background

20 January 2016

IVF PART 3

Assalamualaikum..


Hari ni 20hb/1(Rabu) appoiment dengan doktor nuguelis..Hasil dari scan telur makin membesar.Tapi tadi aku tak jumpa dr nuguelis pun,sebab dr nugu ada prosedur,dia datang pukul 11am.Yang aku pulak pukul 8.30am dah datang dan orang pertama pulak tu.Excited ok..

Dr yang attend aku adalah chinese girl, dia beritahu aku dah boleh start IVF pada hari jumaat ni(22/01/2016) pukul 11am.Wa...takutnya rasa bila pk kan kena pergi OT.Sepatutnya pukul 10am,tapi pada hari yang sama doc dah ada pesakit lain yang telurnya lebih besar dari aku.

Ubat yang dibekalkan hari ni adalah


Menopur 150IU 
Disuntik pada pukul 5pm (hari ni)


Ovidrel 250mg
Disuntik pada pukul 11pm (hari ni)
Ubat untuk ovulasi dalam 36 jam


Utrogestan 2 minggu
Diambil pada hari OPU 22/01/2016(2biji setiap 8jam sekali)melalui vaginal
Ubat untuk kuatkan rahim


Duphaston 2 minggu
Akan di beritahu kemudian selepas Embryo transfer
Ubat untuk kuatkan rahim

Alhamdulillah dah takde sesi cuck mencucuk lagi.Hari ni pun tadi ada ambil darah estrogen.
Then nurse ada beritahu tentang puasa tengah malam pada hari khamis 21/1/2016 (11pm).
Dan datang klinik pada pukul 9am 22/1/2016 masih puasa jugak .
Pastu kena bagi sample suami.Masuk OT dalam pukul 1030am.
Dan prosedur aku nanti pukul 11am.Payment untuk IVF ni diorang terima cash sahaja.Diorang suruh standby dalam RM5500.

Perunding RM15
Scan RM20
Menopur RM160
Ovidrel 250mg RM85
Utrogestan RM100.80
Duphaston RM110
Ujian darah Oestradiol RM20
TOTAL RM510.80

Okay..tunggu update aku pada hari jumaat ni eh..Doakan semoga segalanya berjalan lancar.aminn..

No comments:

Post a Comment