Assalamualaikum
Pada 16/8/2014 bersamaan sabtu aku decide nak sambung treatment di ppum setelah setahun berhenti untuk berehat dan guna ikhtiar lain..
Sepatutunya period aku datang pada 11/8/2014 tapi lewat 6 hari..perasaan aku masa lewat tu berharap sangat pregnant sbb tak pernah lewat before ni..masa lewat tu aku tak beritahu suami pun tkt dia kecewa..tapi die tau jugak sebab tengok aku solat..padahal aku cakap aku period..hihi..kantoi..maybe aku makan pil clomid tanpa arahan dari doktor..dan tak cucuk ubat untuk pecahkan telur pun..maybe telur tu pecah lambat dan membuat kan period aku lambat..mungkinlah...aku pun tak tau..
So next appoiment aku pada18/8/2014 isnin..time ni dah period ke 3..masa kat klinik tu scan tvs dan doc bekalkan clomid 50mg untuk buat iui kali ke 2..
Doc suruh datang 25/8/2014 isnin..untuk scan telur..doc suruh datang awal sbb tgk history aku pada tahun lepas telur cepat besar..masa tvs doc cakap telur aku da matang 3 biji..dah boleh proceed iui..
Aku di beritahu nurse kos iui da naik masa bulan 6 iaitu rm300..aku dibekalkan ovidrel yang aku sendiri kena suntik pada hari rabu 27/8.nurse ajar cara suntik ovidrell dengan betul..aku tengok jela video tu..tkt nye nak buat nnt..beserah jela..
Aku suruh suami aku buat tapi die takut..last2 aku jugak yang kena buat walaupun tersangat la tak berani..huhu..akhirnya berjaya jugak aku..
Hari khamis 29/8 buat iui..sangat la takut..takut jd macam tahun lepas sampai 30 minit iui..
iui aku pukul 9 pagi ..datang pukul 8 pagi nurse suruh ambil sample money dulu..45minit lepas tu datang untuk buat iui..
Kena minum air untuk tengok bladder..jangan kosong..
Masa iui bermula nasib dapat doc perempuan ..tahun lepas lelaki..doc tu baca doa untuk aku.die suruh aku doa banyak2..bagusnya doc ni...die mulakan prosuder.tak sampai 5 minit setle..tapi yang aku pelik die tak guna ultrasound pun untuk tengok bladder dan tiub untuk sperma sampai ke tiub fallopio ke tak...heran aku..tahun lepas guna ultrasound..tapi tak pela janji da setle dan tak sakit sangat..alhamdulillah
Kena datang semula pada 10/9 untuk blood test..
No comments:
Post a Comment