background

20 September 2014

Perodua AXIA

Pada 15/9/2014 jam 8:45pm satu kereta keluaran perodua yang ke 10 iaitu AXIA telah di lancarkan oleh timbalan perdana menteri kita..

Aku dengan hubby memang bercadang nak beli kereta memandang kan hubby aku selalu outstation..sampai bile nak pinjam kereta mertua..huhu..

Jadi bile dengar kereta AXIA ni kereta jimat minyak, apa lagi aku pun p serbu PERODUA pada 15/9/2014 di bangsar..masa tu kereta tak dilancarkan lagi..sebab aku excited sangat pagi2 pukul 11 da terpacak depan PERODUA..sepatutnya tak boleh tengok kereta tu lagi selagi tak di lancarkan..tapi nasib sales man tu bagi tengok jugak..yang penting jangan ambil gambar jer..aku n hubby booking kereta terus..tanpa bayaran booking sebab nak tengok loan lulus ke tak..

16/9/2014, aku n hubby pergi lagi sekali PERODUA untuk tengok colour..tapi kali ni di jalan universiti sebelah jalan gasing...dekat dengan Office aku..bile tengok pamplet yang die bg harga lebih murah rm300 dari bangsar..ape lagi terus booking la kat situ dan cancel kat bangsar..hihi..itu la kesannya bile booking sebelum dilancarkan..harga pun tak ditentukan lagi..

Nak dapat kereta ambil masa dalam 2-3 bulan..sebab memang laris sangat kereta ni..sape tak nak kereta jimat minyak dan murah kan!!




No comments:

Post a Comment