background

28 February 2016

BEKAM @ HIJAMA

Assalamualaikum

27 FEB 2016


Semalam pukul 8pm aku ada buat rawatan bekam.Rasa ringan sikit  badan ni lepas berbekam.

Acctually ni 1st time aku berbekam,untuk kesuburan.Mula2 tu rasa agak sakit sebab nak tekap kat badan kan..macam kena cubit.lepastu dah ok rasa.

Aku berbekam 1 badan termasuk area  rahim tapi area rahim darah malu2 nak keluar.Tapi kat belakang badan banyak jugak darah kotor yang keluar.InsyaAllah dalam bulan depan aku nak buat lagi,sebab akak ni suggest buat 3kali berturut dalam masa 3 bulan means 1 bulan 1 kali la..

Husband aku pun ada buat jugak tapi separuh jalan tetiba dia pitam sebab tak makan lagi dari pagi..adeiii...Husband aku ni kalau buat kerja tak makan pun xpe..Kan da kena bebel dengan abang yang buat bekam tu..hahah..Next time husband aku kena prepare kan diri betul2.tak boleh letih.

Lepas berbekam ni makan kena pantang sikit,tak boleh makan benda gatal2 dan kicap.Banyak minum air masak.Pagi ni rasa letih sikit badan dan sakit kat area belakang sebab luka jarum.Aku letak ubat gamat je nak bagi sembuh luka kat belakang tuh.Maybe kalau jaga betul2 luka tu akan sembuh dalam masa 1 minggu.Tapi tak la sakit sangat cuma rasa macam kebas jer..Korang jangan takut pulak berbekam,untuk kesihatan jugak dan sunnah gitu..haaaa...

Ok2 yang mana nak berbekam tu boleh contack i Luv BekamHarga sangat berpatutan.Dah la datang rumah,tak caj transpot pulak tu.1 cup harga RM5 sahaja.Dia akan cek tekanan darah dan kencing manis.Yang ni caj RM10.Minimun cup kena 10 cup.Semalam aku buat 22 cup.Diorang cover seluruh area selangor dan Kuala lumpur.Yang buat bekam ni suami isteri,Suami full time dan isteri hanya sabtu dan ahad sahaja.Kena appoiment dulu ye dengan diorang.Semoga tulisan kali ni bermanfaat untuk yang membaca.


Mengapa Harus Berbekam???

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...



Tarikh-tarikh afdal berbekam adalah 17,19 dan 21 bulan islam.Ni sunnah rasulullah dan dalam hadis pun ada menyatakan.

  • Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”
  • Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”
  • Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”
  • Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”









26 February 2016

IVF REVIEW & NEXT APPOIMENT

Assalamualaikum..

25/02/2016

Semalam appoimnent dengan Dr nugu,untuk review IVF yang lepas..

Aku period pada 14/02/2016 iaitu 4 hari selepas stop ubat kuat rahim (duphaston dan utrogestan).start 10hb,4 hari period aku coklat2 je...lepas tu macam biasa period aku.Alhamdulillah janji aku period seperti biasa dah syukur sangat..

Hasil dari review:

Doc: U da period?

Aku: Dah doc,14/2/2016

Doc: Normal period?

Aku: Ya doc.

Doc nugu: Masa buat IVF, telur u semua ok ada 7 biji,cuma bila fertilize hanya 4 menjadi.Kalau banyak sangat pun tak ok sebab takut ada effect kat ovary.Dan u tak ada frozen embryo.

Aku: Doc, adakah embryo saya normal?

Doc nugu: Normal, cuma perkembangan lambat sikit laa,sepatutnya Day 3 transfer dah 8 cell.Tapi still normal embryo 4-6cell.

Aku: Doc ada apa-apa cadangan tak?

Doc nugu: Cadangan i ,u kena proceed IVF lagi sekali tapi kena tunggu 3 cycle period.Dan kita akan mix ubat-ubat untuk mencantikkan lagi telur awak.Sperm husband u pun okay,U punya tiub normal tak?

Aku: Normal doc,hasil dari hsg before ni.Tiada yang tersumbat.

Doc nugu: Sekarang awak kena try secara normal dulu dalam 3 cycle ni,sebab kebanyakan yang gagal IVF,akan mengandung dengan sendiri nya.Tapi jika masih tidak berjaya boleh call balik la untuk appoiment.Jangan lupa folic asid.

