background

23 October 2014

Pemasangan NJOI

Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya pasang jugak NJOI kat rumah aku ni..jimat duit weh!! lagipun aku ngan hubby memang tengah mencari ape-ape yang boleh dipotong untuk jimat duit..lepas ni elektrik pulak..sebab bill aku rm100 lepas guna air cond ni..zaman sekarang ni sume kena jimat..lagi2 nk GST ni kn..hmm

Nak tw cara-cara nya..meh aku beritahu step by step..

1-Email atau call astro NJOI..Aku prefer kepada email jimat duit dari call..lagipun pihak astro ni balas cepat email tu..haritu jugak balas..email: wecare@astro.com.my , phone number :  0395438100.
2-By email-masa email tu korang bgtw Nama , no acc astro, no kp, pastu of kos tujuan korang bg email..nanti diorg tak tahu pulak.
3-kat bawah ni balasan email dari pihak astro NJOI untuk aku

Terlebih dahulu, terima kasih kerana meluangkan masa untuk memberikan maklum balas kepada kami. Kami mengucapkan terima kasih diatas minat cik untuk melanggan produk kami Astro NJOI. NJOI adalah perkhidmatan TV satelit langganan percuma pertama Malaysia. Cik boleh menikmati hiburan sepanjang hayat, pembelajaran dan maklumat tanpa sebarang bayaran tambahan. Jika cik ingin memindahkan perkhidmatran Astro yang sedia ada kepada NJOI, ianya adalah percuma dan baki tertunggak (sekiranya ada) perlu diselesaikan sebelum pemindahan dibuat. Proses pemindahan akan dilakukan dalam tempoh 48 jam dari sehari sebelum tarikh kitaran bil yang akan datang. Mengikut semakan pada akaun cik, tarikh kitaran bil adalah setiap 18 hari bulan, ini bermakna proses penukaran kepada Njoi akan berlaku pada 17 hari bulan. Selain itu, cik juga boleh memilih untuk melanggan kepada akaun NJOI yang baru dari hanya RM228 dan RM100 caj pemasangan dikenakan. Sila berikan butiran nombor siri kad pintar dan nombor siri dekoder Astro sedia ada bagi tujuan pendaftaran ke Astro Njoi. Cik perlu pastikan set dalam keadaan baik dan masih lagi berfungsi.


4-Jadi astro aku bertukar la dengan rasmi nya pada 17/10/2014!!orang astro tu tak datang pun rumah aku..cuma die tukar dekat system je kott..
Dan yang paling penting FREE masa nk tukar kepada njoi

Cara-cara nak Topup
  • Wasup/SMS ke no ejen NJOI - 010-7813992.
  • Dia akan minta no smartcard astro 12 digit
  • pastu kita  transfer duit ke dalam akaun bank dia dan automatic ada duit dalam tu..

Cara-cara nak beli siaran
SMS 222<jarak>no smart card astro<jarak>channel code dan hantar ke 33310.

Cara-cara semak baki
SMS 000<jarak>no smart card astro dan hantar ke 33310

BAWAH NI ADA CHANNEL CODE NYA

20 September 2014

Perodua AXIA

Pada 15/9/2014 jam 8:45pm satu kereta keluaran perodua yang ke 10 iaitu AXIA telah di lancarkan oleh timbalan perdana menteri kita..

Aku dengan hubby memang bercadang nak beli kereta memandang kan hubby aku selalu outstation..sampai bile nak pinjam kereta mertua..huhu..

Jadi bile dengar kereta AXIA ni kereta jimat minyak, apa lagi aku pun p serbu PERODUA pada 15/9/2014 di bangsar..masa tu kereta tak dilancarkan lagi..sebab aku excited sangat pagi2 pukul 11 da terpacak depan PERODUA..sepatutnya tak boleh tengok kereta tu lagi selagi tak di lancarkan..tapi nasib sales man tu bagi tengok jugak..yang penting jangan ambil gambar jer..aku n hubby booking kereta terus..tanpa bayaran booking sebab nak tengok loan lulus ke tak..

16/9/2014, aku n hubby pergi lagi sekali PERODUA untuk tengok colour..tapi kali ni di jalan universiti sebelah jalan gasing...dekat dengan Office aku..bile tengok pamplet yang die bg harga lebih murah rm300 dari bangsar..ape lagi terus booking la kat situ dan cancel kat bangsar..hihi..itu la kesannya bile booking sebelum dilancarkan..harga pun tak ditentukan lagi..

