background

26 February 2016

IVF REVIEW & NEXT APPOIMENT

Assalamualaikum..

25/02/2016

Semalam appoimnent dengan Dr nugu,untuk review IVF yang lepas..

Aku period pada 14/02/2016 iaitu 4 hari selepas stop ubat kuat rahim (duphaston dan utrogestan).start 10hb,4 hari period aku coklat2 je...lepas tu macam biasa period aku.Alhamdulillah janji aku period seperti biasa dah syukur sangat..

Hasil dari review:

Doc: U da period?

Aku: Dah doc,14/2/2016

Doc: Normal period?

Aku: Ya doc.

Doc nugu: Masa buat IVF, telur u semua ok ada 7 biji,cuma bila fertilize hanya 4 menjadi.Kalau banyak sangat pun tak ok sebab takut ada effect kat ovary.Dan u tak ada frozen embryo.

Aku: Doc, adakah embryo saya normal?

Doc nugu: Normal, cuma perkembangan lambat sikit laa,sepatutnya Day 3 transfer dah 8 cell.Tapi still normal embryo 4-6cell.

Aku: Doc ada apa-apa cadangan tak?

Doc nugu: Cadangan i ,u kena proceed IVF lagi sekali tapi kena tunggu 3 cycle period.Dan kita akan mix ubat-ubat untuk mencantikkan lagi telur awak.Sperm husband u pun okay,U punya tiub normal tak?

Aku: Normal doc,hasil dari hsg before ni.Tiada yang tersumbat.

Doc nugu: Sekarang awak kena try secara normal dulu dalam 3 cycle ni,sebab kebanyakan yang gagal IVF,akan mengandung dengan sendiri nya.Tapi jika masih tidak berjaya boleh call balik la untuk appoiment.Jangan lupa folic asid.

Aku:Doc,masa saya buat IVF ada 2 orang lagi yang buat IVF, ada yang berjaya tak?

Doc nugu:Ada seorang tapi baru keguguran.

Aku:Oh yeke doc,xpela masing2 tak ada rezeki.Ok doc Tq ya..

Haaa..Itula dialog kami..kihkihhh...



12/02/2016

Aku call klinik dr hamid arshad untuk tukarkan tarikh appoiment aku dari 10/5/2016 ke 19/3/2016.Alhamdulillah di permudahkan,tapi klinik yang akan aku datang ni bukan dekat damansara tempat biasa tu tapi di Kompleks YJN bukit jalil, Branch baru Dr hamid arshad.

Jadi 19/3/2016 nanti aku akan update semula ye..


AZAM 2016

Azam tahun ni untuk dapat anak je.Kalau boleh tak nak umur 30 tahun baru nak usaha.Biarlah masa muda ni aku rasa kesakitan untuk perolehi zuriat.Janji aku usaha.Nanti dah lebih 30 tahun menyesal aku tak buat masa muda dulu.Aku kahwin 2012 dan 1 tahun 3 bulan kahwin (umur 25 tahun-2013) pun aku dah start jalani rawatan kesuburan sehingga sekarang.Cuma tak pernah la lalui operation,laparoscopy..Cuma IUI 2x (2013,2014) dan IVF 1x (2016).Walau macam mana pun rezeki dari Allah..Allah maha mengetahui apa yang di usahakan dan suka orang yang berusaha.Harap segalanya berhasil..amin..Usaha,usaha,usaha....

No comments:

Post a Comment