ada lagi ke tak).Dan sonographer tu jugak bagitahu,tak sure boleh proceed IVF ke tak sebab doktor nuguelis tak ada nanti.

Bila aku jumpa doktor nuguelis,Alhamdulillah boleh proceed IVF.Dan aku dibekalkan ubat.Ubat harus di suntik start 13/1-17/1(5hari)



  • MENOPUR 150 IU DI CUCUK SELAMA 5 HARI @ 8.00PM
  1. Menopur ni ada 10 botol dalam 1 kotak, 1 botol = 75 IU, Jadi untuk aku guna 2 botol = 150IU 
  2. Ubat ni untuk merangsang pengeluaran telur yang banyak dan pembesaran telur yang matang.
  • ORGALUTRAN 0.25MG DI CUCUK PADA HARI KE 5 (11.00AM)
  1. Ubat ni aku dapat 1 je untuk 17/1.Dan hari isnin 18/1 kena datang semula untuk ambil ubat ni dan suntik lagi.
  2. Ubat ni Antagonist untuk elak dari telur pecah.
Ubat2 ni mestilah di simpan di dalam peti ais bahagian bawah ye..Masa beli ubat ni farmasi akan bagi ais sekali.Dan cooler bag aku beli dekat reproduktif klinik .Sampai je rumah terus masukkan dalam peti ais.

Start hari ni sesi cucuk mencucuk.pukul 8.00pm .Macam biasa laa husband ni penakut betul nak cucuk.. hadoi terpaksa laa buat sensorang..

Next appoiment aku dengan doktor adalah pada hari isnin(18/01/2016) untuk scan tgk hasil dari ubat yang di suntik ni.


Perundingan RM15
Ultrasound RM20
Menopur (10 botol=RM800)
Orgalutran 1pcs RM130
Cooler bag RM20
TOTAL  RM985

Bawah ni video cara untuk suntik menopur dan orgalutran..memang sama dengan video yang aku tengok dekat ppum.