Nak dapat kereta ambil masa dalam 2-3 bulan..sebab memang laris sangat kereta ni..sape tak nak kereta jimat minyak dan murah kan!!




18 September 2014

Bertukar ke astro NJOI

Miss p

Alhamdulillah akhirnya dtg jugak period pada 14hb..dan kali ni period pain tak ada..period pulak hari ke 4 da kering..biasanya period dlm 8-9 hari..



Ni pasal astro NJOI..aku bercadang nk tukar sbb astro NJoi ni sekali bayar jer seumur hidup..lgpun murah..kadang2 bukan nak tgk astro sangat pun..tv3 jer..asalkan siaran clear..

Kalau korang pun ada niat nk pasang NJoi ni nanti aku update later..sbb aku pun ngah mencari cara nya..

Aku dah email diorang..email NJOI adalah wecare@astro.com.my atau call 03-95438100..tadi aku call bukan main susah lagi..banyak waiting list kott..so nk sng bg email jer.

Aku ada baca blog kujie2.com  ni pasal cara nak pasang NJOI ni..so korang boleh tengok kat blog die..nanti aku update macam mana caranya kalau berbeza..
Ok bye2

13 September 2014

BLOOD TEST RESULT

Sepatutnya blood test aku pada 10/9 rabu tapi masa tu aku kursus..so aku pospone pada 12/9 jumaat..tapi boleh pulak lupa datang pada hari tu..kalau ikutkan period aku jatuh pada hari jumaat..

Aku call nurse..dan nurse cakap buat test sendiri kat mana2 klinik..asalkan guna ubat uteogestan..jangan miss..kalau habis kena beritahu..

so..aku pun buat blood test dekat kecemasan..dan hasilnya adalah NEGETIF..



Kalau positif result nya mesti kena 5 keatas sampai la beribu2 nombornye..bacaan hcg makin meningkat..

Tapi sampai sekarang aku tak period lagi..aku kena stop ubat kuat rahim kot baru period nak turun..
Lepas ni dah tak tau nak ikhtiar apa..

Mak saudara aku pg Haji..aku harapkan doa die untuk aku di makbulkan kat sana..AMIN..semoga segalanya di permudahkan.

12 September 2014

RAWATAN KESUBURAN 2014

Assalamualaikum

Pada 16/8/2014 bersamaan sabtu aku decide nak sambung treatment di ppum setelah setahun berhenti untuk berehat dan guna ikhtiar lain..

Sepatutunya period aku datang pada 11/8/2014 tapi lewat 6 hari..perasaan aku masa lewat tu berharap sangat pregnant sbb tak pernah lewat before ni..masa lewat tu aku tak beritahu suami pun tkt dia kecewa..tapi die tau jugak sebab tengok aku solat..padahal aku cakap aku period..hihi..kantoi..maybe aku makan pil clomid tanpa arahan dari doktor..dan tak cucuk ubat untuk pecahkan telur pun..maybe telur tu pecah lambat dan membuat kan period aku lambat..mungkinlah...aku pun tak tau..

So next appoiment aku pada18/8/2014 isnin..time ni dah period ke 3..masa kat klinik tu scan tvs dan doc bekalkan clomid 50mg untuk buat iui kali ke 2..

Doc suruh datang 25/8/2014 isnin..untuk scan telur..doc suruh datang awal sbb tgk history aku pada tahun lepas telur cepat besar..masa tvs doc cakap telur aku da matang 3 biji..dah boleh proceed iui..

Aku di beritahu nurse kos iui da naik masa bulan 6 iaitu rm300..aku dibekalkan ovidrel yang aku sendiri kena suntik pada hari rabu 27/8.nurse ajar cara suntik ovidrell dengan betul..aku tengok jela video tu..tkt nye nak buat nnt..beserah jela..

Aku suruh suami aku buat tapi die takut..last2 aku jugak yang kena buat walaupun tersangat la tak berani..huhu..akhirnya berjaya jugak aku..

Hari khamis 29/8 buat iui..sangat la takut..takut jd macam tahun lepas sampai 30 minit iui..
iui aku pukul 9 pagi ..datang pukul 8 pagi nurse suruh ambil sample money dulu..45minit lepas tu datang untuk buat iui..
Kena minum air untuk tengok bladder..jangan kosong..

