background

22 January 2016

IVF OPU





Assalamualaikum

Hari ni adalah hari untuk OPU(ovum pickup) pukul 9am aku dah sampai ppum,dan prosedur aku pukul 11am..

Disebabkan masih ada masa lagi,aku teman hubby breakfast dulu,aku puasa sbb nk buat prosedur ni kena puasa dari 11pm semalam..

Pukul 10.15 husband kna bagi sample nya..dan dia kena pg buat pembayaran IVF di jabatan pembangunan perniagaan tingkat 5 menara timur.

Aku pulak kna standby untuk prosedur pukul 10.30..Before aku ada 2 pesakit yang dah selesai OPU.
Doc nk set line kat tgn tapi kiri kanan tgn aku urat tak timbul..dah cucuk buka blik cari kt tmpt lain..last2 cucuk kat tepi tangan..Doc tu siap ckp awak tak sakit ke..bagusnya..memang tahan sakit ni..hihi..sakit jugak sebenarnya..tapi tahan..

Pukul 11 start dan diberi ubat bius.Aku sedar time OPU tu..sampai nangis2 duk blik OT tu..xtau kenapa ubat tu tak jln..smpai nurse bagi lagi ubat bius..Maybe ubat bius tu dah habis,aku dapat rasa sakit tu time  2 OPU yang terakhir..

Alhamdulillah telur yang dapat di keluarkan 7 semuanya..Diorang ingat dapat sikit je..alhamdulilah..

Kesan ubat bius tu pening je,jalan pun huyu hayang..suami kena pimpin..Pastu sekarang sakit macam period pain kat rahim..bergerak pun kena slow..

Hari isnin(25/1/15) transfer embryo..Harap2 semua embryo menjadi..amin..Hari ni dapat MC 3hari..Nanti Isnin sambung lagiMC.InsyaAllah

Hari ni start masukkan utrogestan melalui vaginal,aku yang tentukan masa sendiri,janji kena setiap 8 jam.2biji 3x sehari
6.30am
2.30pm
10.30pm


kos IVF/ICSI(ppum staff)
RM4134
kos IVF/ICSI(orang awam)
RM5134

Tunggu update aku nanti ye,InsyaAllah

8 comments:

  1. berapa anggaran keseluruhan kos ehhh sampai prosedur ivf tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni kos untuk saya RM6374.80 .Tapi bergantung pada ubat,kalau banyak makin bertambah kos.macam saya 7 hari inject ubat.Pastu kos IVF RM5000++.Kena standby dalam rm10k jugak la.Maybe akan ada lebih nanti.hihi..standby jer..

      Delete
  2. All the best dear...smg Allah permudahkan...

    ReplyDelete
  3. Hi, saya nak tanya, masa prosedur mmg dorang tak tidokan ke? Just bagi ubat bius?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply,dah lama tak buka blog..Masa prosedur mmg tidur je,tapi ada jugak sedar2.ubat tu diorang masukkan kat line yang diorang suntik kat tangan.

      Delete