background

07 September 2014

RAWATAN KESUBURAN 2013

Assalamualaikum. .

Bulan 4/2013 aku buat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Sebelum nk buat chekup kt sini korang kena bawa surat refer dari klinik luar..tempoh perkahwinan aku 1 tahun 3 bulan aku dah buat treatment..

Masa datang nak ambil tarikh appoiment ada sorang nurse ni pangkat mak2 la..die reject surat yg aku bawa tu sb diagnosis kat situ infertility jer..lgpun usia perkahwinan tak smpai 2 tahun..aku dah rase taj syok dah ni..pastu datang lagi sorang nurse india..die cakap boleh buat rawatan..sekarang 1 tahun pun dah boleh buat rawatan..lega!!!..alhamdulillah  Allah permudahkan ..nasib ada nurse yang baik hati tu..So tarikh appoiment aku adalah 11/4/2013 bersamaan CD1 bermula la rawatan aku.

Cycle period aku setiap bulan  28 hari..tak pernah missed...so senang la nak buat next appoiment..Masa hari appoiment CD2 ,doktor tanya macam-macam kat aku dan suami..then die cek suami dulu..pastu baru cek aku..bermulalah tvs untuk kali pertama.Doktor scan dan cakap rahim aku kebelakang..aku relax jer..sb tak tau ape maknanya..doktor cakap ni bukan masalah tak boleh preggy..

So..doktor bagi next appoiment untuk ambil darah cd2, cd21, hsg xray, sperm test.

12/4/2013
CD2 untuk blood test FSH & LH (NORMAL RESULT)
FSH (My result 7.2)


  • Normal range FSH 3-20 mIU/ml
  • FSH is often used as a gauge of ovarian reserve. In general, 
  • under 6 is excellent
  • 6-9 is good
  • 9-10 fair
  • 10-13 diminished reserve
  • 13+ very hard to stimulate
  • In PCOS testing, the LH:FSH ratio may be used in the diagnosis. The ratio is usually close to 1:1, but if the LH is higher, it is one possible indication of PCOS.
LH  (My result 3.3)
  • Normal range LH < 7 mIU/ml
  • A normal LH level is similar to FSH. An LH that is higher than FSH is one indication of PCOS.

16/4/2013
Sperm Test*makesure tak bersama 3days b4
Mengikut result yang aku dapat sperm test ni banyak H dan L
H-High
L-Low
walaupun sperm nampak kurang cantik tapi still dalam keadaan normal sebab bacaan normal nya lebih kurang je.tak lari jauh sangat.

19/4/2013 

CD10 HSG XRAY (NORMAL RESULT)


  • Xray Hysterosalpingogram (HSG) . Ini bertujuan untuk membuka saluran fallopian yang munkin kuncup atau sumbat akibat dari penyakit jangkitan kuman , endometriosis atau fibroid. Ia dilakukan olih pakar xray (radiologist) dan sejurus lepas haid; jika haid habis hari ke7, HSG dilakukan pada hari ke9, 10 atau 11, iaitu sebelum subur/ovulation.
  • Satu alat dimasukkn pada pintu rahim dan ubat cecair khas disuntikan kedalam rahim, biasanya 5 filem xray akan diambil untuk laporan tentang saluran fallopian.
  • Normal HSG - kedua saluran terbuka, 30% akan hamil dalam tempoh 3-6 bulan.


02/5/2013
CD21 blood test progesteron , Free T4 & TSH(NORMAL RESULT)

Normal range PROGESTERON 

6.4-79.5nmol/L (My result 64.1)

Normal range Free T4 

11.5-22.7 pmol/L (My result 15.5)

Normal range TSH 

0.55-4.78 m1U/L (My result 1.29)

06/6/2013
Jumpa Dr.Agilan untuk review result..
P/s:make sure semua result telah dilakukan b4 jumpa doktor.

HSG XRAY

Sebelum cerita next appoiment aku, aku nak cerita tentang hsg xray yang aku buat Cd10.. masa ambil tarikh appoiment di menara utama tingkat 2, kerani tu tanya ada allergic seafood tak..and yes memang aku allergic..so dia bg ubat untuk aku makan..klo xsilap sekali telan 10biji terus selama 3 hari..sb kesan nye klo xmkn ubat ni boleh masuk wad icu ok!!..

Then korang tak boleh bersama ye before buat hsg sbb takut pregnant..before buat hsg ni aku banyak reseach dlm blog ngan forum mengatakan hsg ni sangat sakit..takut punya pasal aku pun suruh hubby ambil cuti untuk temankan aku.time buat hsg ni aku sorang je yang menunggu.bila nama kena panggil, juru xray suruh aku tukar pakaian diorang....tak de la sakit sangat pun..masa masukkan DIE(cecair) tu je rase mcm period pain sikit..

Bulan 6 aku jumpa doc untuk review result aku..doc ckp result darah, hsg dan sperm test normal..bile aku tengok result sendiri pun memang normal.


Blood test CD2 - LH & FSH




Sperm Test


CD10-Hsg Xray




Blood test CD21 - free T4,TSH , Progesteron



Then doc suggest kitorang buat iui..rase cepat je bile terus proceed iui.
Doc bekalkan ubat clomid 50mg untuk cd2-cd6..

No comments:

Post a Comment