Masa iui bermula nasib dapat doc perempuan ..tahun lepas lelaki..doc tu baca doa untuk aku.die suruh aku doa banyak2..bagusnya doc ni...die mulakan prosuder.tak sampai 5 minit setle..tapi yang aku pelik die tak guna ultrasound pun untuk tengok bladder dan tiub untuk sperma sampai ke tiub fallopio ke tak...heran aku..tahun lepas guna ultrasound..tapi tak pela janji da setle dan tak sakit sangat..alhamdulillah

Kena datang semula pada 10/9 untuk blood test..

11 September 2014

PASPORT DAN SINGAPORE

Assalamualaikum

Kali ni aku tak cerita pasal kesuburan tapi pasal makan angin pulak..

Pada 31/8/2014 aku telah pergi ke singapore..jln2 dengan family mertua..
Before tu aku nak cerita pasal cara2 buat pasport bagi yang baru tu..

Aku buat pasport dekat UTC PUDURAYA..before pg tu aku dah google pasal nak buat pasport ni..masa datang sana pukul 7 pg..utc buka 8:30..pukul 7:30 da beratur untuk ambil nombor..nombor aku yang ke 54..

Masalah kat aku adalah cap jari yang tak boleh baca..pegi bank pun tak boleh baca..tak pernah boleh baca langsung..yang peliknye pergi kwsp boleh plak baca..padahal kwsp tu nak kuarkn duit beribu riban..aku siap sediakan kp12 lagi untuk cap jari tak boleh baca..hadoi..penat je ke JPN ambil kp12..dah laa jauh..ok..bersambung di UTC..

Bile nak ambil no giliran..aku tanya pegawai kalau cap jari tak boleh baca ape saya kena buat..die cakap ambil kp12..nasib JPN sebelah jer..so sng la..kebetulan pulak ambil no JPN org yg ke 52..nombor  di JPN laju lagi bergerak dari imigresen..di JPN aku buat ic baru sekali..aku tunggu nombor di JPN..husband di imigresen..takut terlepas...hihi..so kp12 pun da dapat..lega sikit

Bile no giliran dah di panggil di imigresen..aku pun keluarkan kp12..tapi pegawai tu tak minta pun..die key-in maklumat dan  suruh tangkap gambar sahaja..pastu pergi buat bayaran dan collect pasport..kiranya boleh baca la cap jari aku..atau aku rase die ambil cap jari aku yang baru kot..sebab masa nak collect pun guna cap jari jugak..sekali touch jer dah ok..alhamdulillah setle bab pasport...

31/8/2014 Singapore

Aku pergi singapore dengan menaiki bas..pakej sekali dengan hotel..aku ambil hotel
amansari..semua telah diuruskan oleh bapa saudara husband aku..

Bertolak pukul 7:30 pg..pastu kena hadap imigresen malaysia dan singapore..sampai universal studio dalam pukul 10:30pg..da sampai tu ape lagi..sesi bergambar la..


10 September 2014

RAWATAN ISLAM

MENGURUT

Salam semua..Selepas aku decide tak nak continue treatment..aku try berurut plak dengan sorang mak cik ni..namanye cik adik..hihi..glamor gitu namanye..mak cik ni pandai perubatan islam sekali..so buat dua2 skali la..Aku berurut dengan makcik tu 3 hari berturut2 sebanyak 2 kali..kali ke2 mandi limau untuk buang jin..ada menyinggah la kot kt badan aku ni..Tapi itu ikthiar je..masih belum ada rezeki..macam2 produk dah aku makan..contohnya..

Pati delima gulsan
Susu kambing asli
Shaklee
Jus qaseh
Buah zuriat

RAWATAN ISLAM PAKAR SARAF

Selepas berurut tidak berjaya aku cuba jumpa pakar saraf.
Dekat kelana jaya..
Doc ni sangat soft spoken..then die tny aku sakit ape..jwpn nye sukar dpt anak..
Pembantu die cek tekanan darah, berat badan, tinggi..die ckp lemak aku banyak..kna diet sikit..
Pastu cek saraf2 yg kr tangan..yg ada kena mengena dengan rahim..die cek guna 1 jarum elektrik kot..aku pun xtw..die sentuh saraf2..kt bahagian mana yang dia sentuh tu, sakit kat situ la penyakit kite..tapi masa sentuh dengan jarum tu ada kiraan nya..

Pastu die ckp rahim sebelah kiri problem..tak tau la tiub ke rahim ke..

Die bagi ubat homopathy..ubat ni manis dan kacil2..mcm biji sagu..isap jer..
Cara mkn ubat ni sangat renyuh susah.sb kna makan setiap 15 minit sebanyak 3 kali..pastu sehari 2 kali makan..faham tak? Hihi...maknanya waktu pagi before makan kna isap ubat pertama selepas 15 min isap lg pastu 15 minit isap lg..klo ubat tu 7 jenis..kna isap 7 laa..




