Belum lambat lagi kan aku nak ucapkan selamat tahun baru semua.Semoga tahun ni memberi seribu makna untuk aku dan husband,tak lupa jugak kepada semua yang sedang ber TTC.Semoga kita di kurniakan zuriat.Amin....
Harini tepat 13/01/2016 menurut jangkaan aku period turun..Jadi aku dah buat appoiment pada hari ini.Acctually period aku turun 11/01/2016,cuma staff PPUM cakap kena tunggu merah dulu baru declare hari pertama period.
Jadi appoiment aku pada pukul 9am ,daftar macam biasa dekat klinik reproduktif tingkat 4, ambil cop percuma di kaunter bayaran tingkat 2 dan naik semula untuk vaginal scan.
Semasa scan aku banyak berdoa supaya Allah permudahkan kali ni untuk aku melakukan IVF memandangkan 2x tak boleh lakukan IVF.Aku pun tanya la ada cyst ker,Dia cakap macam ada kat sebelah kiri,tapi tak berapa nampak,(yang ni aku pun tak pasti masih ada lagi ke tak).Dan sonographer tu jugak bagitahu,tak sure boleh proceed IVF ke tak sebab doktor nuguelis tak ada nanti.
Bila aku jumpa doktor nuguelis,Alhamdulillah boleh proceed IVF.Dan aku dibekalkan ubat.Ubat harus di suntik start 13/1-17/1(5hari)
- MENOPUR 150 IU DI CUCUK SELAMA 5 HARI @ 8.00PM
- Menopur ni ada 10 botol dalam 1 kotak, 1 botol = 75 IU, Jadi untuk aku guna 2 botol = 150IU
- Ubat ni untuk merangsang pengeluaran telur yang banyak dan pembesaran telur yang matang.
- ORGALUTRAN 0.25MG DI CUCUK PADA HARI KE 5 (11.00AM)
- Ubat ni aku dapat 1 je untuk 17/1.Dan hari isnin 18/1 kena datang semula untuk ambil ubat ni dan suntik lagi.
- Ubat ni Antagonist untuk elak dari telur pecah.
Start hari ni sesi cucuk mencucuk.pukul 8.00pm .Macam biasa laa husband ni penakut betul nak cucuk.. hadoi terpaksa laa buat sensorang..
Next appoiment aku dengan doktor adalah pada hari isnin(18/01/2016) untuk scan tgk hasil dari ubat yang di suntik ni.
Perundingan RM15
Ultrasound RM20
Menopur (10 botol=RM800)
Orgalutran 1pcs RM130
Cooler bag RM20
TOTAL RM985
Bawah ni video cara untuk suntik menopur dan orgalutran..memang sama dengan video yang aku tengok dekat ppum.
Sy puan TTCians, dah 3tahun 3bulan. Sy gerun lah tengok syringe ni. Ha3...mmg takut jarum. Macamana yer? Tu le yg takut nak pergi buat rawatan macamni...huhu~
ReplyDeleteRegards,
SNM_Yana Afi Mohamed
heheh..pastu awak ada buat apa2 rawatan kesuburan tak?Jangan takut syringe..wanita ni dilahirkan kuat tw..thats why boleh beranak..So,awak mesti kuat untuk nak dapatkan baby..saya memang tak pk ape dah..takut memang taku..tapi tetap kena buat..sebab kita je boleh kawal takut tu..InsyaAllah..semoga awak kuat..
DeleteSalam Puan, berapa lama perlu lawat hospital sebelum proceed ivf?
ReplyDeleteuntuk lakukan ivf bergantung kpd doktor jugak..dia suggest klo cuku duit blh je proceed..
Deletetotal berapa harga di ppum utk IVF?
ReplyDelete