Aku:Doc,masa saya buat IVF ada 2 orang lagi yang buat IVF, ada yang berjaya tak?

Doc nugu:Ada seorang tapi baru keguguran.

Aku:Oh yeke doc,xpela masing2 tak ada rezeki.Ok doc Tq ya..

Haaa..Itula dialog kami..kihkihhh...



12/02/2016

Aku call klinik dr hamid arshad untuk tukarkan tarikh appoiment aku dari 10/5/2016 ke 19/3/2016.Alhamdulillah di permudahkan,tapi klinik yang akan aku datang ni bukan dekat damansara tempat biasa tu tapi di Kompleks YJN bukit jalil, Branch baru Dr hamid arshad.

Jadi 19/3/2016 nanti aku akan update semula ye..


AZAM 2016

Azam tahun ni untuk dapat anak je.Kalau boleh tak nak umur 30 tahun baru nak usaha.Biarlah masa muda ni aku rasa kesakitan untuk perolehi zuriat.Janji aku usaha.Nanti dah lebih 30 tahun menyesal aku tak buat masa muda dulu.Aku kahwin 2012 dan 1 tahun 3 bulan kahwin (umur 25 tahun-2013) pun aku dah start jalani rawatan kesuburan sehingga sekarang.Cuma tak pernah la lalui operation,laparoscopy..Cuma IUI 2x (2013,2014) dan IVF 1x (2016).Walau macam mana pun rezeki dari Allah..Allah maha mengetahui apa yang di usahakan dan suka orang yang berusaha.Harap segalanya berhasil..amin..Usaha,usaha,usaha....

10 February 2016

IVF BLOOD TEST RESULT

Assalamualaikum..

Hari ni appoiment untuk blood test,harini hari ke 17 selepas ET..Acctually semalam pagi lepas bangun tidur aku ada buat UPT tapi negetif..

Dari hari ke 10 selepas ET aku rasa nak period tapi tak keluar2 pun..lepastu kejap aku solat kejap tak solat sebab aku keliru period ke ape ni..

Dalam waktu tu jugak aku mengalami batuk2 yang sangat teruk..Sejak aku masukkan ubat utrogestan memang aku akan pakai panty liner,takut ubat tu lekat kt panties kan,sepanjang 10 hari lepas ET panty liner aku putih je keluar ubat tu balik..tapi lepas 10 hari panty liner aku ni coklat2 cair..bkn macam period tu tapi mcm air kencing..bila bau bukan air kencing pun..keliru..kadang2 nampak coklat2 period tapi campur dengan ubat sekali..

Tadi buat blood test pukul 8:30 pagi..dan result nya pada pukul 3pm..

Masa menunggu tu aku macam da agak tak pregnant,sebab upt negetif,breast tak sakit,simptom pun xde..then before ambil darah aku tanya ada frozen embryo tak?nurse cakap xde...huaaa...sedih sangat taw..dia kata xpe kita tgk result yang ni nanti..

So pukul 3 pun aku kol klinik balik..dan hasilnya negetif..memang dah agak...dah la frozen embryo tak ada..aku tak tanya pulak dengan dua pesakit yang buat ivf dengan aku tu..dah sedih sangat,tapi tak nangis..biasa time solat baru aku akan nangis,rasa air mata ni dah tak boleh nak keluar..aku redha dengan keputusan ni..ada yang lagi hebat ujian dari aku yang tak seberapa ni..

Aku kena teruskan jugak untuk proceed Laparoscopy untuk betulkan rahim dengan doc hamid arshad bulan 5 ni..

Untuk next appoiment dengan PPUM pada 25/2 ni untuk review IVF yang aku buat..nak tau permasalahan la kot...

Sampai sekarang belum period..last ubat aku masukkan pukul 2 td,bila stop ubat ni mybe baru akan period..sebab masa IUI pun macam tu,kena stop ubat..masa IUI dua kali aku period dalam masa 12 hari..tapi masa tu upt positif..

Sakit ketepikan demi untuk mendapatkan anak dari syurga ni..Ya Allah kuatkan iman aku untuk menerima segala ujian dari Mu..Jauhkan aku dari terpesong dari agamu Mu..sesungguhnya aku insan yang lemah.....