Kos nye dalam 200++..harga ubat yang mahal tu..kos consultasi Rm70 jer..aku pg sekali jer..lepas tu tak pg dah...pastu aku sambung rawatan ppum.

Yang mn nk pg tu klinik ni dkt belakang KJMC..

H-G-7 Pusat komersial parklane, jalan SS7/26 Kelana Jaya, 47301 Petalin Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel/HP: 03-78872872 / 016-9976946 masa rawatan:- isnin - jumaat ( 9.00am - 10.00pm) sabtu ( 10.00am - 10.00pm) ahad ( cuti ) (SEMUA PESAKIT PERLU MEMBUAT TEMUJANJI UNTUK MEMBUAT RAWATAN)

Dr zaim ni blh berubat macam2 jenis penyakit..ape2 blh call klinik die dan tanya la ape yang patut.

08 September 2014

IUI dan Blood test HCG result

Next appoiment aku dekat klinik reproduktif di kompleks wanita & kanak2 tingkat 4 Pada 11/6/2013 untuk tengok perkembangan telur

IUI 
13/6/2013

Bila aku dah telan pil clomid tu..doktor scan telur pada cd10 dan telur aku membesar dengan jayanya..iaitu 17-20mm..12/6/2013 aku kna cucuk ovidrell untuk pecahkan telur..nurse yang cucuk kan..esoknya pulak pukul 3:30 ptg buat iui..nurse suruh bersama malam tu..untuk elak dari terlepas waktu ovulasi..

Masa hari iui..doktor suruh minum air masak sebanyak yang boleh untuk tgk pundi kencing penuh..nanti masa buat iui doktor scan melalui perut..30minit tau aku buat iui..tersangat la sakit!! Sakit dari hsg..maybe rahim aku kebelakang dan susah untuk masukkan tiub supaya tiub dekat ngan tiub fallopio..

Bile dah setle doc bekalkan ubat utrogestan untuk kuatkan rahim..dan tebalkan dinding rahim..kena guna ubat ni start 13/6/2013..tarikh sama buat iui.setiap pukul 8pagi dan 8malam..selama 2minggu

Then doc soh datang balik untuk blood test pregnant  2 minggu lg..

After 2week
27/6/2013

Aku pun datang klinik reproduktif di kwkk tkt 4 untuk ambil darah..dan keputusannya NEGETIF...huargh!! Sedih ms tu tau..tapi relax jela..dah belum sampai rezeki lagi



Lepas tu aku tak proceed dah jumpa doktor..doktor soh datang selepas bulan ramadhan untuk continue treatment..tapi mmg tak pegi la..nak try ikhtiar lain pulak..

Kos iui pada tahun 2013

Clomid 50mg-*free
Utrogestan -Rm1.80 sebiji * free
Ovidrel-rm100++ *free
Iui-rm100-*claim

So total free la..gov servant


07 September 2014

RAWATAN KESUBURAN 2013

Assalamualaikum. .

Bulan 4/2013 aku buat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Sebelum nk buat chekup kt sini korang kena bawa surat refer dari klinik luar..tempoh perkahwinan aku 1 tahun 3 bulan aku dah buat treatment..

Masa datang nak ambil tarikh appoiment ada sorang nurse ni pangkat mak2 la..die reject surat yg aku bawa tu sb diagnosis kat situ infertility jer..lgpun usia perkahwinan tak smpai 2 tahun..aku dah rase taj syok dah ni..pastu datang lagi sorang nurse india..die cakap boleh buat rawatan..sekarang 1 tahun pun dah boleh buat rawatan..lega!!!..alhamdulillah  Allah permudahkan ..nasib ada nurse yang baik hati tu..So tarikh appoiment aku adalah 11/4/2013 bersamaan CD1 bermula la rawatan aku.

Cycle period aku setiap bulan  28 hari..tak pernah missed...so senang la nak buat next appoiment..Masa hari appoiment CD2 ,doktor tanya macam-macam kat aku dan suami..then die cek suami dulu..pastu baru cek aku..bermulalah tvs untuk kali pertama.Doktor scan dan cakap rahim aku kebelakang..aku relax jer..sb tak tau ape maknanya..doktor cakap ni bukan masalah tak boleh preggy..

So..doktor bagi next appoiment untuk ambil darah cd2, cd21, hsg xray, sperm test.

