background

10 February 2016

IVF BLOOD TEST RESULT

Assalamualaikum..

Hari ni appoiment untuk blood test,harini hari ke 17 selepas ET..Acctually semalam pagi lepas bangun tidur aku ada buat UPT tapi negetif..

Dari hari ke 10 selepas ET aku rasa nak period tapi tak keluar2 pun..lepastu kejap aku solat kejap tak solat sebab aku keliru period ke ape ni..

Dalam waktu tu jugak aku mengalami batuk2 yang sangat teruk..Sejak aku masukkan ubat utrogestan memang aku akan pakai panty liner,takut ubat tu lekat kt panties kan,sepanjang 10 hari lepas ET panty liner aku putih je keluar ubat tu balik..tapi lepas 10 hari panty liner aku ni coklat2 cair..bkn macam period tu tapi mcm air kencing..bila bau bukan air kencing pun..keliru..kadang2 nampak coklat2 period tapi campur dengan ubat sekali..

Tadi buat blood test pukul 8:30 pagi..dan result nya pada pukul 3pm..

Masa menunggu tu aku macam da agak tak pregnant,sebab upt negetif,breast tak sakit,simptom pun xde..then before ambil darah aku tanya ada frozen embryo tak?nurse cakap xde...huaaa...sedih sangat taw..dia kata xpe kita tgk result yang ni nanti..

So pukul 3 pun aku kol klinik balik..dan hasilnya negetif..memang dah agak...dah la frozen embryo tak ada..aku tak tanya pulak dengan dua pesakit yang buat ivf dengan aku tu..dah sedih sangat,tapi tak nangis..biasa time solat baru aku akan nangis,rasa air mata ni dah tak boleh nak keluar..aku redha dengan keputusan ni..ada yang lagi hebat ujian dari aku yang tak seberapa ni..

Aku kena teruskan jugak untuk proceed Laparoscopy untuk betulkan rahim dengan doc hamid arshad bulan 5 ni..

Untuk next appoiment dengan PPUM pada 25/2 ni untuk review IVF yang aku buat..nak tau permasalahan la kot...

Sampai sekarang belum period..last ubat aku masukkan pukul 2 td,bila stop ubat ni mybe baru akan period..sebab masa IUI pun macam tu,kena stop ubat..masa IUI dua kali aku period dalam masa 12 hari..tapi masa tu upt positif..

Sakit ketepikan demi untuk mendapatkan anak dari syurga ni..Ya Allah kuatkan iman aku untuk menerima segala ujian dari Mu..Jauhkan aku dari terpesong dari agamu Mu..sesungguhnya aku insan yang lemah.....




1 comment:

  1. hugs ms...Allah has a better plan for u... be strong ya...

    ReplyDelete