03 February 2016

IVF 2WW

Assalamualaikum

2WW???huarghhh...
Aku punya 2WW ni rasa macam 2bulan okay..

Actually masa 2 hari lepas ET pun dah rasa macam 2minggu.Yang pertama sebab MC kan dapat 5 hari,Lepas tu kena bedrest,langsung tak boleh nak buat kerja berat.Dah la aku sensorang kat rumah.Dah rasa macam lemau semacam.tidur,tidur.tidur....

Kalau sebelum ni 2 minggu tu rasa macam 2 hari sebab kita tak menunggu apa2 pun,pg kerja balik kerja tetiba dah sabtu ahad.tetiba dah gaji.masa berlalu pantas.

Tapi bukanlah untuk 2WW after ET ni okay..baru rasa macam mana orang lain rasa.Penantian satu penyiksaan..

Sepanjang MC 5 hari ni aku memang tak masak langsung,hari isnin(ET) tu aku dah order makanan dari EZDIET.untuk 5 hari punya bekalan sampai jumaat.Juz panaskan dalam microwave je..makanan yang aku order adalah breakfast,lunch,dinner.Lagipun makanan berkhasiat,memang sesuai la untuk yang nak pregnant ni.



Pastu air masak memang standby selalu kat dalam botol sebelah tilam aku baring tu,Doc cakap kena banyak minum air masak.Avoid kaffein,tea.

Kadang2 boring buka jugak PC update blog atau pun layan drama2 yang tertinggal.

Hari ahad 31 jan aku dah start kerja,macam biasa kena naik motor,husband aku ni kalau bawa motor selalu langgar lubang,risau jugak rahim ada gegaran kan..Aku redha dengan apa jua keputusan.

Aku nak cerita,dulu mak kawan aku beranak kat dia,dan serik tak nak beranak dah.tup tup Allah bagi rezeki dia mengandung lagi,Pelbagai cara dia buat untuk gugurkan kandungan,makan nenas,tebu,semua benda lah dia buat nak gugurkan,tapi tetap tak jadi.Kuasa Allah kan..Last2 beranak jugak,anak lelaki.dah sepasang.

Kita yang jenis terlalu jaga kandungan  ni belum tentu akan menjadi dan selamat.semua kuasa dan kehendak Allah.Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Acctually hari ni baru hari ke 10 selepas ET,dan hari ni rasa macam nak period..sebab ms kencing tadi keluar darah mcm benang kat ubat2 yang vaginal insert .Pastu ptg td pun sama,kat panty ada coklat2..mmg xsyak lagi period..Cuma kena tunggu esok lusa baru tau period ke tak..huhuu..blood test 10hb..baru tadi pg ambil ubat sebab ubat nak habis..Kalo kali ni tak jadi aku nak proceed FET,itupun kalo embryo sebelum ni menjadi..

Jadi banyakkan berdoa,Jangan time senang lupa Allah,time susah baru nak ingat.semoga kita semua di bawah lindungan Nya..Aminn..


SEDIKIT RINGKASAN PERJALANAN IVF 2016

11 JAN - PERIOD(BROWN)
13 JAN - PERIOD(RED)
13 JAN - 20 JAN- SUNTIKAN MENOPUR 150IU
17 JAN - 20 JAN- SUNTIKAN ORGALUTRAN 0.25MG
20 JAN - SUNTIKAN OVIDREL
21 JAN - MALAM PUASA
22 JAN - OPU DAN COLLECT SPERM (UTROGESTAN STARTED) 7 OVUM PICKUP
25 JAN - ET -4 EMBRYO SUCCESS (DUPHASTON STARTED)
25 JAN - 7 FEB - 2WW
03 FEB - SPOTTING/PERIOD 
10 FEB - BLOOD TEST HCG

SEPANJANG 2WW

25 JAN - 29 JAN - BEDREST(TIDUR/MAKAN/SOLAT)
30 JAN - TENGOK WAYANG JER.TAK JENJALAN SANGAT
31 JAN TILL NOW - START KERJA DAN TIME NI DAH TAK BERAPA NAK JAGA.SEBAB TERLALU SIBUK.DAN MENGALAMI BATUK2.