12/4/2013
CD2 untuk blood test FSH & LH (NORMAL RESULT)
FSH (My result 7.2)


  • Normal range FSH 3-20 mIU/ml
  • FSH is often used as a gauge of ovarian reserve. In general, 
  • under 6 is excellent
  • 6-9 is good
  • 9-10 fair
  • 10-13 diminished reserve
  • 13+ very hard to stimulate
  • In PCOS testing, the LH:FSH ratio may be used in the diagnosis. The ratio is usually close to 1:1, but if the LH is higher, it is one possible indication of PCOS.
LH  (My result 3.3)
  • Normal range LH < 7 mIU/ml
  • A normal LH level is similar to FSH. An LH that is higher than FSH is one indication of PCOS.

16/4/2013
Sperm Test*makesure tak bersama 3days b4
Mengikut result yang aku dapat sperm test ni banyak H dan L
H-High
L-Low
walaupun sperm nampak kurang cantik tapi still dalam keadaan normal sebab bacaan normal nya lebih kurang je.tak lari jauh sangat.

19/4/2013 

CD10 HSG XRAY (NORMAL RESULT)


  • Xray Hysterosalpingogram (HSG) . Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang munkin kuncup atau sumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Ia dilakukan olih pakar xray (radiologist) dan sejurus lepas haid; jika haid habis hari ke7, HSG dilakukan pada hari ke9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.
  • Satu alat dimasukkn pada pintu rahim dan ubat cecair khas disuntikan kedalam rahim, biasanya 5 filem xray akan diambil untuk laporan tentang saluran fallopian.
  • Normal HSG - kedua saluran terbuka, 30% akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan.


02/5/2013
CD21 blood test progesteron , Free T4 & TSH(NORMAL RESULT)

Normal range PROGESTERON 

6.4-79.5nmol/L (My result 64.1)

Normal range Free T4 

11.5-22.7 pmol/L (My result 15.5)

Normal range TSH 

0.55-4.78 m1U/L (My result 1.29)

06/6/2013
Jumpa Dr.Agilan untuk review result..
P/s:make sure semua result telah dilakukan b4 jumpa doktor.

HSG XRAY

Sebelum cerita next appoiment aku, aku nak cerita tentang hsg xray yang aku buat Cd10.. masa ambil tarikh appoiment di menara utama tingkat 2, kerani tu tanya ada allergic seafood tak..and yes memang aku allergic..so dia bg ubat untuk aku makan..klo xsilap sekali telan 10biji terus selama 3 hari..sb kesan nye klo xmkn ubat ni boleh masuk wad icu ok!!..

Then korang tak boleh bersama ye before buat hsg sbb takut pregnant..before buat hsg ni aku banyak reseach dlm blog ngan forum mengatakan hsg ni sangat sakit..takut punya pasal aku pun suruh hubby ambil cuti untuk temankan aku.time buat hsg ni aku sorang je yang menunggu.bila nama kena panggil, juru xray suruh aku tukar pakaian diorang....tak de la sakit sangat pun..masa masukkan DIE(cecair) tu je rase mcm period pain sikit..

Bulan 6 aku jumpa doc untuk review result aku..doc ckp result darah, hsg dan sperm test normal..bile aku tengok result sendiri pun memang normal.


Blood test CD2 - LH & FSH




Sperm Test


CD10-Hsg Xray




Blood test CD21 - free T4,TSH , Progesteron



Then doc suggest kitorang buat iui..rase cepat je bile terus proceed iui.
Doc bekalkan ubat clomid 50mg untuk cd2-cd6..

06 September 2014

WELCOME TO ME

Assalamualaikum...



Wah!! Tanpa di sangka-sangka aku telah mencipta satu blog untuk story morry tentang cerita dan pengalaman dalam kehidupan.

PERKAHWINAN

Kali ni aku nak cerita pasal diri aku..Aku telah berkahwin dengan mr hubby pada bulan 1/2012 dan masih belum di kurniakan zuriat.Hampir 3 tahun menunggu.Berusaha dan terus berusaha tanpa jemu..insyaAllah dengan iziNya.

Kenduri kahwin aku buat sekali dengan my sis..die dah ada anak umur 2 tahun dah..masa tu die bunting pelamin..

Tahun perkahwinan aku,ada 5 orang kawan sepejabat kahwin jugak tapi masing2 dah di kurniakan anak..Alhamdullillah...Rezeki masing2 dah tertulis olehNya...

Next entry aku akan cerita tentang Rawatan kesuburan yang aku dah lakukan..