Next appoiment aku dekat klinik reproduktif di kompleks wanita & kanak2 tingkat 4 Pada 11/6/2013 untuk tengok perkembangan telur
IUI
13/6/2013
Bila aku dah telan pil clomid tu..doktor scan telur pada cd10 dan telur aku membesar dengan jayanya..iaitu 17-20mm..12/6/2013 aku kna cucuk ovidrell untuk pecahkan telur..nurse yang cucuk kan..esoknya pulak pukul 3:30 ptg buat iui..nurse suruh bersama malam tu..untuk elak dari terlepas waktu ovulasi..
Masa hari iui..doktor suruh minum air masak sebanyak yang boleh untuk tgk pundi kencing penuh..nanti masa buat iui doktor scan melalui perut..30minit tau aku buat iui..tersangat la sakit!! Sakit dari hsg..maybe rahim aku kebelakang dan susah untuk masukkan tiub supaya tiub dekat ngan tiub fallopio..
Bile dah setle doc bekalkan ubat utrogestan untuk kuatkan rahim..dan tebalkan dinding rahim..kena guna ubat ni start 13/6/2013..tarikh sama buat iui.setiap pukul 8pagi dan 8malam..selama 2minggu
Then doc soh datang balik untuk blood test pregnant 2 minggu lg..
After 2week
27/6/2013
Aku pun datang klinik reproduktif di kwkk tkt 4 untuk ambil darah..dan keputusannya NEGETIF...huargh!! Sedih ms tu tau..tapi relax jela..dah belum sampai rezeki lagi
Lepas tu aku tak proceed dah jumpa doktor..doktor soh datang selepas bulan ramadhan untuk continue treatment..tapi mmg tak pegi la..nak try ikhtiar lain pulak..
Kos iui pada tahun 2013
Clomid 50mg-*free
Utrogestan -Rm1.80 sebiji * free
Ovidrel-rm100++ *free
Iui-rm100-*claim
So total free la..gov servant
No comments:
Post a Comment